Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 9, 2020 @ 9:00am

10 gaun pengantin terbaik rekaan Rizman Ruzaini, nombor 5 paling kreatif

Pada awal kemunculannya dulu, pereka fesyen Rizman Ruzaini cukup terkenal dengan rekaan gaun malam untuk selebriti tempatan. Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat dua pereka berbakat itu tentunya penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Selain Siti, beberapa nama besar dalam industri seni negara seperti Ziana Zain, Erra Fazira, Nora dan Fazura antara yang turut menyokong bakat pereka hebat berkenaan.

Diam tak diam, sudah 15 tahun pereka duo ini menghambakan diri dalam dunia rekaan fesyen tanah air. Bermula dengan butik di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, sehingga butik terkini yang terletak di Sungai Besi, jenama itu kian menyerlah.

Kini, Ruzaini Wan Jamil dan Rizman Nordin melebarkan sayap dengan menghasilkan pelbagai rekaan gaun pengantin yang inovatif dan kreatif. Keanggunan rekaan yang dihasilkan menyebabkan ramai selebriti dan kenamaan memilih rekaan mereka untuk digayakan pada hari istimewa.

Bersempena dengan ulang tahun ke-15 pembabitan mereka dalam bidang itu, Rizman Ruzaini mengembalikan ingatan peminat dengan menampilkan pelbagai rekaan gaun pengantin yang mencuri perhatian ramai.

Hijab & Heels berkongsi 10 rekaan baju pengantin yang digayakan selebriti tempatan pada hari istimewa mereka.

1. Emma Maembong

Gaun bertingkat Emma menyerlahkan kecantikan pelakon berdarah campuran itu. Tanpa perincian yang keterlaluan, rekaan gaun pengantin Emma tampak manis sekali. Rizman Ruzaini menampilkan kelainan dengan hanya menggunakan kain renda sarat dengan motif pada bahagian atas gaun berkenaan, sekali gus menjadikan rekaan ini seimbang  dan menawan

2. Fazura

Pelakon jelita ini kelihatan seperti seorang puteri apabila menggayakan gaun pengantin Barbie pink dengan tampalan sulaman bertemakan The Butterfly is Flying. Meskipun gaun ini menggunakan fabrik yang tampak berat, tompokan sulaman bunga perak berkilauan itu meningkatkan gaya mewah rekaan berkenaan.

3. Siti Saleha

Gaun bentuk lurus bertatahkan sulaman manik dengan sedikit juraian berwarna perak menjadikan gaun ini berada pada kelas tersendiri.  Siti Saleha tampil unik menggunakan fabrik rona merah jambu lembut, bersesuaian dengan personalitinya yang feminin.

4. Fasha Sandha

Gaun rona merah jambu Fasha bertatahkan batu berkilauan pada bahagian atas, manakala bahagian gaun dibiarkan polos. Penampilan Fasha tampak hebat dengan gaun potongan duyung ini yang turut dihiasi corak batu berkilauan pada bahagian belakang.

5. Amyra Rosli

Gaun Cinderella dengan rona jingga lembut dihiasi batu perak berkilauan menjadikan rekaan gaun pengantin Amyra antara yang mencuri perhatian. Beliau tampak hebat dengan gaya sederhana, tetapi begitu menyerlah.

6. Zahirah McWilson

Gaun pengantin Zahirah khusus untuk acara potong kek ini mencuri tumpuan dengan perincian unik diilhamkan daripada keindahan burung merak pada bahagian belakang. Menggayakan gaun potongan  duyung ini tampak lebih menawan dengan fabrik warna tanah sekali gus menyerlahkan penampilannya

 7. Farah Nabila

Gaya minimalis ini menjadikan penampilan Farah Nabilah lebih mencuri tumpuan. Gaun Cinderella dengan potongan yang kemas pasti membuat mata terpaku kepada pengantin.

8. Izara Aisyah

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wedding Dress selebriti yang mana menjadi kegemaran anda? Bagaimana pula dengan rekaan minimal greek goddess kepunyaan Izara Aishah? #rizmanruzaini #bridebyRR

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Gaun pengantin potongan duyung yang digayakan Izara Aisyah ini kelihatan anggun dihiasi kain pada bahagian belakang yang berkilauan. Tampak mewah dan menjadikan pemakai lebih menyerlah ketika berjalan menuju ke pelamin.

9. Tasha Shilla

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.. wedding season never ends here at Rizman Ruzaini. . . Another creation, this time for our beautiful bride Tasha Shila. A tulle pleated draped ball gown with intricate embroidered flower with an embellishment of silver Swarovski crystals. . . Every Rizman Ruzaini piece is inspired from the personality of the wearer, because we do believe that every piece comes alive adorned by the bride. And when there’s chemistry with the wearer, it simply becomes magic. Just as beautiful as she looks, Tasha Shilla radiates beauty and positivity beaming from her most beautiful asset – her heart. . . @tashashilla in #bridesbyRR for her cake cutting Make up by @syedfaizalsyednoh Hair by @ckayliow Jewellery by @rafflesia.my Photograph by @blackpepperproduction . . #rizmanruzaini #atrizmanruzainiyouwillbecomeafashionroyalty #tashaxatiq

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Gaun ini tampak manis sekali bersesuaian dengan personaliti Tasha Shilla. Gaun Cinderella yang dibiarkan polos menggunakan kain tulle memberikan ilusi yang mewah dihiasi sulaman bunga bertatahkan batu Swarovski

10. Nadiya Suraya

Suri hati Rizman Nordin ini menggayakan gaun putih bersih yang menawan pada majlis persandingannya. Fabrik satin polos dengan sentuhan kain renda pada bahagian atas menjadikan gaun ini tampak elegan dan unik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Featured Sat, 11 Mar 2023
Events Fri, 28 Mar 2025

Iftar Eksklusif ‘Keluarga Itu’ Cipta Memori, Istimewa Peminat Bertemu Barisan Pelakon

Majlis iftar ini bukan sekadar sesi berbuka puasa bersama, tetapi juga menjadi peluang istimewa buat peminat untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan para pelakon kegemaran mereka.

Featured Tue, 22 Nov 2022

Bergaduh Dengan Adik, Sajat Menangis Ketika Live TikTok – “Abang Mengalah Lah Dengan Adik”

Tular sebuah hantaran di laman TikTok yang memaparkan usahawan kontroversi Nur Sajat menangis kerana mengalami salah faham dengan adik kangdungnya yang dikenali sebagai Mustika. @irahhashim Sajat gaduh dengan adik dia #sajat #mustika ♬ original sound […]

Featured Wed, 20 Mar 2024

“Ya Allah, Berikan Takdir Dan Nasib Terbaik Untuk Anak-Anakku” – Abby Abadi

Begitulah seorang ibu, sakit mana pun hatinya bab anak mesti nak yang terbaik😥🤧

Featured Tue, 9 Jul 2019

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Pastikan anda tidak berada di dalam situasi ini.

Cahaya Mata Thu, 1 Dec 2022

Angkat Kisah Buaya Darat, Dem Lepak Boyz Tampil Single Terbaru Berjudul Jerat

Kumpulan Dem Lepak Boyz (DLB) muncul dengan single terbaru mereka berjudul Jerat. DLB dianggotai oleh dua jejaka iaitu  Zaidy dan Hazel yang telah menukar kerjaya mereka bermula dari penari profesional kepada penyanyi yang mula membina […]

error: Content is protected !!