Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 20, 2018 @ 2:08pm

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi. Tapi kalau penerbangan anda 13 jam? Tak boleh elakkan!

Tandas dalam kapal terbang dahlah sempit, tak ada paip pula tu! Confirm rasa tak puas.

Kalau membuang pun, mesti anda rasa tak aman bila memikirkan ada ramai orang lain yang menunggu giliran di luar pintu. Stress!

Foto: www.ivoline.ro

Tapi jangan risau! Menurut Erika Roth, seorang bekas pramugari, ada satu waktu yang paling sesuai jika anda mahukan privacy ketika membuang air.

Anda patut pergi ke tandas sebaik saja pilot mematikan tanda seatbelt, ataupun sebelum para anak kapal mula menghidangkan minuman.

Erika berkata pada waktu ini, anda ada lebih kurang 10 minit untuk settlekan ‘bisnes’ anda sementara orang lain sedang sibuk dengan hal masing-masing.

Pramugari ini juga ada satu lagi tips penting, terutamanya untuk sesiapa yang bercadang untuk, ahem, buang air besar. Yelah, besar kemungkinan tandas kecil tu akan berbau “harum” selepas anda menggunakannya.

Jadi untuk elakkan orang yang masuk selepas anda daripada terus pengsan, minta paket serbuk kopi dari mana-mana crew kapal dan gantungkannya di dalam tandas. Serbuk kopi tersebut akan tolong menyedut bau “harum” tu.

Foto: www.rentaloo.com.au

Nampak je remeh tapi serbuk kopi tu mungkin boleh menyelamatkan keadaan tau!

Pada bulan Mac tahun lepas, sebuah penerbangan SpiceJet dari Bangalore ke Delhi terpaksa membuat pendaratan kecemasan disebabkan oleh bau busuk yang “kronik”, yang datang dari tandas ke kokpit. Haha!

Sumber: Time.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Dec 2021
Featured Fri, 5 May 2023
Featured Tue, 21 Sep 2021
Featured Wed, 24 May 2023
Eat Travel Wed, 29 Apr 2020

Cencaru bakar tempoyak ratu Ketuk-ketuk Ramadan undang perut berkeroncong!

Lauk mudah disediakan, sedapnya tahap angkat ibu jari

Featured Tue, 25 Oct 2022

Gara-Gara ‘Twerk’ & Usik Jurusolek Melatah, Video Dynas Mokhtar Dibanjiri Komen Nakal Lelaki Gatal?

Amboiiii, nakalnya komen komen lelaki kat video Dynas ni 🤯 Takut min baca 😖😫

Featured Mon, 9 May 2022
Featured Thu, 21 Jul 2022

Isu Mesra Wuduk & Warna Tersepit Pintu? Neelofa Tampil Beri Penjelasan – “Serbuk Asli Dah Ditapis Sebanyak 9 Kali..”

Ramai yang kata warna Inai Neelofa ni macam tersepit pintu, ada juga yang bancuh tapi tak jadi. Apapun spekulasi, ni tuan badan dah tampil bersuara. Moga semua jelas

Featured Thu, 21 May 2020

Rumah kampung, tetapi hiasan ruang tamu mengalahkan kondominium!

Bijak sungguh pemiliknya menghias rumah!

error: Content is protected !!