Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie June 3, 2019 @ 12:44pm

5 Langkah Elak Makanan Cepat Basi Ketika Raya

Aidilfitri sering mengundang keceriaan apabila semua adik beradik dan sanak saudara lain berkumpul di bawah satu bumbung setelah lama tidak bersua lantaran masing-masing sibuk bekerja dan menguruskan hidup.

Individu paling gembira tentunya orang tua kita sama ada emak, makcik atau nenek yang sudah pasti merencana sesuatu untuk hidangan anak cucu serta handai taulan yang datang berkunjung.

Bagaimanapun, situasi ini mungkin pernah dilalui antaranya juadah makanan yang disediakan untuk tetamu basi menjelang petang, padahal ia belum sampai 24 jam dimasak.

elak lauk basi

Makanan yang terdedah dalam jangka masa lama boleh basi dalam jangka ma sa empat jam. NSTP/Gambar hiasan

Pun begitu, petua orang lama sering memberi penyelesaian kepada anda yang bertanggungjawab menyediakan hidangan mahupun menu terbaik untuk sesiapa saja yang bakal berkunjung ke rumah ketika Aidilfitri.

Hijab & Heels ada panduan khusus untuk anda lakukan bagi mengelakkan juadah Aidilfitri anda cepat basi dan boleh dihidangkan dengan sempurna untuk tetamu yang berkunjung ke rumah walaupun hari sudah lewat petang.

Berikut adalah 5 langkah yang boleh dilakukan untuk elak makanan cepat basi:

1. Pastikan sudip kering

Guna sudip yang kering antara petua elak makanan jadi basi. NSTP/Gambar hiasan

Gunakan senduk atau sudip yang kering ketika mengacau lauk pauk yang dimasak  kerana titisan air yang terdapat pada senduk atau sudip kayu/besi yang digunakan mungkin tidak bersih.

2. Guna air masak

Jika masakan yang dihasilkan itu jenis yang berkuah dan menggunakan santan kelapa, pastikan anda memerah kelapa menggunakan air yang sudah dimasak dan jika ingin membanyakkan kuah dalam masakan berkenaan, pastikan anda menggunakan air yang sudah dimasak juga.

3. Tumis sehingga bahan masak

Sekiranya menyediakan menu yang memerlukan anda menumis cili atau bawang, pastikan bahan tumisan masak sempurna supaya hasil masakan anda boleh bertahan lama.

4. Elak tutup periuk awal

Apabila makanan sudah masak, padam api dan jangan terus menutup periuk berisi makanan panas kerana hawa panas yang terhasil pada bahagian tudung itu mungkin akan menyebabkan makanan cepat basi.

Lauk basi

Anda disaran supaya memanaskan lauk setiap empat jam bagi mengelak luk menjadi basi. NSTP/Gambar hiasan

5. Panaskan lauk selang 4 jam

Kita lazim menyediakan makanan untuk hidangan tetamu pada awal pagi dan ada sesetengah individu mungkin seawal Subuh. Apa yang perlu anda lakukan selepas empat atau lima jam, elok dihangatkan menu berkenaan agar bakteria tidak ‘bekerja’ merosakkan makanan anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 22 Apr 2020
Eat Travel Thu, 26 Apr 2018

7 Tarikan Yang Wajib Anda Kunjungi Apabila Holiday Ke Hong Kong

Apa kata anda melancong ke Hong Kong. Pasti anda akan puas hati!

Eat Travel Mon, 24 Feb 2020
Eat Travel Sun, 16 Dec 2018

Guna Mi Segera Indomie Untuk Hasilkan Sebuah Kek Kahwin. Biar Betul?

Teringat zaman universiti selalu makan mi segera!

Eat Travel Wed, 9 May 2018

Hidangan Burger Warna-Warni Terasa Bagaikan Dalam Babak Alice In Wonderland

Terasa seperti berada dalam babak filem Alice In Wonderland, saat melihat hidangan burger berwarna-warni cukup menyelerakan!

Eat Travel Tue, 14 May 2019
Eat Travel Thu, 6 Sep 2018

53,592 Keping Duit Syiling 1 Sen Menghiasi Dinding Hotel Ini. Memang Awesome!

Duit syiling 1 sen berjumlah RM535 dalam bentuk perkataan ‘1969 Business Suites’.

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
error: Content is protected !!