Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom March 15, 2019 @ 9:00am

Bagai terkena renjatan elektrik ketika bersentuh tangan, sah anda mengalami masalah ini! 

Seorang kanak-kanak sedang mengayuh basikal. Tiba-tiba rambutnya terpacak seperti ada kuasa graviti yang menarik.

Dalam dua situasi yang berlainan, sedang anda menolak troli di pusat membeli-belah dan ketika menaiki  eskalator bersama teman  lalu menyentuh tangan rakan, anda mengalami tindakan refleks seperti terkena renjatan elektrik?

Jika anda pernah melihat atau mengalami situasi ini, istilah bagi gejala ini dinamakan tenaga Elekrik Statik.

Foto: Hair Loss

Kenapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Semua yang anda lihat di sekeliling terdiri daripada elemen yang dipanggil atom. 

Caj elektrik dibawa oleh proton dan elektron. Atom ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan proton dikatakan mempunyai caj +1 unit elektron manakala  elektron mempunyai caj -1.

Proton tertanam di dalam nukleus atom dan tidak bebas untuk bergerak selain melompat seperti elektron. Jadi apabila kita bercakap mengenai arus elektrik, apa yang dimaksudkan adalah pengaliran elektron dan elektrik statik bermaksud ketidakseimbangan antara caj negatif dan positif yang ada pada sesuatu objek.

Biasanya, atom akan bercaj neutral, yang bermaksud ia mempunyai jumlah proton dan elektron yang sama.

Apabila seseorang atau sesuatu objek mempunyai elektron berlebihan, ia akan menghasilkan caj negatif. Elektron  ini akan tertarik kepada elektron yang bercaj positif yang terdapat badan atau objek lain. 

Rasa renjatan kecil yang kita rasa dan juga bunyi ‘tik tik tik’ adalah kesan daripada perpindahan elektron yang melompat dengan laju kepada orang atau objek lain.

Adakah cuaca mempengaruhi situasi ini?

Foto: Education oneHOWTO

Ya, elektrik statik lazimnya terjadi ketika musim sejuk (di negara luar). Cuaca di sekeliling kita kering dan jika kita berada di tempat yang bersuhu rendah seperti di pejabat dengan penghawa dingin terpasang. 

Udara yang kering memudahkan pembentukan elektron pada permukaan kulit kita. Ketika musim panas, lembapan air menghapuskan electron bercaj negatif dan kita jarang akan mengalami situasi renjatan kecil ini.

Pengaruh dan kesan elektrik statik dalam kehidupan harian

Elektrik statik ialah perkara biasa dalam kehidupan kita. Ia seperti hidupan yang sentiasa wujud dan mencari keseimbangan apabila cajnya berubah. 

Sama ada anda merasakan elektrik statik atau tidak, ia sebenarnya bergantung kepada aktiviti dan kecenderungan anda untuk membuatkan caj atom pada badan anda berubah.

Contoh pengaruh elektrik statik yang  memberi impak kepada kehidupan kita adalah kes kereta terbakar ketika mengisi minyak. 

Menurut Naib Presiden Petroleum Equiqment Institute di Tulsa, Oklahama, Bob Rankes, ketika hendak keluar dari kereta untuk mengisi minyak, anda perlu menyentuh kereta terlebih dahulu untuk menstabilkan caj yang ada pada badan anda. Ini kerana, ketika anda berada di dalam kereta dan sedang memandu, atau apa sahaja yang dilakukan di dalam kereta boleh menyebabkan perubahan caj pada badan anda akibat pemindahan elektron.

“Sebelum anda mengangkat pam minyak untuk mengisi minyak, terdapat banyak peluang untuk nyahkan caj yang ada pada badan anda. Sebagai contoh, sejurus keluar daripada kereta, anda boleh menyentuh kenderaan terlebih dahulu. 

“Kaedah lain, anda perlu membuka penutup tangki minyak terlebih dahulu, kerana itu salah satu cara  menstabilkan caj tersebut. 

“Terdapat banyak peluang untuk anda hilangkan caj pada badan dan anda hanya perlu lakukannya sekali sahaja, untuk memastikan proses mengisi minyak berjalan dengan selamat,” katanya.

Ketika memegang nozzle dan mengisi minyak, wap yang wujud di dalam paip pam akan keluar bebas. Sekiranya pada waktu itu berlaku ketidakseimbangan caj pada badan anda, elektron akan menyahkan cajnya dengan berpindah kepada apa yang anda  sentuh ketika itu, misalnya nozzle minyak. 

Caj ini akan menjadi sumber pencucuh kepada wap tadi, yang boleh menyebabkan kebakaran.

Namun insiden seperti kebakaran disebutkan ini jarang berlaku kerana teknologi  pembuatan kereta yang semakin canggih, dapt mengatasi masalah ini. 

Kereta di zaman moden, kebanyakan dilengkapi sistem pemulihan wap, yang akan menolak wap ke dalam komponen enjin lalu disimpan di dalam tabung karbon dan kemudian dibakar ketika kereta dihidupkan.

Rakyat Malaysia kurang terdedah kepada bahaya ini memandangkan cuaca panas dan lembap menyukarkan pembentukan elektron. 
Namun begitu, ianya masih tidak mustahil untuk berlaku.

 

Sumber: Siakap Keli

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 19 Sep 2018

Tertelan Gula-Gula Getah Boleh Meragut Nyawa, Itu Berita Mengarut Tapi…

Gula-gula getah hanya sedia dinikmati sekiranya anak anda berusia lima tahun ke atas.

Sihat Mon, 30 Apr 2018

Jangan Tahu Makan Sahaja, Anda Perlu Ketahui Baik Buruk Pil Perancang Kehamilan

Adakah anda mengamalkan pil perancang? Ketahui baik buruk pil ini.

Sihat Wed, 8 Aug 2018

Tak Suka Minum Susu Dan Makan Ikan Punca Utama Penyakit Riket

Riket adalah gangguan tulang yang selalu berlaku pada kanak-kanak.

Sihat Thu, 30 Aug 2018

Adakah Ibu Bapa Anda Menunjukkan Kesukaran Untuk Menahan Kencing? Inilah Apa Yang Anda Perlu Tahu

TENA lancarkan kempen kesedaran supaya anak-anak warga tua lebih prihatin terhadap kesihatan ibu bapa mereka.

Sihat Sat, 21 Jul 2018

Lupakan Musang King Sejenak, Ini 12 Khasiat Durian Belanda Wajar Anda Tahu

Ia boleh bertindak sebagai agen yang berkesan dan kuat untuk mematikan kanser pada badan.

Sihat Wed, 5 Sep 2018

Amalkan Petua Ini, Tak Payah Risau Batuk Sebab Makan Banyak Rambutan!

Yang suka makan rambutan, bolehlah guna petua ini.

Sihat Tue, 15 Jan 2019

Endometriosis, antara punca wanita sukar untuk hamil 

Senggugut atau sakit ketika haid antara gejala endometriosis

Sihat Wed, 11 Jul 2018

Alat Permainan Kanak-Kanak Sebar Kuman Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Sila bersihkan alat permainan anak dengan kerap!

Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

error: Content is protected !!