Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 5, 2022 @ 5:21pm

Mesra & Rapat Dengan Kazar Saisi, Ini Respons Syamsul Yusof Berkaitan Isu Video Kedai Emas Viral

Selepas pelbagai dakwaan yang terkait dengan Syamsul Yusof berhubung kes video viralnya di kedai emas bersama pelakon veteran Kazar Saisi, pengarah itu enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul menerusi kiriman WhatsApp hanya menjawab dengan ringkas ‘tiada komen’ ketika diminta untuk memberikan kenyataan mengenai video viral itu.

“No komen, ini  lah komen saya,” tulisnya.

Susulan tindakan beliau yang dilihat terlampau ‘mengunci mulut’ berhubung kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelbagai spekulasi timbul dalam kalangan netizen sehingga ada yang menyifatkan tindakan Syamsul itu dianggap tidak sensitif.

Bahkan, dilihat tidak menjaga maruah isteri apabila kedua-duanya dilihat rapat, mesra dan profesional sedangkan Puteri Sarah Liyana kini sedang sibuk dengan hal mahkamah melibatkan individu ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

@rghaikimbyeongho Ustaz Adam beli emas dgn bapak ira kazar.latest news…😱#fyp #foryoupage ♬ original sound – Rghaikimbyeongho

 

Sementara itu, Syamsul Yusof, 37, dan Kazar Saisi dikatakan terlibat dalam penggambaran ‘content’ bagi mempromosikan emas di sebuah kedai emas yang terletak di luar ibu kota dan bukan seperti didakwa oleh netizen yang kononnya beliau mencari barangan kemas untuk diberikan kepada Ira Kazar.

Untuk rekod, pada Khamis lalu, Puteri Sarah telah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

 

 

Sumber: Harian Metro, Tik Tok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Mar 2023

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Terengganu

UAI telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

5566《SINCE 5566》大马站巡演开票日将会额外惊喜!

亚洲天团5566《SINCE 5566》巡回演唱会-大马站9月7日开票将公布额外惊喜!

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Penampilan Bertudung Singkat, Berkain Jarang Jadi Perhatian… Nabila Razali Akui Masih Perbaiki Diri

Nabila tidak menafikan dirinya masih dalam proses memperbaiki diri dari semasa ke semasa

Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Disangka Anak, Rupanya Michelle Yeoh Timang Cucu

Allahu maafkan min! Apa-apapun, tahniah Michelle & Todt selamat bergelar grandparents

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tahniah! Raja Ilya, TWG Nikah Bulan Depan

Pasangan ini bakal bernikah di Perth di dalam sebuah majlis tertutup pada bulan Disember 2018.

error: Content is protected !!