Featured By: Yanie Baharom January 31, 2019 @ 12:00pm

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Momen menjadi raja sehari, adalah saat paling indah dan membahagiakan bagi sesiapapun. 

Pada saat itulah, kita bisa menjadi jelmaan puteri seperti apa yang kita mahukan. 

Rapi dalam persalinan mewah nan romantis, ditatarias cantik yang tidak pernah terlihat oleh sesiapapun, bahagianya sukar diungkap tatkala duduk bersanding di singgahsana pelaminan bersama putera idaman yang dicintai. 

Justeru kepada bakal mendirikan rumah tangga dan melewati hari penuh bersejarah sekali seumur hidup, sudahkah anda  merencanakan persiapan? 

Atau masih belum punya idea busana perkahwinan seperti apakah yang mahu disarungkan pada hari bahagia nanti?

Jika belum berkesempatan memikirkan hal ini, Hijab & Heels ingin berkongsi dengan anda beberapa koleksi perkahwinan yang cukup menawan dipamerkan pada The Wedding KL yang berlangsung di Hotel The Marriot, Kuala Lumpur, 25 hingga 27 Januari lalu. 

Membariskan 20 pereka fesyen terkemuka tanah air mempersembahkan koleksi baju pengantin eksklusif mereka, Hatta Dolmat Bridal 2019, mendahului dengan rekaan  paling ‘out standing’ sepanjang acara itu berlangsung. 

 

Hatta sememangnya dikenali sebagai seorang pereka fesyen kreatif dan sentiasa menghasilkan sesuatu diluar kotak.

Mainan kelopak petals dalam helaian fabrik neoprene, renda Perancis dan kemilau sekuin indah, mencipta dramatik dalam persalinan romantis! 

Pastinya pereka duo, Fizi Woo tidak ketinggalan mengungguli senarai teratas pilihan penulis. Memperkenankan tema FIZIWOO Artisanal Bridal 2019, rekaan busana pengantin yang dipersembahkan mereka kali ini menampilkan sisi matang jenama itu dengan menekankan perincian manik jahitan tangan.

Tambah menarik himpunan terbaru ini hadir dengan rekaan korset asas, pakaian memeluk tubuh dengan lapisan tulle yang memberikan elemen seksi dan menggoda namun cukup feminin. 

Apalagi yang perlu diperkatakan mengenai duo Rizman Ruzaini. Rata-rata wanita sama ada dikalangan selebriti, VIP mahupun orang biasa, pasti ingin menyarungkan busana perkahwinan jenama ini di hari bahagia mereka. 

Permainan fabrik lace dan perincian mewah bergemerlapan serta glamor terus dikekalkan dalam versatiliti rekaan mereka. Penulis suka dengan idea lengan baju sebelah panjang dan pendek yang dipamerkan mereka. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rizman Ruzaini Bridal 2019 at @theweddingkl ???? @blackpepperproduction

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Ezuwan Ismail menerusi koleksi Love Letter, menterjemahkan nostalgia surat cinta yang dikarang dengan bicara indah ke bentuk helaian setiap rekaannya. 

Manis dan minimalis, koleksi yang dipersembahkan Ezuwan ini memenuhi keperluan raja sehari yang pastinya tidak mahu kecantikan mereka tenggelam dek kerana busana pengantin yang sarat! 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ok nak start buat karangan jap..beribu2 terima kasih pada semua guest yang hadir pada hari fashion show @theweddingkl #lovelettercollections Ahad 27 Jan di JW Marriot dan ezuwan memohon maaf sekiranya xberpeluang berbual mesra dan bergambar brsma semua tetamu..hanya Allah shj dpt mbalas jasa anda semua sudi meluangkan masa berharga anda support #tukangjahittermahirmalaysia ini..pada isteri dan anak2 saya ..sgt memahami jadual bekerja sy dan tulang belakang sy selama ini..tak lupa ibu bapa sy dan kakak,abg dan adik dan family yg tak putus mendoakan sy..kawan2 rapat saya yg senantiasa berada dgn sy time sy memerlukan khidmat..murah rezeki korang semua…pada rakan2 artis yg sentiasa promo dan support sy tqsm!! team ezuwan ismail yg bertungkus lumus menyiapkan baju sehingga lewat pagi overtime..tanpa staff2 yg bagus ni show ini tak akan bjaya..tak lupa pada semua rakan2 media yg sentiasa dan x jemu menulis dan interview sy..i luv u ols..pada organiser @theweddingkl @andrewsmodelsmalaysia tq so much memberi peluang tuk sy dlm fashion show kali ini..model2 yg letup,fotographer dan videographer sy @kaiostudio dan @firmanmohtar tq babe utk gmbar2 dan video..kalau ada sy tlupa tulis di sini sy nk ucapkan semoga anda semua di beri keberkatan dan kebaikan dunia akhirat..itu shj doa sy utk anda semua yg dpt sy berikan kerana sentiasa mberi sokongan utk #tukangjahittermahirmalaysia yg akan muncul dgn lagu #semalamsahaja bersama group @e1.band nnt kan muzik video nnt ( wah sempat iklan ) ok nnt kita upload pic2 baju ya ..luv u olsss #ezuwanismail #eikl #ezuwanismailwedding

A post shared by Tukang Jahit Termahir MALAYSIA (@ezuwanismail) on

Selain menyediakan platform kepada jenama-jenama gah tempatan, penganjuran kali keempat The Wedding KL kali ini turut mengetengahkan nama-nama baru seperti Fuzana Mokhtaza, Liza Azulkarnain dan Zaimi Zulkafli.

Zaimi Zulkafli menerusi koleksi De Mariee, membawa penonton melihat kembali  keindahan busana perkahwinan orang Melayu yang sebati dengan kebarung, pesak gantunh, songkek tenunan klasik, bersulam benang emas dan perak. 

Dipadan keringkam juga sulaman benang emas yang tampak ringkas namun tinggi nilainya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Feb 2023

Dikritik Memalukan Ibu Mentua Selepas Kongsi Video Menari Dengan Suami, Fasha Sandha Tepis Netizen

Bila lagi nak bermesra dengan suami kan? 🤪🥰 Netizen jealous ke tuuu?

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Fri, 5 May 2023
Featured Tue, 22 May 2018

Jom Lihat Gaya Raya Ala Tun Dr Siti Hasmah

Selain melihat penampilannya yang sentiasa setia di samping suami tercinta, gaya fesyen doktor wanita pertama Malaya ini juga turut mendapat perhatian umum.

familuv Thu, 6 Dec 2018

10 Perkara Yang Orang Lain Mungkin Tak Beritahu Anda Tentang Melahirkan Anak

Ia mungkin menakutkan atau menggelikan, tapi inilah hakikatnya!

Oh Lawa Fri, 10 Aug 2018

Wajah-Wajah Popular Hiasi Pentas Peragaan The Melium Group Dan Farah Khan

Barisan selebriti yang terlibat, sebahagian besarnya merupakan trendsetter antaranya Fyza Kadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Kavita Sidhu, Whulandary Herman, Ameera Khan (Little Miss Khan), Idris Khan, Siti Saleha, Syafiq Kyle, Anzalna Nasir dan Neelofa.

Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin