Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 27, 2024 @ 1:35pm

“Jemaah Semua Rasa Tak? Kita Semua Depan Kaabah” – Jemaah OKU Tunai Umrah Runtun Hati Ramai

Sejak semalam, tular perkongsian sepotong video pendek memperlihatkan sekumpulan jemaah yang terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengerjakan umrah.

Menerusi video tersebut, rata-rata warganet merasa sebak ketika melihat jemaah diberitahu bahawa mereka sedang berada tepat di depan Kaabah.

Bahkan, apa  yang lebih meruntun hati, rata-rata jemaah mula berdoa meminta kemudahan dalam mengerjakan ibadah umrah sambil menitiskan air mata.

 

Menurut Ustaz Rock,  dia bertindak sebagai Mutawwif umrah bagi Persatuan OKU Penglihatan Malaysia (PERTIS).

“Umrah Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),” tulisnya.

@andalusia_penang “ LULUH HATI MELIHAT JEMAAH ISTIMEWA INI TIBA DI HADAPAN KAABAH 🕋😭 ” Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak. Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti . Kalau anda ada bersama sama dengan insan Istimewa ketika ini , apakah perasaan anda?🥹 Semoga bermanfaat Jangan lupa like & kongsi untuk lebih banyak lagi tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2024 #umrah2024 #umrahandalusia #andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji ♬ Rapuh_ – Zali

 

Menjengah ke ruangan balas hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Andalusia HQ itu, ramai yang memberikan respons bahawa mereka tersentuh melihat jemaah dalam kalangan OKU yang dijemput oleh Allah SWT terlebih dahulu untuk berkunjung ke tanah suci.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 5 juta tontonan dan menerima lebih 800,000tanda suka beserta lebih 24,000 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Apr 2025

“Tak Ada Sebab Berbaik, Tiada Keperluan” – Abby Abadi ‘Frust’, Norman Hakim Jumpa Anak Macam Orang Luar

Sejak bercerai Norman tidak pernah menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak mereka.

Featured Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Haqiem Rusli Terluka Lagi…

Dalam masa sama, penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke 20, baru-baru ini memaklumkan ada di kalangan artis yang menghentamnya selepas pengumuman untuk bersara dibuat. Alahai…

Hiburan Thu, 10 Aug 2023

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

Semoga mereka berdua bahagia dengan kehidupan masing-masing

Trending Wed, 21 Mar 2018

Tampil Mohon Maaf, Jurusolek Sambilan Mengaku Sebar Gambar Anak Tok Ti.

Seperti yang anda tahu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti telah melahirkan seorang bayi perempuan pada Isnin lalu. Namun, berita kegembiraan tersebut menjadi kontroversi apabila gambar anaknya telah tular di laman sosial gara-gara pihak yang tidak bertanggungjawab.

error: Content is protected !!