Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin March 4, 2019 @ 9:24am

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Oleh: Syarifah Fatin Anisa binti Tuan Said Shakh

Penerbangan yang memakan masa berjam-jam adalah sangat memenatkan, terutamanya jika anda membawa anak kecil.

Pengalaman berada dalam pesawat berbeza-beza bagi kanak-kanak. Ada yang tenang dan tidak meragam sepanjang penerbangan, tetapi ada juga yang menangis sehingga mengganggu penumpang lain.

Antara pengalaman buruk menaiki pesawat termasuklah pergolakan udara dan perbuatan kasar penumpang di belakang anda yang kerap menendang-nendang kerusi. Kesimpulannya, berada dalam pesawat kadangkala bukan pengalaman yang menyeronokkan.

Foto: The Independent

Menyedari risiko membawa bayi bersama-sama dalam penerbangan, seorang wanita mengambil langkah kreatif untuk mengagihkan 200 beg cenderahati kepada penumpang.

Dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di facebook, netizen memuji sikap wanita itu yang dianggap bertimbang rasa dengan keselesaan penumpang lain.

Penerbangan berkenaan mengambil masa 10 jam dari Seoul, Korea Selatan ke San Francisco, Amerika Syarikat.

Cenderahati terbabit disertakan dengan tulisan menyentuh hati dan pasti membuat anda tersenyum selepas membacanya!

Foto: dailymail.co.uk

 

Namun begitu, bayi tersebut tidak meragam langsung dan berkelakuan baik sepanjang penerbangan.

Ramai yang menganggap perbuatan ibu itu yang mementingkan keselesaan penumpang lain adalah amat terpuji.

Sebenarnya, bayi menangis itu perkara biasa dalam penerbangan, tetapi apabila ada ibu bapa yang bertimbang rasa dengan perkara itu, orang awam akan lebih memahami dan menganggap ia adalah perkara biasa.

Pernahkah anda mengalami perkara sebegini? Apakah perbuatan paling baik yang pernah anda terima daripada orang asing? Kongsikan dengan kami!

Foto: Dailymail.co.uk

Antara petua yang boleh anda lakukan jika bayi menangis dalam penerbangan:

  1. Tekanan udara ketika dalam penerbangan mungkin antara punca si kecil meragam. Beri dia air atau susu bagi menghilangkan tekanan dalam telinga yang dialaminya.

  2. Si kecil mungkin lapar, sediakan susu atau biskut.

  3. Mungkin si kecil mengalami kembung perut, pastikan anda membawa minyak khusus untuk bayi.

  4. Sediakan selimut dan pakaikan bayi anda stoking kerana dia mungkin kesejukan atau sebaliknya jika dia berasa panas, tanggalkan baju sejuk yang dipakai.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Wed, 9 Jul 2025

“Ingatkan Sekadar Datang Melawat, Rupanya Bawa Rezeki” – Dharma Harun Al-Rashid Terharu A. Aida Hulur Tawaran Berlakon

Alhamdulillah, terima kasih A Aida buka ruang rezeki untuk Dharma Harun Al-Rashid.

Trending Mon, 21 Dec 2020
Featured Wed, 6 Jul 2022
Selebriti Wed, 20 Apr 2022

Setahun Fokus Jaga Anak, Faye Kusairi Kembali Aktif Berlakon

Faye kembali aktif berlakon tahun ini

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

Juliana Evans Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Syukur Rezeki Keluarga Bertambah – “Tahun Ini Waktu Yang Tepat”

Juliana turut mengakui masih cuba membiasakan diri dengan hakikat bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.

error: Content is protected !!