Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom July 20, 2018 @ 2:00pm

Fashion Forward Batik Kelantan Antara Projek Menarik Di KLFW 2018

KLFW 2018 datang lagi dan seperti biasa bakal mempamerkan kehebatan pereka fesyen tanah air dengan koleksi terbaik mereka di lokasi megah iaitu di Pavilion Kuala Lumpur.

Saban tahun, lebih dari 150 ribu pengunjung memenuhi ruang Pavilion Kuala Lumpur untuk menyaksikan ilham terkini para pereka fesyen.

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) tahun ke-6 ini bakal bergegar dengan pertunjukan fesyen tanpa henti dari 8 hingga 12 Ogos nanti. Lima hari yang penuh dengan stail dan glamor yang menjanjikan lebih banyak kelainan untuk keramalan fesyen yang tidak akan dilupakan!

Foto: Small N Hot

Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Atelier Fitton, Fiziwoo, Nurita Harith, Fazura, Kavita, MimpiKita, InnaiRed, Afiq M, Syomirizwa, Cassey Gan serta Nerd Unit antara nama-nama besar yang bakal mementaskan koleksi terbaru mereka di pentas KLFW.

Setiap tahun, pereka-pereka fesyen tempatan tidak pernah gagal untuk memberi kejutan dengan trend-trend terhangat serta idea-idea segar. Sungguh mengujakan apabila KLFW yang akan datang ini bakal memperkenalkan beberapa projek baru. Antara yang diketengahkan KLFW tahun ini adalah sokonganya terhadap sustainable fashion yang memenuhi etika alam semulajadi.

Anda bakal menyaksikan jenama seperti Projek Jahat serta Sean & Sheila yang mengangkat idea ini. Selain itu, setiap orang diajak untuk turut serta memuat naik stail harian anda sewaktu KLFW dengan tag istimewa #Igotstyle . KLFW juga menunjukkan sokongannya terhadap industri tekstil negara apabila menampilkan inisiatif Fashion Forward Batik Kelantan.

Foto: Small N Hot

Pengasas KLFW, Andrew Tan yang dijemput ke Buckingham Palace untuk Commonwealth Fashion Exchange, menyampaikan hasratnya untuk memberi sokongan padu kepada bakat fesyen di 53 negara Commonwealth menerusi pengaruh fesyen sedia ada.

Salah satu usaha murninya adalah melalui pelancaran majalah digital, edisi KLF: Life On Digital yang akan menyentuh semua aspek kehidupan bergaya masa kini.

Salah satu jenama yang akan menampilkan koleksi di KLFW Ready-To-Wear 2018 ini merupakan FIZIWOO. FIZIWOO telah meletakkan nama di persada dunia fesyen sejak 2009 oleh pereka fesyen, Mohd Hafizi Radzi Woo dan kemudian pada tahun 2011, FIZIWOO disertai oleh Pereka Arkitek, Izree Kai Haffiz.

Foto: glam.my

FIZIWOO mempunyai prinsip fesyen less is more.  Menerokai idea sleek and clean design dengan mengekalkan feminiti dan kelembutan pada tekstil yang dipilih bagi memperkasa ciri-ciri keseimbangan. Pereka-pereka fesyen FIZIWOO sentiasa mencari elemen elegan, chic dan timeless apabila menghasilkan sesuatu rekaan.

Malah, FIZIWOO telah berjaya memenangi pelbagai pertandingan berprestij dan hasil rekaan telah saban kali diketengahkan di majalah-majalah hebat di Malaysia.

Khabarnya untuk pertujukan KLFW tahun ini, peminat dan pencinta fesyen FIZIWOO berpeluang memenangi tiket menonton fashion show mereka selain salah satu koleksi terbaru yang dihasilkan. Untuk maklumat lebih lanjut check it out Instagram rasmi @fiziwoo

Foto: awanireview

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 10 Mar 2020
Featured Fri, 19 Oct 2018

Ini Cara Nak Atasi Kulit Yang Kemerahan Selepas Membuat Rawatan Facial

Kemerahan pada wajah berlaku disebabkan kulit yang mudah sensitif.

Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Givenchy tampilkan beg galas yang dihiasi riben gergasi di Minggu Fesyen Paris

Anda berani bergaya dengannya ketika berjalan-jalan di pusat beli-belah?

Featured Thu, 12 Mar 2020
Oh Lawa Sat, 16 Jun 2018

Aksesori ALDO Boleh Lengkapkan Penampilan Aidilfitri Anda

Belum sempat untuk membeli aksesori Raya anda? Singgah saja di kedai ALDO!

Acara Wed, 29 May 2019
Featured Thu, 10 May 2018

Ini Cara Mudah Untuk Buatkan Kasut Anda Kalis Air, Selamatkannya Daripada Lencun

Selepas ini, tak perlu risau lagi kalau terpijak lecah.

Oh Lawa Wed, 18 Jul 2018
error: Content is protected !!