Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 30, 2023 @ 4:29pm

“Demi Allah! Fitnah Ini Akan Ku Bawa Ke Akhirat” – Bukti Pukul Isteri Tular, Alif Teega Dah ‘Warning’ Abang Aisyah Minta Stop Fitnah… Dakwa Adni Rustam Desak Bercerai?

Susulan bukti laporan kesihatan isteri pertamanya tular di media sosial sejak Rabu, Alif Teega sekali lagi tampil mempertahankan dirinya dengan mendakwa tuduhan itu sebagai melampau.

Malah, dia juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sekaligus memaklumkan sudah memberikan teguran kepada abang-abang Aisyah untuk berhenti menyebarkan fitnah.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Alif mendakwa tindakan adik susuan Aisyah iaitu Adni Rustam menyebarkan bukti laporan kesihatan isterinya adalah kerana mahu mereka bercerai.

“Saya ada nampak laporan kesihatan isteri Aisyah. Saya tak mampu pun nak ulas tentang hal ini. Sebab apa sahaja yang saya katakan dianggap tipu. Sebab semua orang sedang membenci saya.

“Saya mengaku apa yang saya buat.Saya bernikah, saya mengaku. Tapi bab pukul isteri saya Aisyah tu dah sangat melampau.

“Banyak kali saya sudah bagitahu pada abang-abang Aisyah untuk stop fitnah dan burukkan keadaan.Walhal saya dengan Aisyah disini sangat baik. Awak nak tengok apa? Cerai? Itu yang awak nak?,” katanya.

Dalam pada itu, Alif memaklumkan, Adni sebelum ini pernah bercakap buruk mengenai dirinya malah tidak pernah bertanyakan secara empat mata tentang isu rumah tangganya bersama Aisyah, namun masih bersikap ‘terpaling’ tahu mengani isu kontroversi ini.

“Sejak dulu awak burukkan saya. Tak cukup dengan family sekarang orang luar.Saya jumpa abang-abang awak tak ada masalah.Batang hidung awak saya tak jumpa.

“Adik ipar saya iaitu Zaid Shutrahb (adik kandung Aisyah) pun datang jumpa saya tanya penjelasan tapi awak seolah-olah tahu semua benda dalam rumah tangga saya, sejak bila?

“Saya biarkan Aisyah sahaja, tuan badan lebih tahu.Awak Amirul Adni Rustam teruskan.Demi Allah!segala fitnah ini akan ku bawa hingga akhirat. Saya nak rehat. Fokus pada keluarga saya. Serah pada Allah,” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran tersebut telahpun dipadam beberapa minit ia dia muat naik.

 

Artikel Berkaitan:Cedera Dibahagian Lengan, Telinga & Muka! Adik Dedah Bukti Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Dipukul Alif Teega – “Saya Berani Tegakkan Yang Benar!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dilabel Narsisistik Gara-Gara Muat Naik Video Lama, Alif Teega Dihenyak Netizen… Minta ‘Jaga Mulut’ & Off Sosial Media

Artikel Berkaitan: Persoal Motif Adik Susuan Aisyah Hijanah, Sedia Bawa Kes Akaun Palsu Fatin Umaidah Ke Mahkamah… Ini Empat Kenyataan Rasmi Alif Teega – “Tolong Henti Hina Kedua-Dua Isteri Saya”

Artikel Berkaitan: Tampil Pertahankan Isteri Kedua, Alif Teega Perjelas Fatin Umaidah Tak Ada Akaun Media Sosial

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Bawa Bini Penyondol Bersihkan Nama Kau!” – Adik Aisyah Hijanah ‘Spill The Tea’… Minta Alif Teega Tak Control Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Digelar S*ndal Ketika Live, Reaksi Alif Teega Bikin Netizen Menyampah! – “Korang Ni Tak Baik, Aisyah Okay Je”

Artikel Berkaitan: Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Calum Scott Sways the Crowd Away with 3 Heart Melting Hit Songs

It was the man with a voice of an angel’s first visit to Malaysia!

Featured Fri, 17 Jan 2025

Raut Wajah Persis Lelaki, Zahnita Wilson Mengaku Miliki Muka Jenis ‘Androgynous’- “Saya Adalah Wanita Dengan Ciri Maskulin & Feminin”

“Saya belajar bagaiman untuk menggunakan kelebihan yang ada pada wajah saya secara semula jadi’- Zahnita

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

TAHNIAH! JOZLYN BAKAL DAPAT ANAK LAGI

Sebelum ini, video Johan tersasul mengatakan isterinya itu sedang hamil tidak mendapat sebarang komen daripada Ozlyn sendiri kerana ingin memastikan kandungannya itu stabil

error: Content is protected !!