Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops January 30, 2019 @ 12:00pm

Jenama busana menampilkan gaun berinspirasikan ‘meme’ di Minggu Fesyen Paris

Golongan muda-mudi yang biasa menggunakan Internet pada masa kini pastinya sudah pernah mendengar terma yang dipanggil “meme”.

Bagi anda yang tidak pernah dengar, meme adalah imej, video, penulisan atau lain-lain format yang selalunya dianggap lucu dalam sesuatu budaya.

Konsep ini bertujuan untuk menyampaikan sesuatu fenomena atau tema dan lazimnya disebarkan dengan cepat dalam kalangan pengguna Internet dengan sedikit variasi.

Ini dia satu contoh.

Foto: Pinterest

Jenama pakaian Victor & Rolf menggunakan inspirasi meme untuk menghasilkan rekaan berasaskan adibusana atau hauter couture menampilkan gaun unik dengan sasaran golongan yang mengetahui mengenai terma meme yang popular masa kini.

Rekaan ini diperagakan di pertunjukan fesyen bersempena dengan Minggu Fesyen Paris, minggu lalu.

Bersesuaian dengan tema adibusana, semua gaunnya berciri kembang dan meriah. Fabrik yang digunakan pula termasuklah kain tulle yang datang dalam warna-warna yang terang.

Sebagai tarikan, pelbagai frasa meme ditulis secara terang-terangan di atas fabrik berkenaan, seolah-olah Victor & Rolf ingin menggabungkan idea meme ini dengan gaya fesyen adibusana. Menarik sungguh!

Frasa-frasa yang ditampilkan juga lucu, seperti “I’m not shy. I just don’t like you” dan “Sorry I’m late, I didn’t want to come”.

Ternyata, setiap satu daripada gaun ini memang unik dengan rupanya yang tersendiri.

Besar kemungkinan tiada siapa pun yang ingin memakainya di khalayak ramai, tetapi Victor & Rolf berjaya menyuntik elemen lucu dan popular ke dalam sesuatu yang dilihat sebagai mewah.

Jom lihat rekaan-rekaan yang diperagakan.

Foto: Dezeen

Foto: E! News

Foto: College Candy

Foto: College Candy

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Evening Standard

Foto: Newsweek

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Viktor & Rolf

Foto: Viktor & Rolf

Anda suka yang mana?

Sumber: Stylecaster

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 23 Oct 2019

9 busana elegan yang Kate Middleton pakai sepanjang lawatannya ke Pakistan

Jarang kita dapat lihat Kate tampil dengan fesyen yang berunsur Asia.

Oh Lawa Tue, 31 Jul 2018

Ini Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum Makeup

Persediaan sebelum bersolek juga amat penting untuk dilakukan bagi memastikan impak solekan tampak gorgeous dan menawan.

Oh Lawa Fri, 10 Jan 2020

Video tutorial solekan natural untuk wajah tampak cantik dan berseri

Sesuai untuk mereka yang tidak suka solekan tebal

Featured Mon, 9 Mar 2020
Featured Thu, 6 Sep 2018

Adakah Anda “Spesis” Tidur Pun Nak Cantik? Baik Anda Segera Ubah Tabiat Anda

Pastikan anda membersihkan kulit wajah, tanggalkan gincu dan maskara terlebih dulu sebelum tidur.

Acara Thu, 28 Nov 2019
Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Kebaya labuh Kedah bakal diangkat ke pentas Ratu Dunia 2019

Dihiasi dengan selendang batik dan aksesori bermotif tradisional

Oh Lawa Sat, 31 Aug 2019
Featured Mon, 27 May 2019

5 sebab gincu matte terus diminati pada tahun 2019

The Matte Love tonjol bibir lebih mungil

error: Content is protected !!