Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 20, 2023 @ 7:39pm

[VIDEO] Sebak! KJ Menangis Dengar Ucapan Anak-Anak Sempena Hari Bapa

Ahli politik dan penyampai radio, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ menitiskan air mata selepas mendengar ucapan anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di TikTok, KJ sebak selepas mendengar kejutan ucapaan bersempena hari bapa menerusi rakaman audio di Hot FM.

“Kita kan dah sambut Father’s Day semalam. We love you so much papa.

“Knock, knock. Who’s there? Huppy. Huppy who? Happy father’s day papa, I love you,” ucapan anak-anaknya.

@hotfm976_ Awwww kalau korang nak tau, pagi tadi ada kejutan ucapan Hari Bapa tau! So, ada ucapan-ucapan istimewa daripada anak-anak Chief @Khairykj ! KJ menangis!! 🥺🥺 Satu konti sebak tauuuuu 🥺🥺🥺 Selamat Hari Bapa, Papa KJ! 👨‍👩‍👧✨👑 #KJJadiDJ #BekpesHot #JohanKiniDiHotFM #YangHangatDanTerbaik #hotfm ♬ original sound – Hot FM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut sebak mendengar ucapan tersebut, malah ramai yang memuji KJ sebagai seorang ayah yang baik buat anak-anaknya.

“Tu tandanya KJ seorang ayah yang terbaik buat anak-anak beliau. Satu-satunya bekas menteri berwibawa, kukuh dengan hala tuju negara dan sentiasa ada bersama rakyat marhaen, kami bangga.

“Siapa hiris bawang ni. Sweet anak-anak KJ. Lelaki mana yang tak sebak,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Hazama Tak Takut Kalah Dengan BBNU

Betul! Baru atau lama, masing-masing hebat!

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Neelofa tampil menyeru agar lebih ramai menyalurkan bantuan.

Featured Tue, 28 Mar 2023
Trending Wed, 2 Dec 2020

Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 7 Disember Ini

Buat yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Stacy Tunggu ‘Jodoh’ Terbaik?

Kerja tetap kerja…

error: Content is protected !!