Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 4, 2020 @ 12:00pm

Punca kaki bengkak, faktor nombor 3 memang menyeramkan!

Kaki bengkak atau edema boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur. Ia boleh terjadi di mana-mana bahagian kaki, termasuklah tapak kaki, buku lali, betis dan paha.

Bagi wanita hamil, bengkak kaki kerap dihadapi ketika memasuki trimester ketiga kehamilan. Hal ini kerana apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, rahim akan memberi tekanan pada saluran darah di pelvis sekali gus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada bahagian bawah anggota badan.

punca kaki bengkak

Kredit gambar: Everyday Health

Bengkak kaki juga sering berlaku dalam kalangan warga emas. Bengkak kaki boleh menyukarkan pergerakan dan juga menimbulkan rasa tidak selesa.

Jom semak punca atau faktor yang boleh menyebabkan bengkak kaki berlaku.

1. Pengambilan ubat-ubatan

Antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan pembengkakan kaki ialah pil untuk penyakit darah tinggi seperti calcium channel blockers (seperti nifedipine, amlodipine, diltiazem, felodipine dan verapamil), pil hormon replacement therapy (HRT) dan testosterone, pil yang mengandungi steroids serta pil rawatan kemurungan jenis MAO inhibitors (seperti phenelzine dan tranylcypromine) dan tricyclics (seperti nortriptyline, desipramine dan amitriptyline).

Jika pengambilan ubat adalah faktornya, pesakit perlu berjumpa doktor untuk mengadu masalah bengkak kaki dengan membawa ubat-ubatan mereka agar doktor yang memeriksa dapat menyemak ubat-ubatan itu. Doktor akan menghentikan ubat-ubatan itu dan mungkin menggantikannya dengan ubat yang lain bagi mengelakkan bengkak di pergelangan kaki berulang.

2. Pembuluh darah kurang berfungsi

Bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, punca utama bengkak kaki ialah pembuluh darah yang kurang berfungsi (venous insufficiency) dan keadaan ini melibatkan 30% daripada jumlah populasi.

punca kaki bengkak

Kredit gambar: Power of Positivity

3. Komplikasi penyakit kronik

Bengkak kaki biasanya akan menyusut selepas tiga hari, justeru jika bengkak itu tidak menyusut saiznya, ia adalah tanda bagi komplikasi penyakit yang lebih serius. Warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi harus mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti di hospital, terutama jika bengkak itu tidak berkurangan setelah beberapa hari.

Kaki bengkak juga mungkin menandakan seseorang itu mengalami masalah jantung seperti penyakit tisu jantung (cardiomyopathy), kegagalan ginjal atau buah pinggang, sistem limfa tersumbat serta kegagalan hati yang serius.

4. Pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti

Bengkak yang dinamakan ankle edema ini boleh berlaku jika seseorang itu berdiri terlalu lama, duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang, berat badan yang berlebihan atau pernah berlaku kecederaan di kawasan tersebut.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan inflamasi di kaki ialah Tendon Achilles yang terputus atau cedera, koyak anterior cruciate ligament (ACL) pada lutut, patah tulang kaki, betis atau buku lali, penyakit gout (sakit sendi disebabkan asid urik berlebihan), infeksi atau luka pada kaki, bursitis lutut (inflamasi kantung air dalam sendi lutut), osteoarthritis, Rheumatoid arthritis (inflamasi sendi) serta lutut yang terseliuh.

Jika anda mengalami kaki bengkak, segera lakukan pemeriksaan doktor agar punca sebenar kaki bengkak dapat dikesan lebih awal dan dirawat lebih cepat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Wed, 7 Feb 2024
Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Featured Fri, 13 Jun 2025

“Saya Rasa Siapa Yang Pernah Mandikan Jenazah Akan Takut Dengan Kehidupan Di Dunia Ni” – Elfira Loy

Elfira menyeru orang ramai untuk mencari peluang dan belajar memandikan jenazah.

Featured Fri, 3 Apr 2026

Beto Kusyairy Segan Jadi Inspirasi Pelakon Baharu – “Saya Juga Masih Mencari Ilmu Sama Seperti Mereka”

Beto Kusyairy mengakui berasa sedikit segan apabila namanya dipetik antara pelakon yang dijadikan inspirasikan selain menjadi idola para pelakon baharu tanah air.

Events Wed, 9 Apr 2025

Blood Brothers Filem Aksi Paling Sukar Dihasilkan Syafiq Yusof

Berbaloi filem aksi paling sukar dihasilkan.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

error: Content is protected !!