Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops January 31, 2019 @ 9:00am

Ahli kongres AS termuda, Alexandria Ocasio-Cortez kongsi rutin penjagaan kulitnya

Selain berkongsi pengalamannya sebagai seorang wanita yang menjadi ahli kongres Amerika Syarikat, Alexandria Ocasio-Cortez juga menggunakan akaun Instagramnya untuk berkongsi rutin penjagaan kulit.

Sebelum ini beliau pernah berkongsi cara memakai kuku palsu (ketika itu beliau berada di dalam kereta api). Beliau juga ada menerangkan bagaimana dandanan rambutnya diinspirasikan dari negara asalnya, Puerto Rico.

Kini, wanita yang berumur 29 tahun ini mendedahkan rutin penjagaan kulitnya selepas seorang pengikutnya bertanya mengenai cara beliau mengekalkan kulit yang licin.

Satu daripada panduan yang dikongsikan adalah untuk mengelak daripada menggunakan bedak krim asas. Beliau lebih menggemari pelembap berwarna dan BB cream, selain hanya menggunakan tujuh produk solekan.

Beliau turut menyimpan tisu basah di tepi katil untuk menanggalkan solekan sebaik sahaja pulang ke rumah.

“Kita semua pernah tertidur sebelum solekan kita ditanggalkan sepenuhnya. Jadi mula hari ini, hentikannya dan amalkan guna tisu basah ini untuk membersihkan muka anda sebelum tidur,” kata Alexandria.

Beliau juga mengingatkan pengikut Instagramnya supaya tidak menggunakan sebarang produk penjagaan kulit yang mengandungi alkohol.

Foto: CNN.com

Rutin

Alexandria menggunakan teknik pembersihan berganda, yang mana dia menanggalkan dulu solekannya dengan minyak atau tisu basah, diikuti pembersihan menggunakan produk pencuci muka.

“Benarkan kulit anda untuk bernafas,” tegasnya.

Selepas mencuci muka, beliau memakai penyegar (toner) yang mengandungi witch hazel iaitu ekstrak kulit kayu dan daun Hamamelis Virginiana, diikuti serum yang mengandungi ramuan aktif seperti vitamin C dan retinol.

Beliau akhiri rutinnya dengan krim pelembap dan krim pelindung matahari, satu amalannya sejak beliau berumur 19 tahun.

Foto: Getty Images

Diet

Menerusi Instagram Story itu, Alexandria juga menyentuh topik pengaruh diet terhadap kesihatan kulit.

“Beberapa tahun lalu, muka saya asyik berjerawat jadi saya berhenti mengambil makanan tenusu. Masalah kulit saya terus hilang.

“Sekarang saya cuma kurangkan pengambilan bahan ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pengikut media sosialnya supaya tidak terlalu mengawal pemakanan.

“Aktiviti makan sepatutnya menyeronokkan. Cuba berfikir apa yang terbaik untuk anda apabila anda diberi pilihan membabitkan makanan.

“Lambat-laun anda akan tahu bagaimana untuk membuat pilihan yang lebih baik sambil membenarkan diri anda menikmati apa yang anda hendak makan,” katanya.

Di bawah ini ialah syot layar Instagram Story Alexandria, jika anda ingin baca keseluruhan perkongsiannya.

Sumber: Elle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 26 Jun 2018

11 Gaya Ikatan Tudung Yang Boleh Di Gayakan Pada Hari Bahagia Anda

11 gaya ikatan tudung ini pastinya menjadikan anda kelihatan luar biasa pada hari bahagia.

Featured Fri, 18 May 2018

Pemilihan Makanan Dan Produk Bebas Kimia, Rahsia Amalan Kecantikan Wanita Timur Tengah

Meskipun keadaan cuaca negara Timur Tengah bersuhu panas, namun ia sedikitpun tidak menghalang mereka menjaga kecantikan diri.

Oh Lawa Mon, 3 Sep 2018

Kulit Sihat Tanpa Terjejas Dan Kekal Cantik Tatkala Melancong

Tip kembara cantik yang boleh diamalkan tika bertandang di negara orang.

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Tip Memilih Cincin Perkahwinan Yang Everlasting!

Terlalu sibuk memikirkan hal yang lain, kadang kala bakal pengantin terlepas pandang soal pemilihan cincin perkahwinan.

Oh Lawa Fri, 20 Dec 2019

Ini kesan guna produk pemutih kulit terhadap sistem dalaman

Pakar kulit Dr Salima Amsa berkongsi pengalamannya.

Featured Thu, 18 Jun 2020
Oh Lawa Mon, 4 Feb 2019
Oh Lawa Thu, 23 Aug 2018

4 Cara Berkesan Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah Anda

Tak perlu berhabis duit, hanya guna bahan-bahan semula jadi!

Oh Lawa Tue, 24 Apr 2018

Buat Si Gadis Manis Yang Stailo, 4 Gaya Moden Wanita Hijab Ini Pasti Kamu Suka

Berhijab bukan alasan untuk anda ketepikan penampilan yang kemas dan menarik.

Featured Wed, 13 Jun 2018

YB Nurul Izzah Setia Dengan Item Pakaian Ini Ketika Di Rumah. Baju Kurung Juga Ke?

Baju kurung dan tudung bawal memang dah sinonim dengannya. Di rumah pula?

error: Content is protected !!