Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom April 26, 2020 @ 6:00pm

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Pernah dengar tiket kereta api berharga RM12,000 dan boleh mencecah RM35,000 hanya untuk menempuh perjalanan ke Thailand?

Tak masuk akal bukan! Apatah lagi mengambil kira kecenderungan rakyat Malaysia memilih negara jiran itu sebagai destinasi percutian, kerana faktor mata wang tidak membebankan, selain dapat melaksanakan percutian mengikut bajet.

Justeru itu, apabila dikhabarkan tiket perjalanan ke Thailand menggunakan kereta api mencecah antara RM12,000 hingga RM35,000, yakni jauh lebih mahal daripada pengangkutan udara, ramai yang ingin tahu keistimewaan dan perkhidmatan seperti apakah yang ditawarkan sehingga harganya sebegitu rupa.

Ini kisahnya mengenai kereta api mewah Eastern & Oriental Express dengan perjalanan selama tiga hari dua malam ke Bangkok, Thailand dari Singapura.

Kenapa tak pernah nampak pun kelibat kereta api mewah ini di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur?

Untuk pengetahuan anda, Eastern & Oriental Express ini hanya beroperasi dengan kekerapan dua hingga empat kali sebulan sahaja.

Menariknya, kereta api mewah bertaraf lima bintang itu menjanjikan perjalanan begitu selesa, sekali gus membuatkan anda berasa seperti golongan aristokrat (bangsawan).

Foto: Bloomberg

Rekaan dalaman dan luaran Eastern & Oriental Express menampilkan ciri klasik dan mewah lengkap pendingin hawa membuatkan penumpang berasa nyaman.

Terdapat tiga jenis kabin kesemuanya dengan ruang yang berbeza iaitu Pullmans, Staterooms dan Presidential Suite, malah setiap kabin dilengkapi katil, sofa dan bilik air.

Foto: Easybook

Lebih menarik, kereta api itu mempunyai tiga gerabak yang dikhususkan untuk anda menikmati sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Sebaiknya buat tempahan meja ketika membeli tiket perjalanan. Selain itu boleh minta pesanan di hantar ke bilik.

Foto: News Abs

Foto: Bloomberg

Anda juga boleh menikmati pemandangan dan menghirup udara luar sepanjang perjalanan di gerabak The Observation yang berkonsepkan terbuka (open air).

Foto: Says

Bagi anda yang ingin menikmati secangkir kopi pada waktu petang, boleh ke gerabak Observation Car Lounge.

Sementara buat si ulat buku, terdapat perpustakaan disediakan. Dinamakan sebagai Saloon Car with Reading Room & Boutique, gerabak itu siap menjual cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Foto: Says

Setelah melihat kesemua foto-foto menarik Eastern & Oriental Express ini, pasti anda berasa terujakan?

Bagi yang berkemampuan tentunya tidak menjadi masalah, namun mereka yang berpendapatan sederhana tetapi ingin merasai pengalaman ini, nampaknya perlulah menabung dari sekarang.

Apa pun tunggu wabak COVID-19 reda dulu dan diisytiharkan di bawah kawalan, baru rancang percutian anda. Ingat kita jaga kita!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Aug 2019
Featured Fri, 14 Oct 2022

Gara-Gara Asap Masakan Masuk Bilik, Lelaki Bertindak Belasah Adik Perempuan Sehingga Patah Gigi

Abangnya bertindak tarik rambut, tumbuk dan tampar bahagian muka sampai patah gigi… 😱

Featured Thu, 9 Apr 2020

Kes keganasan rumahtangga meningkat sejak penularan wabak COVID-19

Krisis akibat arahan perintah duduk di rumah

Acara Fri, 1 May 2020
Featured Sun, 21 Aug 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023

[VIDEO] “Saya Tak Peduli Siapa Yang Saya Hilang Asalkan…” – Kapsyen Bella Astilah Curi Perhatian

Kenapa Bella makin kurus ni? Min harap Bella baik baik saja 💕❤️

Featured Fri, 16 Apr 2021
Featured Fri, 8 Apr 2022

Wisapat Sand Dilarang Tinggalkan Thailand, Terpalit Pertuduhan Kecuaian Menyebabkan Kematian Tangmo Nida

Sand juga merupakan rakan Tangmo yang berada dalam bot yang sama ketika kejadian berlaku

error: Content is protected !!