Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops February 10, 2019 @ 1:00pm

Selesema berpanjangan mungkin tanda anak anda dijangkiti influenza

Kebanyakan ibu bapa menganggap selesema diikuti demam dan batuk dalam kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa yang dialami terutama dalam beberapa tahun pertama kehidupan anak mereka.

Begitu pun, selesema yang berpanjangan dan ditambah dengan rasa sakit kepala yang akut mungkin menunjukkan anak berkenaan bukan sekadar menghidap selesema biasa, sebaliknya besar kemungkinan si kecil dijangkiti influenza.

Ramai yang menganggap influenza dan selesema dua perkara yang sama kerana gejalanya adalah hidung berair selain kerap bersin, namun hakikatnya selesema dan influenza adalah dua penyakit berbeza.

Influenza ialah penyakit berjangkit berpunca daripada virus RNA (keluarga Orthomyxoviridae) yang berasal daripada burung atau mamalia.

Tiga wabak influenza berlaku pada abad ke-20 dengan membunuh berjuta-juta manusia. Kajian mendapati setiap kali wabak itu berlaku, strain virus itu berubah sehingga menyukarkan rawatan dilakukan.

Kemunculan strain virus influenza yang membawa maut, H5NI, dikatakan memberi risiko paling menakutkan apabila membunuh ribuan rakyat Asia pada 1990-an.

Influenza merebak menerusi rembesan air daripada hidung, hingus dan darah serta barang yang sudah dicemari dengan virus berkenaan.

Jangkitan juga boleh berpunca daripada tahi burung yang sudah dijangkiti virus influenza seperti ketika wabak selesema burung yang pernah menimbulkan kebimbangan di Lembah Klang tidak lama dulu.

Influenza lebih mudah berjangkit pada musim hujan khususnya di kawasan tropika seperti Malaysia memandangkan suhu lebih sejuk, sekali gus memudahkan virus kekal aktif.

 

Foto: Children’s Asthma & Lung Specialists

Virus itu dikatakan boleh kekal bersifat `berjangkit’ kira-kira seminggu pada suhu badan manusia, lebih 30 hari pada suhu 0 darjah Celsius dan lebih lama pada suhu kurang daripada 0 darjah Celsius.

Dalam kebanyakan kes, influenza tidak dirawat sewajarnya kerana ramai menganggap gejala ditunjukkan seperti hidung berair adalah selesema yang biasa dialami khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Influenza perlu diberi perhatian serius kerana jika tidak dirawat boleh memudaratkan kesihatan termasuk menyebabkan kematian.

Kematian disebabkan influenza boleh berpunca daripada pneumonitis, iaitu inflamasi paru-paru yang menyebabkan kecacatan pada pernafasan dan juga jangkitan virus.

Orang yang berisiko diserang influenza ialah mereka yang mempunyai sistem imun lemah khususnya kanak-kanak dan warga tua, namun jangkitan juga boleh berlaku kepada orang dewasa terutama mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit paru-paru, asma, jantung berlubang atau penyakit jantung.

Satu gejala yang menunjukkan seseorang itu mungkin dijangkiti influenza ialah selesema dialami berpanjangan, mungkin lebih dua minggu kerana selesema lazimnya hanya berlaku selama kira-kira seminggu.

Begitupun, ada juga selesema yang berterusan, tetapi bukan influenza menyebabkan ramai yang sukar membezakannya.

Antara gejala lain yang menunjukkan seseorang itu mungkin dijangkiti influenza ialah seperti lesu keterlaluan, sakit kepala yang serius dan sakit otot.

Foto: cidrap

Info

Influeza
Nama influenza asalnya daripada perkataan Itali, influenza, yang bermakna ‘influence’ atau pengaruh, (Latin: influentia)

Keadaan
Jangkitan virus yang sangat berjangkit membabitkan sistem pernafasan

  • Gejala:
  • Pening kepala
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit tekak
  • Lesu
  • Sakit kepala yang serius
  • Batuk
  • Sakit otot

Cara penyebaran influenza:

  • melalui udara hanya melalui batuk atau bersin daripada pesakit.
  • menerusi air liur yang mungkin terkena tangan pesakit dan apa saja yang disentuh tangan berkenaan.

Langkah penjagaan:

  • memastikan kebersihan diri yang baik, kerap mencuci tangan dan membersihkan persekitaran rumah
  • suntikan vaksin influenza digalakkan diambil antara usia enam bulan hingga lima tahun bagi kanak-kanak dan mereka yang berisiko seperti menghidapi penyakit kronik dan berkaitan paru-paru

Penulis: Fadzlena Jafar

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 10 May 2018

8 Waktu Yang Sesuai Untuk Minum Air Putih Kalau Anda Nak Kuruskan Badan

Minum air putih juga dapat bantu anda untuk kurus! Tapi, perlu minum ikut waktu yang betul ya.

Sihat Fri, 8 Mar 2019

Cara berkesan untuk rawat masalah bayi sembelit, jangan biar si manja merana!

Ketahui simptom dan rawatan bagi atasi masalah bayi sembelit

Sihat Fri, 3 Aug 2018

4 Teknik Mudah Untuk Legakan Sakit Belakang

Anda boleh ‘take 5’ untuk lakukan teknik ini di pejabat mahupun di mana saja anda berada.

Featured Wed, 4 Mar 2020
Featured Mon, 18 Jun 2018

Jangan Guna Putik Kapas Kalau Bersihkan Tahi Telinga. Bahaya!

Putik kapas akan menolak sisa-sisa tahi telinga yang terkumpul ditolak lebih dalam sehingga ke kawasan rongga paling dalam.

Sihat Thu, 26 Sep 2019
Featured Tue, 17 Jul 2018

Tak Suka Makan Durian? Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Khasiat Raja Buah Ini

Anda boleh mula ‘jinak-jinakkan’ diri dengan meminati dan makan buah durian selepas membaca manfaatnya.

Sihat Tue, 10 Jul 2018

Garu Kepala & Gelak Mampu Buat Anda Kurus? Biar Betul?

Lagi tinggi metabolisme, lagi bagus. Tak perlu bersenam pun!

Featured Wed, 29 Jan 2020

Bagaikan mayat hidup, mangsa koronavirus di kuarantin dalam ‘keranda’

Tindakan demi keselamatan petugas paramedik dan orang awam!

error: Content is protected !!