Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 23, 2021 @ 4:19pm

BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh Rasmi, Jumlah Bayaran & Senarai Bantuan Khas Kerajaan Yang Layak Diterima

Umum maklum Bantuan Khas Covid-19 fasa pertama telah dikreditkan pada 6 Semptember lalu. Namun begitu, masih terdapat segelintir yang gagal permohonan dalam BKC Fasa 1.

Justeru, ramai yang berasa lega apabila kerajaan mengumumkan akan melanjutkan bantuan BKC fasa 2 dan BKC fasa 3.

Berikut merupakan Tarikh Bayaran BKC Fasa 2:

Pembayaran BKC akan dibuat secara berfasa sebanyak 3 kali.

Berikut adalah tarikh bayaran yang dijadualkan bagi ketiga-tiga fasa BKC tersebut.

• BKC Fasa 1 : Mulai 6 September 2021 (*Bagi kategori M40 bermula 9 September 2021)

• BKC Fasa 2 : November 2021

• BKC Fasa 3 : Disember 2021

Penerima bagi setiap Fasa BKC adalah seperti berikut:

• Fasa 1: Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) , B40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) & M40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas)

• Fasa 2 : Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas), B40 (Kategori Berkahwin sahaja)

• Fasa 3 : Miskin Tegar (Kategori Berkahwin sahaja)

Semakan Status Bantuan BKC Fasa 2

Orang awam boleh membuat semakan status kelayakan Bantuan Khas Covid19 melalui 2 cara berikut:

• i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021)

• ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47

Bagi ringkasan seluruh jumlah dan tarikh bayaran bantuan tunai kerajaan pada tahun 2021 adalah seperti berikut:

Sumber: MOF

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Jun 2021

Ramai M40 Tergelincir Kepada B40, Beri Kelonggaran i-Sinar 2.0 Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Baru baru ini, terdapat laporan yang mengatakan lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) tergelincir ke kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis Covid-19 sekali gus memberikan tamparan hebat kepada rakyat Malaysia. […]

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Jangan Sorok Password’- Amyra Rosli Kongsi Tips Rumah Tangga

Kami selalu ingatkan diri masing-masing untuk membuang ego jauh agar isu tidak berpanjangan,

Events Sat, 22 Oct 2022

Persiapan Dah Berjalan 50%, Hael Husaini Bakal Adakan Konsert Solo Sulung Disember Ini

Buat julung kalinya penyanyi serba boleh tanah air, Hael Husaini akan mengadakan sebuah konsert berjudul Hael Husaini Live in KL (HHLIKL). Konsert yang direncanakan akan berlangsung pada 4 Disember 2022, jam 8 malam, bertempat di […]

Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

error: Content is protected !!