Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 23, 2023 @ 3:18pm

Syamsul Yusof Dedah Punca Nama Aaron Aziz Digugurkan, Terkilan Isu Diperbesar – “Inikah Aaron Yang Aku Kenal Selama Ini?”

Penerbit dan pengarah Syamsul Yusof tampil menjelaskan punca mengapa nama aktor popular, Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada senarai pelakon yang membintangi filem arahannya The Original Gangster.

Menurut Syamsul, keputusan menggugurkan Aaron adalah bukan keputusan penuhnya tetapi ia adalah hasil perbincangan bersama pihak produksi seperti penerbit dan barisan pelakon lain.

“Minta maaf tetapi saya perlu jelaskan perkara sebenar. Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron dalam filem ini kerana penerbit lain sudah berbincang dan menasihati saya bahawa Aaron tak boleh, dia dah tua, dia dah gemuk.

“Saya minta beri Aaron masa. Sebab Aaron sudah berjanji boleh kuruskan badan dan menjalani latihan intensif. Aaron juga ada masalah slipped disc. Saya berbincang dengan beberapa orang penerbit bahawa saya sanggup ‘extend’  penggambaran untuk beri masa pada Aaron.

“Sebagai seorang sahabat, saya takut apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi sebab dia ada slipped disc. Jika ada apa-apa yang berlaku nanti saya pula yang akan dipersalahkan, saya risau itu sahaja,” jelasnya.

Tambah Syamsul, beberapa pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy tidak yakin dengan kondisi kesihatan Aaron.

“Sebelum penggambaran, kita ada melalui proses latihan. Ada beberapa pelakon dan kru memaklumkan Aaron ada masalah ketika sesi latihan termasuklah isu disiplin. Saya kalau boleh tak nak cakap benda ni.

“Saya terpaksa cakap. Semua orang ada masalah dengan dia. Tetapi saya masih ingin berikan dia peluang kerana saya faham dia tengah sakit.

“Setelah berbincang, memang kita tidak boleh buat apa-apa. Masalah kesihatan ini tidak boleh dibuat main,” tambah Syamsul.

Sementara itu, Syamsul memaklumkan dia ada menghubungi Aaron namun mendapat reaksi dingin daripada aktor kelahiran Singapura itu.

“Saya hubungi dia dan minta maaf kerana terpaksa menggugurkan nama dia walaupun saya sayangkan dia. Sayalah orang pertama yang nakkan dia jadi hero filem ini, I still believe in Aaron Aziz.

“Tetapi nak buat macam mana, mungkin kerana faktor usia dan kesihatan. Ketika itu dia melenting. Dia cakap ini mesti keputusan daripada pihak saya.

“Tetapi saya cakap saya tak boleh buat apa-apa. Saya dah cuba pujuk dan lakukan yang terbaik untuk meyakinkan pihak penerbit.

“Saya beritahu padanya, bro aku tak nak bergaduh dengan kau. You are still my brother no matter what. Tetapi kalau itulah pandangan kau terhadap aku, aku nak buat macam mana bro? I’m sorry,” ujarnya.

Malah, Syamsul terkilan apabila Aaron mempebesarkan masalah tersebut dengan memerli ketika dia berdepan kemelut rumah tangga.

“Dia minta saya mohon maaf dengan dia, jangan sampai aib saya dia buka. Apa benda ni? Inikah Aaron Aziz yang aku kenal selama ini? Hero yang aku pandang tinggi?

“What are you talking about? Nak saya jumpa dia dan minta maaf. Atas sebab apa? Saya tak faham.

“Secara umum saya cakap, kita sebagai seorang selebriti kalau rasa nama dah goyah atau jatuh, nombor satu kena percaya rezeki Allah. Kita cuba buktikan dengan hasil kerja. Bukan cari jalan macam mana nak naikkan nama balik dengan menunggang kisah orang lain,” katanya.

ARTKEL BERKAITAN: Nama Digugurkan Dari Senarai Pelakon, Aaron Aziz Respons: “Saya Sedia Berdamai Dengan Syamsul Dengan Syarat…”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Heret Farid Kamil Ke Mahkamah, Tak Mahu Gaduh Dengan Aaron Aziz – “Baru Tahu Erti Sahabat Sebenar!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jun 2020
Featured Thu, 2 Feb 2023
Trending Wed, 31 Oct 2018

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dari jauh saya nampak ia sudah condong sebelum meletup.

Events Mon, 11 Nov 2019
Featured Sat, 27 Sep 2025

Terus Cipta Fenomena, Alpha Lancar MV ‘P Ramlee Saloma’

Alpha, terus mencipta fenomena menerusi single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”.

Trending Hari Ini Fri, 8 May 2020
Trending Sat, 5 Feb 2022

Tiket Mini Showcase Habis Dijual – Dolla Janji Beri Kejutan, Tingkat Mutu Vokal

Kumpulan Dolla bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai Dolla Mini Showcase. Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, […]

Featured Wed, 19 Apr 2023
error: Content is protected !!