Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops March 10, 2019 @ 11:00am

Lempeng kentang dan keju ini cukup enak, kanak-kanak pasti suka

Resipi yang mudah dan ringkas lazimnya cukup digemari, tapi ia mungkin tidak enak atau tidak kena dengan citarasa anda.

Oleh itu jika anda mencari hidangan yang sedap dan cepat disediakan, resipi ini paling sesuai untuk dicuba.

Penulis cadangkan anda cuba resipi snek lempeng kentang bersama keju yang cukup ringkas tetapi sedap. Paling penting, rasanya sangat sesuai untuk kanak-kanak.

Ia boleh dinikmati dengan krim masam sebagai sarapan, ataupun anda boleh curahkan sos cendawan di atasnya untuk hidangan makan malam vegetarian. Dinikmati dengan sos cili pun boleh!

Untuk membuat lempeng ini, anda memerlukan ubi kentang yang betul-betul kering. Maknanya anda perlu lenyek dan perah ubi ini hingga cecair di dalamnya keluar. Jom cuba!

Bahan

  • 900 gram ubi kentang Russet atau Yukon gold yang sudah dikupas
  • ½ biji bawang kuning
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ cawan keju Cheddar, diparut
  • ½ cawan keju Monterey Jack, diparut
  • ½ cawan serbuk roti
  • ¼ cawan minyak zaitun (untuk goreng)
  • Krim masam, untuk dihidang
  • Daun bawang, untuk dihidang

Cara penyediaan

  1. Hamparkan tuala kecil yang bersih ke dalam mangkuk. Parut ubi ke atas tuala itu dan bungkuskannya.
  2. Kemudian perah keluar cecair daripada ubi sekering mungkin. Ketepikan dan parut pula bawang kuning.
  3. Masukkan ubi dan bawang tadi ke dalam mangkuk besar. Campurkan telur, bawang putih, tepung jagung, garam, lada hitam, keju dan serbuk roti. Gaul hingga sebati.
  4. Ambil ½ cawan daripada adunan itu dan uli hingga menjadi kepingan kecil dengan ketebalan 1/3 inci.
  5. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali leper yang diletakkan di atas api sederhana panas.
  6. Masukkan kepingan ubi dan keju dan goreng selama tiga ke lima minit bagi setiap belah atau hingga ia keperangan dan garing di bahagian luarnya.
  7. Hidang dengan krim masam dan tabur hirisan daun bawang di atasnya.

Tip: Untuk menjadikan lempeng anda lebih menyelerakan, anda boleh tambahkan sedikit gula ke dalam adunan ubi keju.

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018
Eat Travel Wed, 26 Sep 2018

Ini Rahsia Bancuhan Nescafe Paling Kaw!

Jaga-jaga mungkin rahsia bancuhan Nescafe ini bikin anda ketagih!

Eat Travel Mon, 23 Sep 2019

Bilik suite bertemakan biskut ini pasti menaikkan selera anda untuk bercuti!

Biskut coklat simbol komitmen resort DoubleTree Phuket Bhantai

Eat Travel Wed, 6 May 2020
Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
Eat Travel Fri, 31 Aug 2018
Eat Travel Mon, 2 Jul 2018

Buat 4 Jenis Kek Di Dalam Mug Dengan Menggunakan Microwave, 3 Minit Dah Siap!

Sesuai untuk orang-orang yang malas buat kek tapi teringin.

Eat Travel Tue, 5 Jun 2018

Blueberry Cream Cheese Muffin Oleh Chef Anis Nabilah Menu Menarik Untuk Tetamu Hari Raya

Pelbagaikan hidangan Hari Raya anda dengan menjadikan Beri Biru Krim Cheese Muffin sebagai salah satu tarikan untuk tetamu.

Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Universal & Six Flags Mungkin Akan Ambil Alih Projek Terbengkalai Taman Tema Genting Highland

Six Flags merupakan syarikat taman tema dari Amerika Syarikat dan merupakan syarikat taman tema terbesar di dunia.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018
error: Content is protected !!