Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom February 11, 2019 @ 11:00am

Gadis cantik ini dedikasikan kejayaannya bergelar doktor khusus buat Allahyarham pelawak Os

Jika Allahyarham pelawak terkenal negara, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Os masih hidup, pastinya beliau antara insan yang paling bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Syafiqa Hayra, 26.

Apatah lagi, kejayaan Syafiqa menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dan kini bergelar doktor seperti yang diimpikan Allahyarham, sudahpun dimakbulkan Tuhan. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gonna spam my graduation photo because, why not? Its 6 years of my blood sweat and tears to get this certificate ????

A post shared by Syafiqa Hayra Mohd Yusof (@syafiqahayra) on

Menurut Syafiqa, biarpun Allahyarham bapanya tidak berpelajaran tinggi dan terpaksa berpenat-lelah bekerja sebagai pemandu teksi selepas tidak lagi aktif dalam bidang seni, Allahyarham tidak pernah mengabaikan pelajaran anak-anak. 

“Arwah abah seorang yang sangat serius dalam pelajaran dan agama. Tapi saya tak pernah dimarah mahupun dijentik sejak kecil hingga dewasa. 

“Dia seorang yang sangat lembut apabila menasihati saya dan adik saya. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengeluh mencari rezeki walaupun saya nampak dia penat dan sakit.

 

“Enam tahun melanjutkan pengajian di Mesir, saya berdepani dengan pelbagai cabaran, namun pesanan arwah abah sering saya jadikan azimat. 

“Pesanan terakhirnya minta saya menghabiskan pengajian walau apa yang berlaku dan ketika itu dia sedang tenat,” kata Syafiqa lagi. 

Allahyarham Mr Os meninggal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru. 

Syafiqa yang juga anak sulung daripada dua adik beradik adalah daripada perkahwinan kedua Allahyarham. 

Arwah turut mempunyai lima lagi cahaya mata dan dua cucu menerusi perkahwinan pertama. 

Syafiqa menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang, Januari lalu. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

One of my goals in life: to be a successful surgeon, inshaAllah ♥

A post shared by Syafiqa Hayra Mohd Yusof (@syafiqahayra) on

Biarpun bapanya tidak sempat melihat kejayaan itu, Syafiqa berkata, dia berniat segala pahala ketika berkhidmat sebagai doktor nanti diberikan kepada bapanya. 

“Dia tidak dapat melihat kejayaan saya dan saya juga tidak dapat membalas jasanya dalam menjadikan saya seorang manusia. Jadi saya berniat semua pahala saya sepanjang berkhidmat sebagai doktor ini diberikan kepada abah dan ibu,” katanya

 

 

Sumber: mStar

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Sep 2024

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Jadi, faham-faham lah ek wahai netizen. Pengurus Fazura dah beri respons tu😪

Featured Fri, 22 Apr 2022

Sudah Memasuki Carta Trending Di YouTube, Netizen Dakwa MV Lip Lap Raya Siti Nurhaliza Ambil Konsep MV Adele?

Yeke? Min tengok cantik dan menarik je MV Siti Nurhaliza. Nombor syaatuu gitu🔥

Featured Wed, 15 Mar 2023
Selebriti Sun, 12 Jun 2022

“Saya Dah Sediakan Rumah Untuk Semua Anak-Anak” – Jamal Abdillah Tak Pilih Kasih, Tak Mahu Gaduh Dengan Bekas Isteri

Jamal Abdillah tidak pilih kasih, sediakan sebuah rumah untuk kesemua anak-anaknya.

Kisah Viral Thu, 19 Mar 2026

“Kalau Saya Nak Namakan Cucu Saya Bawal, Boleh Daftar Ke?” – Perkongsian Haliza Maysuri Cetus Pelbagai Reaksi Warganet

Haliza Maysuri mencuri perhatian warganet apabila berkongsi satu persoalan unik di aplikasi Threads mengenai hasrat menamakan cucunya sebagai ‘Bawal’.

Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Hiburan Mon, 13 Jan 2025
error: Content is protected !!