Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 4, 2019 @ 3:00pm

Eh, ini beg tangan atau kasut Croc?

Walaupun sudah terkenal di seluruh dunia, kasut buatan jenama Crocs bukanlah pilihan mereka yang mementingkan gaya penampilan.

Hal ini disebabkan oleh reka bentuk kasut itu sendiri yang dianggap tidak sesuai untuk dipadankan dengan gaya fesyen popular pada masa kini.

Namun begitu, tidak boleh dinafikan yang reka bentuk unik ini ternyata ikonik. Apabila nampak sahaja di mana-mana, anda pasti tahu bahawa itulah kasut Crocs.

Mungkin disebabkan oleh reputasinya, jenama pakaian PizzaSlime berkolaborasi dengan Crocs untuk menghasilkan sejenis beg silang yang diperbuat daripada kasut ini.

Foto: PizzaSlime

Seperti di dalam gambar di atas, model berkenaan nampak seolah-olah menggantungkan sebuah kasut Crocs di dadanya. Pelik!

Pengeluar kasut ini telah melekatkan sehelai tali yang boleh diubah suai kepanjangannya, pada bahagian depan dan belakang kasut.

Di ruang kasut di mana anda sepatutnya meletakkan kaki pula, sebuah beg kecil yang berzip telah dimuatkan dan dijahit ketat.

Kasut Crocs juga terkenal dengan bahagian depannya yang mana anda boleh melekatkan apa jua aksesori pelekat yang disukai.

Begitu juga dengan beg ini. Di bahagian depan kasut ini terdapat tujuh aksesori pelekat Crocs menarik yang bertemakan PizzaSlime.

Foto: PizzaSlime

Hasilnya ialah sebuah beg silang “PizzaSlime x Crocs” yang datang dalam dua warna, iaitu hitam dan kuning.

Dihasilkan di Los Angeles, Amerika Syarikat, koleksi terhad ini hanya ada 25 buah beg sanaja dan setiap satunya dijual pada harga RM1,200.

Foto: PizzaSlime

 

Tapi ingat, bila anda membeli sebuah beg, anda hanya dapat satu, bukannya sepasang. Ini bukannya kasut Crocs!

Mungkin mereka yang gemarkan gaya fesyen yang luar biasa akan meminati aksesori sebegini. Anda pula bagaimana? Anda sanggup pakai?

Anda mungkin tidak boleh meletakkan banyak barang di dalam beg ini, tetapi pastinya ia akan menarik perhatian orang ramai apabila anda memakainya.

Sumber: Insider, PizzaSlime

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ekstrak Batu Permata Berupaya Mencantikkan Kulit Tapi Tidak Ramai Tahu

Ini kerana ia kaya dengan bahan mineral yang dapat merealisasikan kulit cerah berseri.

Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018
Oh Lawa Fri, 30 Aug 2019

Tiada cecair pencuci berus mekap? Bancuh sendiri dengan teknik DIY ini

Bahan-bahannya mudah didapati dan memang murah.

Oh Lawa Tue, 3 Dec 2019
Featured Mon, 11 Mar 2019
Oh Lawa Sat, 4 Aug 2018

Meski Duit Berkepok Pun Belum Tentu Boleh Masuk. Ini 5 Rumah Fesyen Paling Mahal Di Dunia

Lima Blbutik ini bukan saja dikatakan paling mahal di dunia bahkan memilih siapa tetamu mereka yang dibenarkan masuk .

Oh Lawa Wed, 14 Nov 2018

Variasi Penggunaan Bedak Bayi, No. 4 Bikin Rambutmu Kelihatan Segar Sepanjang Hari

Bedak bayi bukan sekadar digunakan pada badan, malah boleh dipelbagai guna.

Featured Thu, 12 Mar 2020
Featured Thu, 9 Apr 2020
Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018
error: Content is protected !!