Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 13, 2019 @ 10:00am

Apple, Xiaomi, OnePlus antara model telefon pintar yang mengeluarkan paling banyak radiasi

Anda pasti tahu, kebergantungan kepada telefon pintar bukanlah sesuatu yang wajar demi kesihatan mental anda.

Tetapi tahukah anda yang ia juga boleh menjejaskan kesihatan anda secara keseluruhan apabila anda terdedah kepada radiasi daripada gajet berkenaan?

Baru-baru ini, Pejabat Persekutuan Jerman Untuk Perlindungan Daripada Radiasi telah menyenaraikan model telefon pintar berdasarkan Specific Absorption Rates (SAR) atau nilai penyerapan radiasinya.

SAR merujuk kepada ukuran jumlah tenaga frekuensi radio yang diserap ke dalam badan pengguna apabila telefon pintarnya menghantar isyarat kepada rangkaian.

Sesetengah telefon mempunyai nilai SAR yang lebih tinggi daripada telefon lain. Lagi tinggi nilai SAR, lagi banyaklah radiasi yang diserap ke dalam badan.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (USFCC), masalah kesihatan boleh berlaku jika piawaian pendedahan terhadap frekuensi radio tidak ditepati.

Model telefon pintar yang disenaraikan oleh agensi Jerman tadi disusun mengikut nilai SAR paling tinggi. Hasilnya direkodkan dalam satu laporan oleh portal perangkaan antarabangsa Statista.

16 telefon pintar yang mengeluarkan paling banyak radiasi:

Telefon pintar dengan pengeluaran radiasi terendah:

Terdapat lapan model telefon berjenama Xiaomi dan OnePlus yang beradiasi tinggi.

Menurut USFCC, had untuk pendedahan awam daripada telefon pintar adalah sebanyak 1.6 watt per kilogram dari segi nilai SAR.

Bagaimanapun, Der Blaue Engel, sebuah badan pengesahan kemesraan alam dari Jerman, mengesahkan telefon yang mempunyai nilai SAR kurang daripada 0.60 watt per kilogram, berdasarkan Statista.

Pejabat Persekutuan Jerman Untuk Perlindungan Daripada Radiasi juga menawarkan panduan berikut untuk mengurangkan pendedahan kepada radiasi daripada telefon pintar.

  • Buat panggilan dengan menggunakan headset (untuk kedua-dua telefon pintar dan telefon biasa).
  • Jika boleh, layari Internet dan buka akaun e-mel hanya bila adanya rangkaian telefon yang baik, atau adanya Wi-Fi. Buka e-mel hanya bila perlu.
  • Elakkan daripada menerima e-mel ketika anda sedang membuat panggilan.
  • Hentikan trafik data latar belakang untuk memastikan kadar pendedahan peribadi terhadap radiasi adalah rendah.
  • Jika anda membawa telefon pintar pada badan, perhatikan jarak pengasingan minimum yang diberikan oleh pengeluar gajet itu. Gunakan aksesori yang diberikan sekali.
  • Apabila melayari Internet dengan komputer tablet atau telefon pintar, jauhkan gajet itu daripada badan. Pendedahan terhadap medan berfrekuensi tinggi akan berkurangan dengan banyak jika adanya jarak ini.
  • Sebelum membeli sebuah telefon pintar, pilih model yang mempunyai nilai SAR yang rendah.

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 15 Nov 2018

Ini Cara Nak Elak Dapur Gas Kaca Daripada Meletup

Dapur gas kaca yang meletup boleh cederakan anda!

Featured Thu, 16 May 2019

Anda pernah bersahur pada hujung waktu? Ini hukumnya

Bersahur pada waktu afdal adalah yang terbaik

Featured Tue, 24 Sep 2019

7 cara mudah untuk jadikan rumah anda lebih mesra alam

Langkah mudah di rumah mampu selamatkan bumi!

Featured Thu, 23 Apr 2020

PKP dilanjut sehingga 12 Mei dengan sedikit kelonggaran

Peperangan menentang COVID-19 perlu diteruskan

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Wed, 15 Apr 2020

Menjengah kehidupan Victoria Beckham, dia miliki segalanya yang didambakan wanita

Victoria juga sangat dikasihi suaminya David Beckham

Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]

Featured Mon, 19 Mar 2018

Kafe Masakan Mexico Ini Menghidangkan ‘Nachos Cheese’ Meleleh. Tengok Pun Dah Terliur!

Peminat cheese semua! Jom ke kafe Nachoslah di The Port, Damansara sebab ada hidangan istimewa untuk anda!

Gaya Hidup Thu, 31 Jan 2019

Apa nak hairan jadi janda, perpisahan dengan CEO jadikan MacKenzie wanita terkaya di dunia!

Bertuahnya dia, harta tujuh keturunan tidak habis makan! 

Featured Fri, 22 May 2020
error: Content is protected !!