Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin March 6, 2019 @ 10:37am

Anda boleh simpan makanan bayi sebagai stok selama sebulan menggunakan cara ini

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Anda tidak perlu menjadi seorang chef untuk menyediakan menu lazat dan berkhasiat untuk anak-anak terutamanya bayi yang sedang menikmati makanan jenis pepejal.

Sebagai  ibu berkerjaya, anda pasti terkejar-kejar untuk mencari keseimbangan dalam memastikan bayi anda mendapat nutrisi yang secukupnya dengan tekanan di tempat kerja pada setiap hari.

Oleh itu, cara ini amatlah mudah bagi anda untuk memastikan bayi anda tetap kenyang dan lebih penting, makanan pepejal ini mempermudahkan tugas anda sendiri setiap hari. Tidak perlulah anda bangun awal pada setiap pagi semata-mata untuk menyediakan makanan bayi.

Pilih makanan segar untuk bayi anda

Senaraikan bahan-bahan segar yang bersesuaian untuk anak anda makan. Anda juga disarankan membuat kajian mengenai makanan yang mungkin menyebabkan alahan kepada mereka. Selain itu, jika memilih buah dan sayur, pastikan ia segar dan tidak lebam. Kadangkala, pembeli di pasaraya atau pasar segar gemar menekan atau memicit buah-buahan untuk melihat tahap kesegarannya.

Oleh itu, anda haruslah berhati-hati dalam memastikan makanan yang anda pilih benar-benar segar.  Jika anda ingin memilih buah-buahan yang diimport dari luar negara seperti beri biru, anda disarankan untuk membeli yang sudah pun dibekukan.

Foto: Behance

Cuci dan buat persediaan sebelum memasak

Anda haruslah mencuci bahan masakan dengan bersih. Hal ini kerana makanan yang tidak dicuci dengan betul akan terdedah dengan bakteria. Ingat, bayi anda mungkin akan berhadapan dengan penyakit serius jika anda tidak mengendalikan makanan berkenaan dengan cermat.

Antara cara paling mudah adalah dengan mencampurkan air dan cuka dengan nisbah 3:1. Buang kulit, batang dan biji yang tidak diperlukan. Jika anda menyediakan daging, buang tulang, kulit dan lemak. Potong semua bahan menjadi ketulan kecil supaya senang untuk disimpan.

 

Foto: Food Revolution Netwrok

Sediakan makanan ikut cara masakan kesukaan anda

1. Kukus sayur dan buah

Cara ini akan memastikan nutrien seperti vitamin C yang diperlukan oleh bayi anda dapat dikekalkan. Jika anda menyediakan makanan lembut seperti pisang, buah lai dan peach yang sudah terlalu ranum, anda boleh mencampurkan kesemuanya dan kukus sehingga masak. Bagi makanan seperti ubi keledek, ia akan mengambil masa selama 12 hingga 15 minit.

Foto: Well- The New York Times

2. Rebus ayam, daging dan ikan

Bahan-bahan ini haruslah dimasak dengan sempurna. Oleh itu, ia akan mengambil masa yang lama untuk dimasak. Setelah direbus selama lebih 20 minit, anda disarankan untuk membiarkan makanan sejuk seketika sebelum disimpan.

Foto: Uncova

3. Didihkan lentil dan pasta

Bahan-bahan ini lebih tahan lama berbanding nasi. Oleh itu, ia sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk. Masak sehingga 30 minit.

Foto: Coupon Clipping Cook

Proses makanan yang dimasak menjadi puri

Setelah makanan dimasak mengikut kaedah yang bersesuaian, kisar menjadi puri dan simpan dalam peti sejuk. Jika anda inginkan makanan bayi anda lebih berkrim, anda boleh campurkan sedikit susu badan atau formula. Sesetengah makanan yang dikisar menggunakan pengisar (blender atau pemproses makanan) akan menjadi sedikit berserat, oleh itu anda haruslah menapis bahan-bahan tersebut. Setelah ditapis, simpan puri dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.

Apabila anda ingin menyahbeku puri tersebut, anda hanya perlu panaskan dalam microwave. Namun begitu, bagi makanan seperti daging, ia mungkin akan menjadi sedikit liat apabila dibekukan. Oleh itu, anda haruslah kisar semula bahan tersebut setelah dipanaskan.

Foto: Baby Center

 

Senang bukan? Anda tidak perlu risau lagi untuk menyediakan makanan bayi dengan cara-cara ini. Cubalah!

Sumber: Parents

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 22 Jan 2019

10 ungkapan yang anda perlu kerap ucapkan kepada anak

Anak anda akan rasa lebih dihargai.

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Pintar Bermain Piano, Gelagat Uwais Anak Shuib Sepahtu Curi Tumpuan – “Dari Rupa Bawa Ke Suara, Persis Sangat Ibunya!”

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu iaitu Uwais Al Qarni sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdiknya itu. Baru-baru ini, Shuib berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan Uwais […]

familuv Mon, 23 Mar 2020
familuv Tue, 11 Dec 2018

5 Cara Yang Boleh Ibu Lakukan Untuk Melegakan Anak Sembelit

Kanak-kanak normal biasanya buang air besar 2 kali seminggu.

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Cahaya Mata Wed, 3 Aug 2022

“Saya Inginkan Anak Lelaki Lagi” – Adira ‘Tutup Kilang’ Selepas Cahaya Mata Keempat

Kalau tambah lagi masa akan datang pun apa salahnya kan? Semoga urusan melahirkan anak keempat Adira dipermudahkan.

familuv Tue, 21 Aug 2018

Jenis Ibu Bapa Yang Mana Satukah Anda? Let’s Check It Out!

Kaedah pendidikan autokratik memberi kesan tekanan perasaan kepada anak-anak dan boleh menjejaskan mental mereka.

familuv Mon, 23 Sep 2019

6 sikap ibu bapa punca anak tidak berjaya

Kekerasan bukan cara mendisiplin si kecil

familuv Mon, 7 Jan 2019

7 petunjuk si manja anda sudah bersedia untuk makanan pertama

Ibu bapa patut memperkenalkan bayi kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.

familuv Fri, 8 May 2020
error: Content is protected !!