Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom January 19, 2019 @ 8:00pm

Gambar telur ayam ketepikan rekod ‘likes’ dipegang Kylie Jenner!

Telur ayam, siapa yang tidak menggemarinya? Lebih-lebih lagi kanak-kanak, cukup berlaukkan telur ‘mata kerbau’ (telur goreng), boleh licin nasi sepinggan.

Itu belum lagi bercakap mengenai telur dadar (telur yang dipukul dengan hirisan bawang dan cili), yang menjadi pelengkap hidangan dan pembuka selera saat menikmati tomyam, sup, kari, sambal atau dimakan begitu saja bersama kicap manis. Memang terliur dibuatnya!

Lain kisahnya pula dengan abang-abang sado. Setiap hari, purata 10 hingga ke 20 biji telur ayam mentah atau separa masak diambil oleh mereka sebagai sumber protein untuk membina badan.  

Kita kembang tekak mendengarnya, tapi itulah cara mereka mendapatkan tubuh sasa dan berketak-ketak selain menjadikan ayam juga sebagai hidangan utama.

Pokoknya di sini, telur ayam adalah hidangan paling digemari ramai.

Oleh itu, tidak hairanlan mengapa foto sebiji telur menjadi gambar yang memperoleh likes (sukaan) paling tinggi di Instagram, sekali gus menewaskan rekod yang dipegang oleh selebriti sensasi, Kylie Jenner, baru-baru ini.

Dimuat naik pada 4 Januari lalu menerusi akaun ‘world_record_egg’, gambar serba ringkas itu menerima lebih 26 juta likes.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh foto anak Kylie, Stormi yang dimuat naik oleh Kylie pada Februari tahun lalu, dengan catatan 18.1 juta likes. 

Menurut portal Buzzfeed, imej itu menewaskan foto Kylie pada petang Ahad (13 Jan). Foto itu mendapat purata satu juta likes sejam sebelum ia menjadi gambar yang paling disukai.

Difahamkan, imej itu menjadi satu-satunya gambar objek yang tersenarai dalam senarai 20 gambar dengan jumlah likes tertinggi.

Senarai 20 itu dibarisi beberapa selebriti terkenal dunia seperti Selena Gomez, Beyonce dan pemain bola Cristiano Ronaldo.

Sementara itu, Kylie menerusi laman Instagram memberi reaksi terhadap berita itubdengan memuat naik sebuah video, selebriti itu dilihat ‘memecahkan’ telur di jalan raya. 

“Take that little egg,” tulis Kylie

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Take that little egg

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

 

Sumber: Astro Awani

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 21 Apr 2020

Resipi badak berendam unik Catrionna Brian Ross

Pupuk minat anak hargai kuih tradisional

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Kalau Pilot Jatuh Sakit Ketika Di Udara, Jangan Panik Relaks-Relaks Sudah!

Standard SOP syarikat penerbangan akan menyediakan dua juruterbang dalam sesebuah pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.

FESYEN Mon, 11 Aug 2025

Meriah! Fattah Amin, Amira Othman & Amyra Rosli Bertemu Peminat, Turun Padang Bersempena…

Fattah Amin, Amira Othman, dan Amyra Rosli turun padang memeriahkan suasana.

Featured Mon, 18 May 2020

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Di London pun boleh makan nasi kandar, nasi daging sedap

Gaya Hidup Mon, 3 Jan 2022

“Ada Yang Tanya, Kenapa Bagi Telekung? Pakaian Biasa Pun Boleh Dibawa Solat…” – Usahawan Beri Sebab Sumbang Kelengkapan Solat Kepada Mangsa Banjir

Usahawan Datin Aliza Abu Bakar yang merupakan pengasas Munawwareen Holdings Sdn Bhd memberikan sebab mengapa dia menghulurkan bantuan telekung baharu kepada mangsa yang terjejas banjir. Melalui program Munawwareen Prihatin, Aliza memberikan sumbangan 250 pasang telekung […]

Gaya Hidup Thu, 9 Jan 2020

5 rahsia gubahan sirih junjung, nombor 5 paling mengejutkan

Dianggap ‘ketua adat’ dalam hantaran perkahwinan

Featured Sun, 16 Jun 2019

Prof Raha mahu UTeM  jadi ‘kilang’ lahir ahli teknologi berkemahiran tinggi

Lakar sejarah sebagai wanita pertama dilantik NC MTUN

error: Content is protected !!