Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom February 21, 2019 @ 12:00pm

10 filem antarabangsa cetus fenomena fesyen dunia wajib anda tonton! 

Menerusi lambakan karya filem yang berunsurkan fesyen, paling penulis ingat tentunya Legally Blonde.

Filem itu mengisahkan Elle Woods, watak yang dipegang oleh aktres Reese Witherspoon, seorang pelajar jurusan undang-undang di Universiti Harvard yang cukup bergaya!

Elle Woods mempunyai segala-galanya, namun tiada apa yang lebih diinginkannya melainkan diterima sebagai suri hati Warner Huntington III (Matthew Davis).

Sebaliknya jejaka itu membatalkan niatnya untuk melamar Elle kerana mendapati “she is too blonde”. 

Gadis  blonde sering dianggap bimbo bagi masyarakat Barat. 

Elle Woods melakukan pelbagai perkara untuk memasuki Harvard, semata-mata bagi mendapatkan kembali bekas kekasihnya, Warner Huntington III.

Bagi anda yang pernah menyaksikan filem diterbitkan pada 2001 ini, pastinya terpersona dengan setiap helaian yang diperagakan oleh Reese. Siap sedondon dengan anjing poodle miliknya! 

Selain Legally Blond, jom kita lihat sembilan lagi senarai filem yang mengangkat fesyen sebagai elemen penting di layar perak sehingga menjadi ‘trendsetter’ dalam kehidupan realiti. 

 

1. Confessions of a Shopaholic

Foto: google.com

Seorang graduan universiti mendapat kerja sebagai seorang wartawan kewangan di kota metropolitan New York bagi menampung ketagihannya terhadap tabiat membeli-belah, kemudian jatuh cinta dengan seorang usahawan kaya.

 

2. Valentino: The Last Emperor

Foto: IMDb

Sebuah dokumentari mengenai kehidupan raja fesyen, Valentino Garavani.

 

3. The Devil Wears Prada

Foto: IMDb

Seorang graduan universiti yang bijak dan wajar mendapat kerja sebagai pembantu peribadi Miranda Priestly, pengarang majalah ternama fesyen, Runway. 

 

4. Clueless

Foto: Classic 90s Movie

Seorang remaja kaya, Cher Horowitz, cuba untuk memberi seorang pelajar baru populariti di sekolah mereka, namun dia dicabar sepanjang jalan.

 

5. The Women

Foto: WallpapersCraft

Seorang wanita kaya yang menetap di New York bergulat dengan tindakan bahawa beliau patut meninggalkan suaminya yang sering curang.

 

6. Breakfast at Tiffany’s

Foto: IMDb

Seorang sosialit muda jatuh cinta dengan seorang jejaka yang baru sahaja berpindah ke blok apartmennya, namun kisah silam beliau sering menghantui mereka.

 

7. Sex and The City

Foto: Amazon.com

Seorang penulis mengenai seks dan cinta akhirnya bernikah dengan jejaka dikenali sebagai Mr. Big, namun rakan-rakan karibnya terpaksa memainkan peranan mereka apabila beliau diabaikan dan ditinggalkan Mr. Big.

 

8. Sex and The City 2

Foto: Film Excess

Dalam bergelut dengan tekanan yang dibuahkan daripada kehidupan, cinta dan kerja, Carrie, Miranda, dan Charlotte bersama-sama Samantha ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

 

9. Pretty Woman

Foto: Pinterest

Seorang jutawan memerlukan teman bagi acara sosial yang perlu dihadirinya ketika berkunjung ke Los Angeles dan menemui seorang pekerja seks yang jelita di tempat itu. Beliau kemudian jatuh cinta dengan wanita berkenaan.

 

Sumber: GLAM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 29 May 2019
Featured Fri, 14 Dec 2018

These 21 Photos Show Princess Beatrice Is The Queen Of Bizarre-Looking Hats

This British royal’s taste is certainly unique.

Acara Wed, 18 Jul 2018

Gaya Classy Selebriti Di Malam Tayangan Perdana Filem Pulang

Lensa kamera turut tertumpu pada himpunan fesyen yang diperagakan selebriti yang hadir.

Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Hijab vs. Turban

Tidak keterlaluan jika dikatakan, penyanyi Crush, Yuna, telah membawa evolusi stail turban dalam kalangan Muslimah Malaysia. Hijabster kini lebih terbuka untuk menggayakan turban sebagai alternatif tampil berbeza berbanding gaya yang telah dicuba sebelum ini.

Featured Wed, 12 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 19 Mar 2018

Kerap Cuci Rambut Tapi Masih Banyak Minyak. Ini Jawapan Berapa Kali Sebenarnya Anda Perlu Mencuci Rambut

Kalau anda kerap sangat bersyampu, kulit kepala akan bertindak mengeluarkan lebih banyak minyak! Alamak!

Oh Lawa Tue, 30 Jan 2018

7 Cara Jaga Beg Tangan Dengan Betul

Aneka jenama beg tangan label tempatan sehingga antarabangsa, berharga puluhan ringgit sehingga puluhan ribu, wanita tidak dapat lari dari obsesi kepada aksesori terpenting ini.

Oh Lawa Tue, 26 Feb 2019

Evolusi gaya rambut dan solekan Lady Gaga dari dulu hingga sekarang

Beliau bukan saja berani, tetapi bijak mencuba gaya yang luar biasa.

Featured Thu, 26 Mar 2020

Dolce & Gabbana lancar himpunan abaya untuk Muslimah

Rekaan jenama antarabangsa dipuji!

error: Content is protected !!