Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin September 13, 2025 @ 4:55pm

Dari Modal RM20,000 Ke Jualan RM4 Juta Sebulan, KJ Puji Usaha & Konsistensi Gula Cakery

Penyampai radio dan ahli politik, Khairy Jamaluddin atau KJ memuji jenama F&B tempatan, Gula Cakery yang membuktikan keupayaan luar biasa dengan kisah kejayaannya

KJ menyifatkan perjalanan perniagaan ini sebagai contoh nyata bagaimana impian besar, disokong dengan kerja keras dan konsistensi, mampu mencipta kejayaan yang membanggakan.

Menurut Bekas Menteri Kesihatan ini, kisah kejayaan jenama terbabit wajar dijadikan inspirasi khususnya buat generasi muda yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

“Perjalanan daripada modal kecil sehingga mencecah jualan jutaan ringgit sebulan menunjukkan bahawa apabila ada disiplin dan semangat, tiada yang mustahil,” katanya.

Pengiktirafan tersebut amat bermakna buat pengasas Gula Cakery, Arieni Adriena yang menyifatkan ia sebagai dorongan untuk terus memperkukuh jenamanya.

“Saya sangat terharu dengan pujian itu kerana saya memang menghormati KJ. Pada masa sama, ia buat saya lebih bersemangat untuk pastikan Gula Cakery kekal relevan dan terus berkembang,” ujarnya.

Kisah Gula Cakery bermula secara kecil-kecilan dengan hanya RM20,000 modal simpanan sendiri dan operasi dari rumah keluarga.

Keuntungan awal digunakan sepenuhnya untuk membuka cawangan baharu selain menyertai pertandingan bagi mendapatkan modal tambahan serta peluang bimbingan.

Arieni menjelaskan bahawa kunci kejayaan terletak pada sikap terbuka terhadap maklum balas pelanggan, inovasi berterusan dalam menghasilkan pencuci mulut baharu, serta sokongan pasukan yang konsisten.

“Bagi saya, rahsia bukan sekadar pada resipi, tetapi juga pada mindset. Saya pegang prinsip ‘never stop learning’, belajar resepi, operasi, kepimpinan supaya diri dan bisnes sentiasa berkembang,” katanya.

Namun begitu, beliau tidak menafikan cabaran utama dalam industri F&B ialah mengekalkan relevansi.

“Industri ini sangat kompetitif. Untuk kekal di hati pelanggan, kami pastikan inovasi sentiasa ada, pengalaman pelanggan ditingkatkan, serta servis dan kualiti tidak pernah berkompromi,” jelasnya.

Arieni turut menitipkan pesan kepada anak muda agar tidak takut memulakan langkah walaupun berbekalkan modal atau pengalaman yang terhad.

“Jangan tunggu semuanya sempurna. Passion itu penting, tapi tanpa konsistensi dan disiplin, ia tidak akan bertahan. Mulakan, belajar dari cabaran, dan dari situ kekuatan akan lahir,” katanya.

Walaupun kini bergelar usahawan berjaya, nilai teras yang dipegang sejak awal tetap sama – kejujuran dan kualiti.

“Setiap kek mesti ada rasa yang sama sedapnya seperti hari pertama. Pelanggan mesti rasa dihargai, itulah yang buat mereka percaya dan kembali,” tegasnya.

Melangkah ke hadapan, Arieni berhasrat menjadikan Gula Cakery sebagai jenama F&B tempatan terbaik dengan kehadiran di seluruh Malaysia.

“Saya mahu bila orang fikir tentang sambutan atau perayaan, nama Gula Cakery terus jadi pilihan utama. Kami akan terus buka lebih banyak outlet supaya impian ini tercapai,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 21 Jul 2018

Minum Teh Hijau Untuk Kurus

Bukan perkara yang sukar dilaksanakan untuk kurus tetapi jika melakukannya dengan penuh displin pasti tercapai impian yang ada inginkan

Fab Foodies! Mon, 26 Nov 2018

Here are Two Places You Can Consider for Your Christmas Feast

It’ll be the perfect evening with loved ones.

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Inilah Sebab Penting Anda Perlu Turunkan Penutup Tandas Sebelum Mengepam, Gelinya!

Ada berita buruk untuk pengguna tandas awam. Awas! Berita ini mungkin membuatkan anda rasa loya.

Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Thu, 19 Jan 2023

Berpelukan Depan Kaabah, Hafiz Mahamad Bawa 3 Sahabat Tunai Umrah – “Susah Sedih Sama-Sama”

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati, usahawan Hafiz Mahamad membawa tiga orang sahabat menunaikan ibadah umrah di Makkah. @hafizmahamadKita bersahabat hingga syurga 💙 ♬ Ya Rasulalloh Ya Habiballah – Ai khodijah Menerusi perkongsian di […]

Gaya Hidup Tue, 29 Jan 2019
Featured Fri, 15 Mar 2019

Kenali ‘pelakon’ yang main watak kucing peliharaan Captain Marvel

Kucing pun pandai beraksi di hadapan kamera!

error: Content is protected !!