Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin March 5, 2019 @ 4:20pm

10 fesyen zaman 90-an yang bersifat malar zaman. Nombor 3 paling bergaya!

Oleh: Syarifah Fatin Anisa binti Tuan Said Shakh

Sesetengah fesyen tidak akan pernah hilang begitu sahaja. Ia pasti akan muncul kembali dengan pembaharuan yang dilakukan supaya ia kelihatan segar dan bersesuaian dengan zaman terkini. Zaman 90-an adalah contoh revolusi fesyen yang memberikan impak kepada si pemakai yang ingin kelihatan “chic” dan ranggi. Denim, sandal Adidas dan singlet potongan pendek kini kembali memeriahkan aliran fesyen perdana pada zaman milenium ini dan anda wajib mencubanya! Dengan mencuba fesyen sebegini, anda bukan sahaja akan kelihatan muda dan tampak lebih anggun, tetapi gaya yang unik ini akan membuatkan anda tampil berbeza! Tidak percaya? Cuba lihat 10 fesyen 90-an ini.

1.Topi jenis “bucket”

Sebenarnya, pemakaian topi ini bergantung kepada si pemakai. Anda mungkin akan kelihatan seperti pemancing ikan atau seorang “fashionista.” Ia tertakluk juga kepada cara pemakaian anda. Lihat bagaimana si cantik manis ini menggayakan topi yang popular pada 90-an ini.

Foto: Pinterest

2. Kaca mata hitam berbentuk mata kucing

Dengan kaca mata gaya ini, anda akan kelihatan ranggi dan muda. Ia boleh digayakan dengan sebarang persalinan sekalipun. Daripada baju kebaya ke pakaian harian, anda tetap akan kelihatan seperti seseorang yang tahu tentang fesyen!

Foto: GymLive

Foto: Pinterest

3. Beg jenis pek “fanny”

Jika anda perhatikan, beg ini seperti yang dipakai oleh peniaga di pasar malam tetapi hakikatnya, ia sangat popular pada era 90-an dahulu. Ia juga semakin mendapat tempat dalam kalangan hijabista di negara ini. Tak percaya? Lihat saja pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa yang memakainya sewaktu sebuah acara fesyen. Ia juga boleh disesuaikan mengikut acara terkemuka dan hari biasa.

Foto: facebook Cendawan Cheese

4. Seluar denim dengan potongan pinggang tinggi

Denim tidak pernah luput ditelan zaman lebih-lebih lagi seluar jeans jenis tang dipakai oleh ibu-ibu (mom jeans). Ia boleh dipadankan dengan apa jenis pakaian pun. Dengan kemeja T polos dan seluar jeans, anda siap untuk ke mana sahaja.

Foto: Pinterest

5. Beg galas mini

Kecil dan comel! Pesanan dari kami, bawa barang yang diperlukan sahaja! Jika anda seorang yang gemar membawa barang yang banyak, beg ini bukan untuk anda. Ini kerana, saiznya yang kecil tidak memungkinkan anda untuk menyumbat semua barang keperluan anda di dalamnya! Tapi hei, anda akan kelihatan comel dan muda dari usia.

Foto: Pinterest

6. Seluar bercorak kotak-kotak

Bukan sahaja sesuai untuk ke pejabat, malah, anda boleh memakainya pada hari-biasa apabila anda ingin keluar berlibur bersama teman. Gayakan dengan jaket korduroi atau denim, anda pasti akan mendapat pujian dari ramai orang.

Foto: Pinterest

7. Kasut putih

Memakai kasut tumit tinggi sememangnya akan menampakkan diri anda tampil lebih anggun. Namun begitu, cuba bertukar kepada kasut berwarna putih pula. Gaya 90-an ini bukan sahaja akan memperlihatkan anda tampil lebih muda, tetapi tetap kelihatan bergaya walaupun dengan hanya menukar gaya kasut.

Foto: Pinterest

8. Kemeja flanel

Kemeja bercorak kotak-kotak ini tidak hanya sesuai untuk lelaki tetapi juga sesuai digayakan oleh para wanita. Anda bebas untuk memilih sama ada digayakan secara sisip dalam (tuck in) atau dibiarkan lepas. Pemakaian seluar denim atau polos juga bergantung kepada pilihan anda. Anda boleh kelihatan formal atau santai bergantung kepada jenis seluar.

Foto: Pinterest

9. Blazer bersaiz besar

Jika anda peminat filem Hong Kong yang diarahkan oleh Stephen Chow, anda akan biasa melihat pelakonnya memakai blazer bersaiz besar bersama seluar denim jenis ibu-ibu (mom jeans). Lihat saja cara pemakaiannya, anda pasti nampak menawan!

Foto: Pinterest

10. Jumpsuit

Ia pernah menjadi suatu sensasi pada zaman 90-an lebih-lebih lagi jika bahannya diperbuat daripada denim. Namun begitu, ia telah dimodenkan mengikut peredaran zaman. Anda akan kelihatan lebih anggun di acara formal dengan pemakaian jumpsuit ini.

Foto: Pinterest

Sumber: Cosmopolitan UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 27 May 2019
Oh Lawa Mon, 17 Sep 2018

Mengapa Bedak Merupakan Barangan Wajib Perlu Ada Dalam Handbag Wanita? Ini Alasannya!

Penggunaan bedak memang sudah wujud dari zaman China kuno beberapa abad sebelum Masihi lagi.

Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018
Oh Lawa Wed, 20 Jun 2018

Anda Alami Masalah Pori Muka Yang Besar? Amalkan 5 Tip Mudah Ini

Jangan biarkan pori-pori muka anda terbuka, lakukan 5 tip ini!

Oh Lawa Wed, 31 Oct 2018
Oh Lawa Wed, 25 Apr 2018

Anda Bosan Dengan Stail Hijab Yang Sama Setiap Hari? Jom Tiru Stail Selebriti Ini

Bosan denan stail hijab setiap hari? Jom tiru stail hijab artis-artis ini.

Oh Lawa Wed, 17 Oct 2018

7 Fakta Menarik Tentang Cukur Bulu Badan Yang Perlu Anda Tahu

Fungsi bulu badan adalah mengawal suhu badan.

Oh Lawa Wed, 3 Oct 2018

Wanita Bertubuh Gempal Juga Berhak Untuk Cantik. Ini 10 Tips Untuk Anda Tampil Meletop!

Sedarilah wahai wanita, tubuh berisi ada kecantikan yang tersendiri.

Featured Thu, 27 Feb 2020
Featured Thu, 14 Jun 2018

5 Cara Ini Mampu Buatkan Kulit Wajah Anda Putih Berseri! Tak Percaya, Cubalah!

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan.

error: Content is protected !!