Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops January 24, 2019 @ 9:00am

Pelakon jelita Farah Nabilah kongsi rahsia penjagaan dalaman dan rutin kecantikan

Dia terkenal dalam kalangan peminat dengan kulit wajahnya yang dipuji sempurna ketika dilihat menerusi televisyen berdefinisi tinggi (HD).

Sebagai seorang pelakon yang semakin popular, Farah Nabilah Saipuddin menggalas tanggungjawab penting dalam membawa penampilan yang menarik demi peminat industri hiburan tanah air.

Sebahagian daripadanya ialah kulit muka yang mulus serta kesihatan badan yang sihat.

Jadi apakah rahsianya untuk mengekalkan rupa yang sebegitu sempurna, luaran dan dalaman?

Jawapannya ialah Fawaa Beauty, sebuah produk kolagen dalam bentuk larutan miliknya yang dilancarkan hujung tahun lalu.

“Kita mungkin boleh menutupi segala cacat-cela yang timbul pada permukaan kulit muka dengan alat solek, namun, bagaimana pula kita nak menjaga atau merawat bahagian dalaman kita?

“Kalau setakat menjaga kecantikan luaran saja tapi bahagian dalaman diabaikan, tiada gunanya juga. Kedua-duanya perlu diberi perhatian yang sama rata,” kata pelakon utama drama Titian Cinta ini.

Produk berkenaan datang dalam bentuk paket, sesuai untuk mereka yang terlalu sibuk dengan rutin harian namun masih mahu kekal bertenaga serta cantik dari segi luaran dan dalaman.

Dengan setiap paket, pelanggan yang mengambilnya akan menikmati gabungan khasiat semula jadi bagi buah-buahan seperti tomato, plum, epal dan delima, serta kolagen dan minyak kelapa dara.

Ia boleh disifatkan sebagai pakej sempurna bagi meningkatkan pengambilan protein dan vitamin penting yang tubuh perlukan.

Boleh dikatakan juga yang ia umpama sebuah set penjagaan kulit wajah yang dijelmakan dalam bentuk cecair kolagen.

Berikut adalah faedah minuman kolagen Fawaa Beauty jika anda mengamalkan pengambilannya dengan konsisten:

  • meningkatkan kadar protein dalam badan
  • memperbaiki kulit kusam
  • membantu menghilangkan kedutan dan garis halus pada wajah
  • mengurangkan pigmentasi, parut jerawat dan kulit yang tidak sekata
  • membina rambut tebal dan mengurangkan gejala keguguran
  • melindungi kulit daripada sinar UV
  • melembapkan kulit kering
  • mempertahankan keanjalan kulit
  • menyokong metabolisme yang sihat
  • membantu kesihatan sendi serta kekuatan tulang

Farah juga mendedahkan yang dengan kesibukan kerjayanya yang tak menentu, Fawaa Beauty ternyata memudahkan tugas hariannya.

Lagipun, dia memang sudah sekian lama membiasakan diri dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan.

“Ia menjadi ‘pembakar semangat’ dan penyuntik tenaga saya ketika berada di lokasi penggambaran seharian mahupun saat menghadiri acara tertentu atau menghabiskan masa di rumah.”

 

Setiap kotak produk Fawaa Beauty berharga RM88 dan mengandungi 14 paket untuk penggunaan selama dua minggu.

Minum satu sachet setiap pagi 30 minit sebelum sarapan. Golongan lelaki dan perempuan pun boleh mencuba, asalkan mereka berusia lebih 14 tahun.

“Kini rahsia cantik luaran dan dalaman saya bukan lagi untuk diri sendiri tapi boleh dikongsi kepada semua orang termasuklah peminat tersayang.

“Saya juga berbangga regim yang selama ini diamalkan menerusi pemakanan buah-buahan dapat memberi manfaat kepada orang lain,” kata Farah yang telah memenangi anugerah Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 30 Apr 2018

8 Tip Penggayaan Untuk Nampak Lebih Langsing Dan Tak Gelebeh

Pilik pakaian yang sesuai supaya badan anda nampak fit.

Featured Wed, 23 May 2018

Minyak Argan Penting Untuk Kulit Muka, Tapi Anda Tahukah Apa Fungsinya?

Minyak ini adalah kandungan penting di dalam banyak produk kecantikan sekarang.

Oh Lawa Fri, 26 Oct 2018

10 Kasut Paling Pelik & Over-The-Top Yang Lady Gaga Pernah Pakai

Dahlah pelik, nak jalan pun susah, nampaknya.

Oh Lawa Tue, 10 Apr 2018

Belajar Teknik Contouring Dan Highlighting Mudah Mengikut Bentuk Muka Anda

Kalau nak bentukkan muka supaya nampak kurus, teknik contouring dan highlighting memang efektif.

Oh Lawa Wed, 30 May 2018

7 Cara Mudah Yang Artis K-Pop Gunakan Untuk Nampak Lebih Menarik

Kalau anda nak jadi cantik seperti artis K-Pop, inilah apa yang anda kena buat.

Oh Lawa Thu, 19 Jul 2018

Paha & Punggung Besar? Ketahui Punca Kepada Permasalahan Ini

Lebih senang untuk mengurangkan lemak di bahagian paha berbanding lemak di bahagian perut.

Oh Lawa Fri, 26 Apr 2019
Featured Fri, 19 Oct 2018
error: Content is protected !!