Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops March 1, 2019 @ 11:00am

Penumpang Singapore Airlines ini tergigit sebatang gigi yang ditemui di dalam nasinya!

Geram betul apabila kita terjumpa atau tergigit bendasing seperti rambut atau batu di dalam makanan kita.

Tetapi bayangkan jika anda tergigit sesuatu yang lebih pelik, seperti gigi manusia!

Apabila diperiksa, anda tidak terasa pun seperti ada gigi di dalam mulut anda yang tercabut, jadi gigi siapakah itu?

Seorang lelaki Australia, Bradley Button, melalui pengalaman yang menggelikan itu ketika menaiki pesawat Singapore Airlines dari Wellington, New Zealand ke Melbourne, Australia.

Menurut laporan Channel News Asia, beliau sedang menjamah hidangan nasi apabila tergigit sesuatu yang keras.

Sebaik mengeluarkan bahan keras itu dari mulutnya, beliau menemui sebatang gigi yang telah pecah dan yakin bukan miliknya. Gelinya!

Foto: Bradley Button

“Krew kabin yang menerima aduan saya berkata dia perlu mengambil semula makanan itu untuk diperiksa.

“Dia juga tetap menegaskan yang gigi tadi ialah sebiji batu kecil padahal saya tahu tanpa ragu-ragu lagi yang ia merupakan sebatang gigi,” kata Bradley kepada SBS News.

Lelaki berkenaan terus diberikan baucar bernilai AU$75 (lebih kurang RM218) yang hanya boleh digunakan untuk membeli barangan bebas cukai dalam penerbangan Singapore Airlines.

“Saya muntah teruk… sepanjang penerbangan saya selepas itu, saya tidak sedap badan kerana asyik terfikirkan bagaimana saya menemui satu bahagian badan orang lain di dalam makanan saya,” katanya.

Foto: The Drum

Walaupun merasa geli, Bradley berkata, beliau percaya syarikat penerbangan berkenaan akan menyiasat perkara itu dan enggan mengulas panjang.

Singapore Airlines telah memohon maaf daripada Bradley dan mengesahkan bahawa makanan Bradley itu disediakan oleh syarikat katering Singapore Airlines di Melbourne.

Nasib baik Bradley tidak menyaman sahaja syarikat penerbangan terbabit.
Pernahkah anda melalui pengalaman yang menggelikan seperti ini? Apakah benda pelik yang anda pernah jumpa di dalam makanan anda?

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Konsert Kristal OG Rai 25 Tahun Perjalanan, Satukan ‘Keluarga Besar’ Dalam Pentas Bersejarah

Konsert berkenaan dianjurkan bersempena ulang tahun ke-25 perjalanan seni kumpulan itu dalam industri muzik tanah air

Trending Thu, 6 Jul 2023

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Mencabar betul pengalaman Ye Rim dan Eun Saem.. Agaknya siapa pembunuh sebenar?

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Featured Wed, 7 Aug 2024

Puteri Khareeza Merancang Untuk Ada Anak, Mahu Habiskan Pelajaran Terlebih Dahulu

Kadang memang perlu juga nak rancang ni, kena fikir banyak benda 🥺

Trending Mon, 19 Oct 2020
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Pertaruh 2 Lagu, Ini Masa Terbaik Naim Daniel Untuk Melatih Suara

Tercalon sebagai salah seorang penyanyi yang berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37), Naim Daniel mempertaruhkan dua lagu iaitu berjudul Mainan dan Habis Sini yang turut menampilkan Joe Flizzow. Menurut Naim, selepas Perintah […]

error: Content is protected !!