Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Padin March 27, 2022 @ 8:00pm

2 Gadis Manis Jadikan Paris Inspirasi Kafe Unik ‘Farine & Sucre’

Dua gadis manis menjadikan keindahan Paris sebagai inspirasi untuk membangunkan sebuah kafe dengan konsep unik yang diberi nama Farine & Sucre.

Tidak hanya dengan dekorasi kafe menarik ala Perancis, hidangan yang disediakan juga mengambil tema negara terbabit yang menyajikan keistimewaan pelbagai manisan yang pastinya menambat hati pengunjung.

Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, ia diusahakan oleh Farah Syuhada Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.

“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa. Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan.

“Kemudian, saya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.

“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama empat tahun,” kata Farah Syuhada.

Menjawab persoalan mengapa nama Farine & Sucre dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.

“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastry.

“Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea.

“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!

“Selain itu, kami ada Pavlova dan Peach strudels sebagai penarik lain. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama tiga jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain tiga jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.

“Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan dua daripada empat jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney,” katanya.

Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan dua set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.

Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.

Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor atau singgah ke laman Instagram @farineandsucre.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 13 Feb 2020
Eat Travel Tue, 12 May 2020

Ada bilik hotel di Malaysia berhantu, hati-hati apabila memilih hotel

Buat kajian dulu, jangan nanti ada gangguan!

Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Sebelum melancong, anda perlu menitikberatkan tahap keselamatan anda nanti.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Eat Travel Tue, 1 May 2018

30 Foto Jalan Atau Lorong Menarik Di 30 Buah Negara, No. 26 Paling Cantik!

Jom “travel” dan lihat bagaimana rupanya jalan atau lorong di 30 buah negara yang berbeza. 

Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018
Eat Travel Thu, 18 Jul 2019
Eat Travel Mon, 28 May 2018

Tak Tahu Nak Sediakan Dessert Apa Untuk Berbuka? Cuba Resipi Pengat Pisang Ini

Kacang sangat nak buat! Main campak saja ramuannya.

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019
error: Content is protected !!