Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 6, 2025 @ 1:03pm

Isu Fitnah & Buli Siber, Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang – “Permudahkan Urusan Kami”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa terlibat dalam perbuatan buli siber serta penyebaran fitnah membabitkan dirinya dan keluarga baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron meluahkan perasan sedihnya apabila isu yang berlaku turut memberikan impak terhadap anak-anaknya apatah lagi ada diantara mereka kini sedang belajar di luar negara.

“Bismillah Ya Allah, permudahkan urusan kami.. anak anak saya di luar negara saya tak dapat nak peluk dan tenangkan mereka. Dan hari lahir anak saya disambut dengan tangisan.

“Untuk anak-anak saya, daddy akan terus mempertahankan kamu semua sehingga hujung nyawa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon berkenaan, Diyana Halik tidak dapat menahan sebak apabila melihat insan yang menjadi tulang belakang keluarganya itu bersedi,  malah hanya mampu ditenangkan oleh anak bongsu mereka.

Terdahulu, sepotong video pendek tular memperlihatkan aktor itu didakwa mempertikaikan tindakan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), sekali gus membuatkan dirinya menerima pelbagai resposn negatif dalam kalangan masyarakat.

Susulan isu berkenaan, Aaron tampil menjelaskan perkara sebenar dan meminta orang ramai menonton semula rakaman penuh temu bual berkenaan sebelum membuat sebarang spekulasi.

Jelasnya,  dia sama sekali tidak pernah mempertikaikan usaha murni mana-mana pihak yang tampil memperjuangkan rakyat Palestin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terima Banyak Tawaran, Tyzo Bakal Kembali Jadi Deejay Radio Mac Ini?

Wah, tak sabar nk dengar Tyzo on air radio semula

Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Featured Wed, 3 Dec 2025

“Saya Harap Perkahwinan ini Adalah Penutupnya” – Erra Fazira

Erra Fazira menjelaskan, keputusan untuk kembali berumah tangga dibuat atas dasar yakin termasuklah memikirkan usia hubungan mereka.

Hiburan Fri, 5 May 2023
Trending Sat, 13 Jun 2020

Solat Jumaat Ditangguhkan Kepada 19 Jun- JHEAINS

Baca betul betul dekat negeri mana..

Trending Fri, 20 Dec 2019

Syarikat E-Hailing Gantung Akaun Pemandu Biadap

Hanya kerana bersikap biadap, akaun pemandu ehailing di gantung

Hiburan Thu, 3 Jul 2025

“Nak Bergurau Ada Hadnya, Jangan Sampai Menyindir” – Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny beri pesanan pedas kepada netizen bergurau melampau tapi menyindir?

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Aprena Manrose Akui Ramai Lelaki Dekati Lepas Cerai, Tapi Belum Sedia Buka Hati – “Penat, Nak Nikmati ‘Single’ Dulu”

Aprena mengakui pernah terfikir sama ada masih ada lelaki yang sudi menerima dirinya selepas memegang status janda

error: Content is protected !!