Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom January 22, 2019 @ 4:29pm

8 manfaat kulit buah manggis untuk kecantikan yang harus anda cuba! 

Hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh pun hitam di pandang manis.

Betapa indahnya pepatah Melayu, hendak memuji kecantikan dan ketampanan si dia yang berkulit hitam manis pun disampaikan dalam nada berkias dan beradab. 

Hakikatnya buah manggis sendiri sememangnya mempunyai rasa yang sangat enak dan manis, di sebalik kulitnya yang gelap. 

Tidak hairanlah manggis diberikan jolokan ratu buah atau Queen Of Tropical Fruits, kerana tangkainya diibaratkan seperti mahkota seorang ratu. 

Lebih daripada itu, kulit manggis juga sinonim dalam amalan kecantikan dan kesihatan. 

Bahkan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat pelbagai produk penjagaan wajah dan kesihatan yang berasaskan manggis boleh didapati di pasaran. 

Ketahui manfaat buah manggis untuk kecantikan, teruskan membaca artikel ini.  

Lapan kebaikan kulit manggis untuk kecantikan:

  • Menghaluskan kulit wajah yang kasar
  • Mencerahkan kulit wajah kusam
  •  Memutihkan kulit dan menghilangkan jerawat
  •  Menghilangkan jeragat
  • Bertindak sebagai antipenuaan
  • Menghancurkan lemak dalam tubuh
  • Mengencangkan kulit

 

Manfaat kulit manggis untuk perawatan wajah 

Cara mengatasi masalah di atas, amalkan pengambilan jus kulit manggis sebagai rutin harian.

1. Rawatan dalaman

Ambil kulit manggis yang siap dibersihkan lalu potong menjadi kepingan kecil. 

Kemudian kisar bersama tambahan air sebanyak setengah gelas sampai halus. Lalu minum 1 kali sehari pada waktu malam sebelum tidur. 

Lakukan perawatan ini secara rutin dan lihat hasilnya pada bulan pertama, kulit akan terlihat lebih halus, cerah, bersih dan jauh daripada penyakit kulit seperti jerawat dan tanda penuaan.

Foto: Jus Kulit Manggis

2. Rawatan luar

Ambil dua biji kulit buah manggis lalu dibersihkan.

Kemudian kisar bersama-sama setengah gelas air sampai halus. 

Sesudah itu perahkan airnya dan biarkan selama tiga jam sampai terdapat endapan ekstrak kulit manggis.

Anda dapat melihat lapisan air perahan dan ekstrak buah manggis, terpisah. 

Buang lapisan air di bahagian atas, kemudian gunakan ekstrak kulit manggis tadi untuk dijadikan pupur wajah. Lakukan perawatan pupur wajah ini setiap malam dan biarkan sampai esok pagi lalu bersihkan.

Foto: LINE

Itu saja perkongsian kami, diharapkan informasi ini dapat memberi manfaatkan kepada anda, selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 2 Aug 2018

Sebelum Anda Bercukur, Cuba Praktikkan Salah Satu Cara Daripada 6 Tip Ini

Elakkan mencukur bahagian yang mempunyai masalah ruam atau berjerawat kerana pisau cukur boleh memindahkan masalah itu sekaligus merebak pada bahagian lain.

Featured Wed, 26 Sep 2018

Bila Pakai Maskara, Jangan Lakukan Kesilapan Ini Jika Tak Nak Ia Cepat Kering

Check sama ada selama ini anda ada buat kesilapan ini atau tak.

Featured Fri, 3 Apr 2020

Koleksi jubah dan abaya artis, mana paling cantik?

Persalinan yang selesa dan cantik

Featured Sun, 3 May 2020
Oh Lawa Thu, 20 Sep 2018
Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

Oh Lawa Fri, 23 Nov 2018

Khasiat Garam Bukit Untuk Kecantikan Wanita

Garam bukit mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan oleh tubuh badan kita

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

Nak Stailo Tapi Sibuk, Baca Tips Fesyen Nadia Annuar

Tugas sebagai pengacara memerlukan Nadia Shahrul Annuar sentiasa tampil menarik di khalayak umum.

error: Content is protected !!