Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 8, 2018 @ 12:00pm

Inilah Resipi Ais Krim Biskut Oreo Macam McFlurry McDonald’s

Penggemar ais krim di Malaysia ini pasti pernah merasai kelazatan snek sejuk beku McFlurry di McDonald’s.

Istimewanya ia merupakan ais krim berperisa vanila yang digabungkan dengan macam-macam ramuan ekstra atau topping. 

Yang paling popular rasanya topping durian Musang King; sampai boleh sold out! Tapi yang paling legend adalah topping biskut Oreo. Gabungan biskut coklat dengan ais krim vanila itu memang kena!

Tapi anda perasan tak? Sajian McFlurry ini, harganya makin mahal, tapi bekas makin kecil. Maka jumlah ais krim yang diberi pun makin sikit! Rasa sakit hati pula bila beli.

No problem! Jika anda buat sendiri ais krim ini, anda boleh makan sebanyak mana yang anda nak!

Cara yang paling obvious adalah dengan mencampurkan biskut Oreo hancur dengan ais krim vanila. Dua-dua pun anda boleh beli di pasaran. Tapi rasa ais krim tersebut mungkin tak ngam dengan biskut coklat ini.

Jangan risau, di bawah ini ada resipi lengkap yang anda boleh cuba untuk buat sendiri ais krim ala McFlurry. Jom cuba!

Foto: McDonald’s

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat (kalau nak ais krim yang kurang manis, kurangkan jumlahnya)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 pek biskut Oreo besar
  • 1 sudu besar ovalett (pastikan anda guna yang halal!)

Cara Penyediaan

  1. Buka pek biskut Oreo dan asingkan bahagian biskut dan krimnya.
  2. Blend atau tumbuk biskut itu hingga sederhana hancur.
  3. Untuk membuat adunan ais krim, masukkan susu cair, susu pekat, esen vanila dan ovalett ke dalam mixer dan pukul selama 15 minit.
  4. Apabila ia sudah nampak gebu dan berkrim, campurkan separuh daripada jumlah biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi. Pukul lagi selama 5 minit hingga sebati.
  5. Adunan dah siap, jadi pindahkannya ke dalam bekas simpanan yang betul. Taburkan biskut Oreo hancur yang selebihnya ke atas adunan tersebut.
  6. Tutup bekas itu dan simpan di dalam freezer. Tunggu hingga ia betul-betul beku sebelum makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter Resepi Makanan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 25 May 2018

Buka Puasa Dengan Crème Caramel Yang Lembut Dan Lazat Ini, Senang Saja Nak Buat!

Dahlah lembut bagai sutera, rasa pun tak manis sangat. Oooh, sedap!

Featured Wed, 30 Jun 2021

“Jangan Pendam Jika Ada Masalah, Luahkan…” – Nazim Othman

Berikutan tularnya pelbagai masalah dan tekanan yang hidup yang dihadapi oleh orang ramai, pelakon Nazim Othman menggalakkan agar individu yang mengalami tekanan agar tidak memendamnya seorang diri. Nazim menggalakkan mereka yang mengalami tekanan di saat […]

Featured Mon, 20 May 2024
Featured Tue, 5 Sep 2023
Featured Mon, 9 Aug 2021

“Jenazah Terasa Sangat Ringan…” – Shuib Sepahtu Kongsi Pengalaman Uruskan Pengebumian Siti Sarah

Walaupun baru sahaja berdepan dengan kehilangan, pelawak Shuib tetap tabah berkongsi kisah pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada para peminat. Menerusi sesi Instagram Live yang diadakan, Shuib sempat berkongsi pengalamannya mengendalikan jenazah isterinya tengah hari […]

Featured Thu, 8 Jul 2021

MKN Diharap Terus Tutup Ekonomi, Industri Non Essential Lepas Tamat PKPD

Majlis Keselamatan Negara (MKN) diharap terus menutup sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat di banyak daerah di negeri Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari perkara […]

error: Content is protected !!