Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie April 29, 2020 @ 9:36am

Cencaru bakar tempoyak ratu Ketuk-ketuk Ramadan undang perut berkeroncong!

Ikan bakar antara menu yang tidak pernah jemu untuk dinikmati, sama ada dibakar tawar atau dipipis garam kunyit, pendek kata semua peringkat usia gemar menu ringkas ini.

Manakan tidak, ada yang membuat jenaka andai menikmati nasi putih dengan ikan bakar dan air asam, hujan ribut mahupun petir melanda tidak dipedulikan kerana keenakan menu ringkas, namun layak diberi lima bintang itu.

Bayangkan andai cencaru belah tengah dipipis lada berbaur tempoyak dan daun kunyit, semerbaknya usah dicerita. Mungkin dari luar rumah sudah menusuk aroma wangi daun kunyit bercampur asap, tentunya perut berkeroncong terus.

Cencaru segar enak dibakar dengan pes tempoyak dan daun kunyit – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Untuk melengkapkan hidangan buka puasa petang ini, apa kata intai resipi Sheila Rusly yang sememangnya handal memasak, lebih-lebih lagi beliau juga cukup sinonim dengan rancangan Ketuk-ketuk Ramadan yang sudah ditamatkan siarannya sejak tahun lalu.

Hantaran cencaru bako tempoyak Sheila itu mendapat 308,000 tontonan dengan 367 komen daripada netizen. Ringkas sahaja resipi cencaru ‘bako’ (bakar) tempoyak itu, namun penangannya hanya penggemar tempoyak sahaja yang tahu. Jom cuba!

Tempoyak enak dijadikan bahan untuk ikan bakar tempoyak. Foto: NSTP/Mohd Rafi Mamat.

Hijab & Heels mencadangkan resipi bersumberkan protein sebagai menu utama anda hari ini.

Cencaru bako (bakar) tempoyak

Bahan-bahan:
Segenggam cili padi merah dan hijau
4 helai daun kunyit (hiris halus)
4 ekor cencaru sederhana besar (dibelah belakang)
3 sudu besar tempoyak
2 helai daun pandan
Sedikit garam kunyit dilumur pada cencaru

Cara penyediaan:
1. Sapu garam dan kunyit pada ikan cencaru. Ketepikan.
2. Tumbuk cili padi hingga separa hancur.
3. Campurkan cili padi dengan tempoyak dan gaul rata.
4. Masukkan garam dan daun kunyit yang sudah dihiris halus.
5. Masukkan adunan pes tempoyak ke dalam ikan yang sudah disapu garam. Gumpal daun pandan sebelum dimasukkan ke bahagian kepala ikan.
6. Bakar dengan api/bara sederhana. Pastikan ia tidak hangit. Balik-balikkan ikan supaya masak rata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Feb 2020

Set kembara Tanamera mudahkan wanita bermusafir

Semua kelengkapan kecantikan disediakan

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Tue, 1 Jul 2025

“Saya Dah Lama Tak Pakai Baju Melayu Pada Hari Raya”- Azhan Rani Sebak, Kenang Arwah Bapa

Azhan Rani mendedahkan dia sudah lama tidak memakai baju Melayu setiap kali sambutan Hari Raya.

Featured Thu, 10 Aug 2023
Featured Wed, 5 Jan 2022

Berang Dipanggil ‘Usher’, Jason Derulo Belasah 2 Individu

Penyanyi Hollywood, Jason Derulo, 32, dipercayai telah terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua individu di hadapan sebuah kelab malam berdekatan ARIA Hotel dan Kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat pada awal pagi Selasa. Memetik laporan E! […]

Featured Fri, 3 Apr 2020
Featured Fri, 16 Dec 2022

Zarina Anjoulie Jawab Sebab Putus Cinta Dengan Zoey Rahman?

Tak ada jodoh nak buat macam mana kan gaisss. Semoga Anju terus bahagia dengan pilihan hatinya 🥰

error: Content is protected !!