Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 19, 2021 @ 10:44am

“Sudah Lama Saya Fikirkan…” Shuib Umum Tinggalkan Hot FM

Berbaki empat hari sahaja lagi, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad memutuskan untuk meninggalkan konti Hot FM selepas dua tahun berkhidmat sebagai penyampai radio.

Perkara tersebut diumumkan oleh Shuib sendiri semasa Geng Pagi Hot bersiaran pada pagi Isnin.

Menurut Shuib, 37, keputusan ini diambil kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan perniagaan yang dijalankan beliau.

Nafi dilamar stesen radio lain

Desas-desus mengatakan beliau telah dilamar oleh stesen radio lain adalah tidak betul sama sekali apabila beliau sebelum ini juga pernah meninggalkan stesen radio lain.

Bagi Shuib, nekad meninggalkan stesen radio Hot FM kerana beliau mahu fokus terhadap perniagaan dan keluarga memandangkan anak-anak semakin membesar dan mereka perlukan perhatian.

“Selain memajukan perniagaan, saya mahu fokus kepada keluarga terutama anak-anak. Mereka pun semakin membesar dan saya perlu memberi tumpuan dan membuat perancangan buat mereka,” katanya.

Terdahulu, Shuib memulakan kerjaya bersama Hot FM pada Februari 2019 dan digandingkan bersama Shuk Sahar dan Fizie dalam segmen Geng Pagi Hot bersiaran dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Dec 2022

Menjerit Ketika Tunggang Kuda, Netizen Label Ratu Farah ‘Over’

Beberapa bulan lalu, tular satu rakaman yang memaparkan selebriti TikTok, Ratu Farah mencuba aktiviti ‘flying fox’ di sebuah resort. Kini, Ratu sekali lagi muncul dalam video baharu mencuba aktiviti menunggang kuda di resort yang sama. […]

Featured Sat, 17 Dec 2022
Featured Thu, 30 Dec 2021

Ugut Mahu Bakar Rumah Jika Bapa Tak Beli Burger, Lelaki 29 Tahun Dipenjara

Mahkamah Majistret Selayang pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki yang membuat ugutan untuk membakar rumah jika bapanya tidak membeli burger untuknya dengan segera. Memetik laporan BERNAMA, Mohammad Adib Akmal Mohd Sauffi, […]

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Eyka Farhana Menggigil, Bas Pandu Laju Depan Mata – “Saya Sampai Anxiety!”

Eyka Farhana anxiety, menggigil bas bawa pandu laju

Hiburan Wed, 12 Mar 2025

Aktif Lahirkan Usahawan Baharu, Zamshuri Ramli Rindukan Dunia Lakonan

Kini aktif dalam bidang perniagaan, Datuk Zamshuri Ramli rindukan lakonan.

error: Content is protected !!