Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 9, 2025 @ 12:18pm

“Kerja Kebajikan Bukan Untuk Ditunjuk, Tapi Dikongsi”- Aaron Aziz Komited Dalam Misi Kemanusiaan

“Atas kerjasama dan bantuan beliau, kami dapat menyalurkan sumbangan daripada penderma Malaysia dan Singapura untuk membantu anak-anak yatim, fakir miskin dan nelayan”.

Demikian luahan pihak Charitable Association of Cambodian Islamic Graduates (CACIG), berhubung kerjasama yang diadakan dengan pelakon popular, Datuk Aaron Aziz.

Menurut wakil CACIG, kerjasama bersama selebriti popular sudah bermula pada tahun 2020 dan telah memberi impak yang besar kepada komuniti di Kemboja.

Katanya, meskipun memiliki pencapaian yang cemerlang dalam dunia lakonan, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz tidak pernah mengetepikan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

“Alhamdulillah, CACIG pernah bekerjasama dengan Aaron Aziz dalam program kebajikan sejak tahun 2020.

“Atas kerjasama dan bantuan beliau, kami dapat menyalurkan sumbangan daripada penderma Malaysia dan Singapura untuk membantu anak-anak yatim, fakir miskin dan nelayan di Kemboja,” kata wakil CACIG dalam kenyataan di Facebook.

Mengulas lanjut, Aaron yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu pernah tampil membantu masyarakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik COVID-19 melanda.

Walaupun tanpa liputan meluas, aktor itu dilaporkan menghantar bantuan ke beberapa negeri termasuk Sabah, Pahang, Perlis, Kedah, Johor dan Selangor.

Selain itu, Aaron turut terlibat dalam program Malaysia4Palestin anjuran stesen televisyen berbayar  yang bertujuan menggerakkan selebriti tempatan memberi sumbangan dan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Justeru, berkat sokongan dan sumbangan berterusan Aaron, CACIG berjaya melaksanakan pelbagai projek kebajikan termasuk pembinaan rumah wakaf, madrasah, penyediaan sampan, bekalan makanan serta sumber air minum untuk komuniti nelayan di kawasan terpencil.

“Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan bantuan daripada Aaron Aziz serta seluruh ahli keluarga, rakan-rakan dan semua penderma yang dermawan.

“Hanya Allah jua dapat membalas jasa baik kalian semua. Jazakumullah khairan,” jelasnya.

Sekadar info, hantaran tersebut dibuat pihak CACIG adalah bagi mempertahankan dan menguar-uarkan inisiatif aktor itu  dalam misi kemanusiaan susulan tuduhan fitnah dan buli siber yang menimpa dirinya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Fitnah & Buli Siber, Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang – “Permudahkan Urusan Kami”

ARTIKEL BERKAITAN:“Senang Cakap Kalau Nak Tolong Orang, Tak Payah Nak Rekod.. Orang Miskin Pun Ada Maruah”- Aaron Aziz

 

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Jan 2025

Selepas Lagu ‘Andai Tiada Dia’, Isyariana Bakal Jalin Kerjasama Dengan Komposer Indonesia

Ramai yang tidak menyangka Isyariana boleh menyanyi malah mempunyai suara yang sedap.

Trending Tue, 23 Jun 2020

Senarai Bantuan Khas Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19, Cara Mohon Bantuan

Ramai yang tak tahu sebenanrya korang boleh mohon banyak bantuan. Jom tengok!

Events Tue, 13 Aug 2019

Selepas Sabah, Ujibakat Mentor Milenia Kini Di Kuala Lumpur!

Korang yang confident boleh menyanyi dan mempunyai bakat tu, bolehlah datang ke sesi ujibakat Mentor Milenia nanti!

Hiburan Tue, 10 May 2022

“Selepas Lebih 100 Hari Di NICU, Anak Perempuan Kami Akhirnya Pulang Ke Rumah” – Anak Priyanka Chopra Lahir Pra-Matang

Selepas lebih 100 hari di NICU kerana lahir pra-matang, akhirnya anak Priyanka dan Nick pulang ke rumah.

Trending Sun, 15 Dec 2019

Sanggup Redah Hujan Demi ‘Laptop’ Tapi..

Hanya kerana laptop sanggup redah dalam hujan basah kuyup demi anak tapi….

error: Content is protected !!