Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 9, 2025 @ 12:04pm

Blood Brothers Filem Aksi Paling Sukar Dihasilkan Syafiq Yusof

Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, dengan bangganya mempersembahkan Blood Brothers: Bara Naga.

Dengan aura gelap dunia mafia yang jarang diterokai dalam industri perfileman tanah air, Blood Brothers: Bara Naga mengetengahkan dua pengarah berbajat besar iaitu, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

Menurut Syafiq, filem ini merupakan antara filem aksi yang paling sukar dihasilkannya.

Namun, tempoh dua tahun untuk menghasilkan filem ini sekaligus memnuatkan dia yakin Blood Brothers: Bara Naga  mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Dua tahun penuh dedikasi telah kami curahkan untuk menghasilkan Blood Brothers: Bara Naga Setiap peringkat, bermula daripada perancangan, penulisan, penggambaran, hingga  pascaproduksi, menyaksikan usaha gigih daripada seluruh kru dan pelakon.

“Saya yakin filem ini akan membuka lembaran baru dalam industri filem negara dan memberi inspirasi kepada karyawan lain untuk menghasilkan karya yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, pengarah bersama, Abhilash Chandra menyifatkan kerjasama yang terjalin antara dirinya dan Syafiq adalah satu perjalanan kreatif yang luar biasa.

“Bekerja dengan Syafiq Yusof untuk Blood Brothers: Bara Naga memang satu perjalanan kreatif yang luar biasa.

“Kerjasama ini beri kami peluang untuk teroka idea baru dan cipta satu cerita yang berkesan dan kuat. Setiap babak ada impak dan tujuan tersendiri, dan saya yakin penonton dapat rasa terhubung dengan jalan cerita yang kami bawakan ni,” kongsinya.

Pamer ikatan persaudaraan, pengkhianatan & pertarungan demi kebenaran

‘Blood Brothers: Bara Naga’ mengangkat kisah Ariff (lakonan Syafiq Kyle), seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk menyertai syarikat kawalan keselamatan elit, Silent Guard, di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su) iaitu seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merupakan ketua sindiket mafia digeruni, dikenali sebagai Naga.

Sejak itu, Ariff mengangkat sumpah setia dan menjadi Blood Brother kepada Ghaz  dan kemudian satu ikatan persaudaraan yang tidak boleh dikhianati.

Namun, apabila berlakunya satu pengkhianatan besar yang menggoncang empayar Naga, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai dalang di sebalik musibah tersebut. Dia kini menjadi buruan dan suspek utama dalam konspirasi gelap yang mengancam nyawanya.

Dalam usaha untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff melarikan diri dan terpaksa mencari perlindungan daripada abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly). Namun, di sebalik pelariannya, Ghaz pula diberi mandat untuk menjejaki dan menangkap Ariff  demi menegakkan keadilan keluarga Naga yang menuntut balas dendam.

Adakah Ariff mampu membersihkan namanya dan meraih kembali kepercayaan Ghaz? Atau mungkinkah nasibnya berakhir tragis di tangan sahabat yang dianggap seperti abang sendiri?

‘Blood Brothers: Bara Naga’ akan mula ditayangkan di 146 pawagam seluruh negara bermula 10 April ini sebuah naskhah penuh aksi, emosi dan dilema moral yang pasti meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Untuk perkembangan terbaru serta kandungan eksklusif berkaitan filem ini, ikuti Primeworks Studios di platform rasmi mereka di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 20 May 2020
Featured Tue, 26 Jun 2018

Takut Legam Semasa Penggambaran Pulang, Puteri Aishah Lumur Sunblock Setiap Masa

Lumur sunblock di seluruh kulit wajah dan badan sebegai pelindung kulit daripada terbakar atau menjadi gelap.

Events Wed, 17 Oct 2018

Wanna Learn Sign Language? Here’s Dates for Some Upcoming Classes

It’s a good language to add to our list of expertise.

Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Featured Sat, 28 Sep 2024

Didakwa Halang Fattah Amin Hampiri Fazura? Bodyguard Tampil Bersuara – “Kau Jangan Main Tulis Ikut Sedap Kau”

Tak baik taumain serkap jarang macam ni… main tuduh ikut sedap mulut je!

Featured Tue, 30 Nov 2021
Hiburan Fri, 9 Jan 2026

“Mr E Hanya Bergurau, Foto Buah Zuriat Tak Bawa Sebarang Maksud” – Erra Fazira

Hanya sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud tersirat, penyanyi dan pelakon terkenal Erra Fazira tampil menjelaskan mengenai perkongsian foto buah zuriat oleh suaminya, Ezwan Zain atau Mr E ketika menunaikan ibadah umrah, baru-baru ini. […]

Trending Sat, 10 Feb 2018

AJL32: PENTAS AJL BERHANTU????

Pentas AJL berhantu??? Alamak! macam mana tu?

error: Content is protected !!