Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin March 12, 2019 @ 4:25pm

Jangan percaya pada label! Ketahui 5 taktik penipuan syarikat makanan

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Kos sara hidup yang tinggi hari ini menyebabkan ramai wanita keluar bekerja bagi menambah pendapatan seisi rumah. Walaupun bekerja, tanggungjawab sebagai ibu tetap diutamakan, termasuk menyediakan makanan untuk keluarga.

Kebanyakan wanita akan berkunjung ke pasar raya selepas waktu bekerja untuk membeli barang keperluan rumah khususnya makanan. Dengan keadaan badan yang letih, anda pasti tidak mahu mengambil masa yang lama untuk tujuan itu dan mungkin memilih barang yang diingini tanpa membaca label yang ada..

Syarikat pengilang makanan sedar akan perkara itu. Oleh sebab itulah mereka akan meletakkan ayat atau perkataan yang boleh menarik perhatian anda serta-merta! Contohnya, dengan menawarkan ciri-ciri seperti ‘kurang gula’, ‘bijian penuh’ dan ‘sesuai untuk perkembangan otak si manja’.

Namun begitu, jangan tertipu dengan ayat pemasaran itu. Percayalah, ia hanya taktik perniagaan bagi melariskan produk mereka.

Jika anda mengambil berat akan kesihatan anak-anak, fokus kepada makanan yang diberikan kepada mereka. Dalam hal ini, label yang diberikan syarikat makanan boleh diibaratkan seperti indah khabar daripada rupa.

Foto: Medical News Today

1. Protein tinggi

Sebagai ibu bapa, kekurangan protein dalam pengambilan makanan si kecil boleh menjejaskan tumbesaran mereka. Protein diperlukan untuk membina, menjaga dan membaiki tisu badan, selain menghasilkan enzim yang mengawal banyak fungsi badan.

Memberikan anak-anak makanan seperti piza sejuk beku yang dikatakan mengandungi kandungan protein tinggi tidak semestinya dapat memberikan khasiat yang diperlukan oleh badan. Makanan sebegitu mungkin mempunyai sedikit protein, tetapi ia juga ditambah dengan garam yang banyak dan bahan pengawet yang tidak baik untuk kesihatan.

2. 100 peratus Vitamin C

Sesetengah syarikat pengilang makanan melabel minuman berasaskan buah-buahan yang dihasilkan mempunyai jumlah vitamin C yang tinggi. Bagaimanapun, anda haruslah berhati-hati dengan perkara ini.

Hal ini kerana minuman seumpama itu telah dicampurkan dengan kandungan gula yang sangat tinggi. Memberikan tiga biji strawberi sehari adalah lebih baik daripada minuman dadih berperisa buah-buahan yang boleh dibeli di pasar raya.

Foto: Legion Athletics

3. Bijirin penuh

Makanan diproses seperti bijirin sering kali dikatakan mengandungi bijian penuh yang baik untuk tenaga.

Iklan yang disiarkan dalam televisyen sering mengaitkannya sebagai pembekal tenaga supaya anda kekal aktif. Hakikatnya makanan bijirin penuh mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan.

4. Minuman bertenaga

Minuman coklat dikatakan dapat membekalkan tenaga supaya anak anda tidak mengantuk sepanjang pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, sejauh manakah ia dapat membantu?

Hakikatnya, masyarakat di negara ini tidak mengamalkan panduan pemakanan yang disyorkan syarikat pengilang dan mengambilnya secara berlebih-lebihan sehingga menjadikan minuman terbabit tidak menyihatkan seperti yang disyorkan.

Oleh itu, anda dicadangkan untuk membuat sendiri minuman berperisa coklat dengan menggunakan serbuk coklat dan susu.

Foto: chowhound.com

5. Kurang gula

Anda mungkin akan tergoda dengan perkara ini, tetapi jangan terus terperdaya! Lazimnya, jika sesebuah makanan yang diproses itu dikurangkan kandungan gulanya, pemanis tiruan akan digunakan.

Pemanis tiruan digunakan bagi memastikan makanan tetap enak untuk dinikmati, justeru anda haruslah bersikap skeptikal dan meneliti kandungan di belakang bungkusan makanan terbabit.

Foto: BT.com

Jika anda sayangkan anak, segala aspek dalam pemakanan haruslah dijaga. Anda boleh membeli bahan segar dan memasak dengan lebih awal. Ingatlah, kesihatan anak-anak bermula daripada anda!

Sumber: Parents

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 9 Jan 2020

Sambal, antara khasiat dan selera!

Sambal pancing nikmat makan!

Eat Travel Sun, 17 May 2020
Eat Travel Sun, 29 Apr 2018

Teringin Makan Churros? Ikut Resepi Mudah Ini, Gerenti Selepas Ini Boleh Makan Setiap Hari

Churros boleh dijadikan hidangan minum petang istimewa buat tetamu yang datang bertandang di rumah anda sekiranya tidak sempat membeli apa-apa untuk menjamu mereka.

Eat Travel Sat, 2 May 2020
Eat Travel Thu, 6 Dec 2018

Kubu Batu Kering, Machu Picchu Dinobat Tarikan Pelancong Terkemuka Dunia

Machu Picchu telah dibina dalam gaya klasik Inca dengan dinding batu kering yang berkilat.

Eat Travel Tue, 9 Oct 2018

Ini Cara Nak Masak Itik Sour Plum Yang Sedap

Makan dengan nasi panas memang terangkat!

Eat Travel Fri, 4 May 2018

Martabak Durian Menu Baharu Yang Perlu Anda Cuba. Aromanya Bikin Anda Cair

Pernah dengar martabak durian? Agak-agak sedap ke?

Eat Travel Sun, 3 Jun 2018
Eat Travel Sun, 3 Feb 2019
Eat Travel Thu, 25 Apr 2019

6 snek popular tetapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kanak-kanak

Jangan beri makanan yang tidak berkhasiat kepada anak anda!

error: Content is protected !!