Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom August 4, 2018 @ 12:00pm

Meski Duit Berkepok Pun Belum Tentu Boleh Masuk. Ini 5 Rumah Fesyen Paling Mahal Di Dunia

Duit berkepok-kepok pun, belum tentu pintu butik terbuka dan menerima kunjungan anda kerana lima rumah fesyen yang disenaraikan Hijab & Heels ini, bukan saja dikatakan paling mahal di dunia bahkan memilih siapa tetamu mereka yang dibenarkan masuk.

Lazimnya jenama-jenama yang disenaraikan dipakai oleh barisan selebriti, golongan elit dan VVIP. Tidak kira dari pakaian, aksesori mahupun tas tangan yang bertatahkan berlian serta fancy fur, segalanya nyata bernilai tinggi. Ada di antaranya berharga seakan sama dengan sebuah banglo mewah.

1. House of Bijan, Beverly Hills

Foto: The Richest

Mengungguli di tangga teratas kerana jenama ini dikatakan sebuah stor fesyen yang paling mahal di dunia. Ia dikatakan sebuah jenama yang lebih memfokuskan kepada fesyen buat lelaki, namun turut menghasilkan barangan fesyen buat wanita yang semestinya edisi terhad. Stor termewah ini diwarisi oleh Nicolas Bijan.

Dikatakan yang stor fesyen ini mempunyai pelanggan terdiri daripada presiden ke barisan selebriti, ia nyata menyediakan item fesyen yang terlalu mahal, dengan harga sut sahaja bermula dari USD10,000.

Menjadi yang termewah, bahkan pelanggan yang mahu membeli barangan di stor fesyen ini juga perlu membuat temu janji kerana item di kedai ini dibuat berdasarkan permintaan.

2. Versace, Rome

Foto: The Richest

Antara jenama fesyen Itali yang mewah, Versace tidak hanya terkenal dengan koleksi pakaiannya saja, malah 
tas tangan, cermin, haruman, barangan kemas dan dekorasi. Bagi sebuah tas tangan plain saja sudah boleh mencecah harga USD650 manakala dompet formal ada yang bernilai USD2000.

3. Oscar de la Renta, New York

Foto: The Richest

Berada di tangga yang ketiga dalam senarai rumah fesyen yang paling mahal di dunia, butik ini dulunya terletak di New York. Jenama ini menjadi popular sejak tahun 1965 lagi. Boleh dikatakan ramai selebriti terkenal berbagai generasi dunia memakai jenama ini.

4. Louis Vuitton, Rome

Foto: The Richest

Louis Vuitton sememangnya satu jenama fesyen yang cukup popular dan tidak hairan ia termasuk dalam senarai ini. Stor utamanya terletak di Rome, namun ia mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. Dengan
rona-rona pilihan dalam setiap item fesyennya nyata buat ramai yang sukakannya.

5. Bourdon House, London

Foto: therichest

London semestinya dibanjiri dengan rumah fesyen antarabangsa serta butik pereka fesyen dunia tetapi hanya beberapa yang boleh dibandingkan dengan Alfred Dunhill’s Bourdon House di Mayfair. Bourdon House bukannya butik mewah biasa, ia memberikan pengalaman fesyen yang unik buat lelaki moden yang memahami pentingnya craftmanship dan kualiti.

Sumber: The Richest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 20 Jul 2018

Fashion Forward Batik Kelantan Antara Projek Menarik Di KLFW 2018

KLFW menunjukkan sokongannya terhadap industri tekstil negara apabila menampilkan inisiatif Fashion Forward Batik Kelantan.

Oh Lawa Mon, 17 Feb 2020
Featured Sun, 17 May 2020
Featured Wed, 1 Aug 2018

13 Foto Ini Menunjukkan Sejauh Mana Wanita Sanggup Pergi Untuk Nampak Perfect

Pelik betul produk-produk yang digunakan! Tak tahulah efektif atau tidak.

Oh Lawa Wed, 20 Mar 2019
Featured Sun, 9 Sep 2018

5 Gaya Potongan Rambut Yang Nampak Menawan Pada Wanita Bermuka Bulat

Ia boleh membantu membuatkan muka anda nampak lebih panjang.

Oh Lawa Thu, 28 Jun 2018

Potongan Rambut Scha Alyahya Yang Dikatakan Macam Sayur Kubis Sebenarnya Popular Dikalangan Selebriti Antarabangsa

Selain Scha Alyahya, ramai selebriti luar negara mengenakan potongan rambut sayur kubis iaitu istilah baru dikalangan netizen.

Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Oh Lawa Sat, 24 Nov 2018
error: Content is protected !!