Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom January 24, 2019 @ 12:00pm

Maksimumkan penampilan anda wahai si gadis berkulit hitam manis dengan 5 himpunan warna ini. Pasti Meletop! 

Tidak kira apapun jenis warna kulitmu, cerah mahupun gelap, seperkara yang harus wanita tahu anda berhak untuk kelihatan cantik dan bergaya, malah tiada siapa bisa menghalang keinginanmu! 

Menambah baik penampilan, anda harus rajin membelek majalah atau dapatkan infomasi terkini daripada portal fesyen atau gaya hidup, selain sentiasa mengikuti perkembangan semasa industri fesyen.   

Topik yang ingin diperkatakan penulis, menjurus kepada wanita yang berkulit sawo matang atau gelap. Tona kulit ‘mahal’ pada pendapat saya! 

Dengan pilihan rona yang tepat dan bersesuaian dengan warna kulit anda, sesiapapun pasti terpaku saat melihat kelibatmu.

Serlahkan rona kulitmu yang eksotik dengan keyakinan diri yang hebat. 

Di sini, turut disertakan panduan memilih rona pakaian yang sesuai bagi wanita berkulit gelap! 

 

1. Fuschia

Foto: Luxury Brides

Pink fuschia, warna kombinasi tona merah muda dan ungu ini bisa dijadikan pilihan untuk andasi pemilik kulit gelap. Warnanya yang cerah, namun tidak terlalu terang ini mampu memancarkan keindahan warna kulit anda. Anda boleh memadansuaikan warna ini dengan warna putih atau beige.

 

2. Hijau zamrud

Foto: Pinterest

Warna yang berasal daripada sejenis batu permata ini iaitu zamrud  dapat memberikan kesan klasik dan sesuai untuk semua warna kulit, tanpa membuat kulit gelap anda tampak kusam. Warna hijau zamrud yang mewah ini sangat cantik jika dipadankan dengan skinny jeans berwarna gelap.

 

3. Biru kobalt

Foto: Hollywood Life

Biru kobalt memiliki karakter yang sama dengan warna fuschia, namun warna ini boleh menjadi pilihan yang tepat jika anda ingin menggunakan persalinan berwarna biru. Cuba gunakan skirt berwarna biru logam yang disuai padan dengan top berwarna putih atau kamu juga boleh mengaplikasikan warna ini sebagai baju luar dengan ‘skinny jeans’ dan ‘ankle boots’.

 

4. Ungu

 

Foto: Pinterest

Masih ragu untuk menggunakan warna ungu sebagai persalinan? Jika kamu masih ragu menggunakan warna campuran merah dan biru ini, segera ketepikan perasaan itu kerana warna ini adalah rona unggul buat si pemilik kulit gelap. Anda pasti tampak menakjubkan saat menyarungkannya!

 

5. Teal

Foto: Pinterest

Warna teal adalah gabungan antara warna biru dengan hijau. Hampir sama seperti hijau zamrud, namun warna teal merupakan warna yang biasa ditemui pada batu alam. Anda boleh menggunakan pakaian dengan warna ini untuk pergi ke parti! 

 

Sumber: Nona

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sat, 30 Mar 2019
Oh Lawa Sat, 16 Jun 2018

Penggayaan Turban Buat Si Manis Berhijab Tampil Elegan

Seiring dengan perkembangan fesyen, penggayaan tudung juga tidak terlepas daripada mengelami pelbagai revolusi.

Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

Labur RM1 Juta Untuk Kecantikan Demi Peroleh Wajah Seperti Patung Barbie? Wow Dahsyat!

Obsesi Bella pada kecantikan, berputik sedari usia remaja!

Oh Lawa Mon, 13 Aug 2018

15 Cara Untuk Menggayakan Kimono Anda

Ada pelbagai gaya yang anda boleh cuba.

Oh Lawa Thu, 10 Oct 2019

Berapa kerap perlu anda potong rambut? Ini jawapan pakar

Jika tak potong langsung, rambut bercabang boleh jadi lebih teruk.

Featured Mon, 28 May 2018

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

YB Nurul Izzah setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

Featured Mon, 27 May 2019
Oh Lawa Tue, 21 May 2019

Dua cara guna bedak asas untuk menaikkan seri wajah

Bedak kompak ‘penyelamat’ wanita

Featured Wed, 13 May 2020

Buat 5 perkara ini, kuku pasti sihat!

Kuku sempurna lonjak keyakinan diri

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Cara Betul Kalau Nak Guna Produk Kecantikan Yang Berbeza Jenama

Kalau tersalah campur produk boleh rosak kulit!

error: Content is protected !!