Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom March 29, 2019 @ 9:00am

Ukur dada, punggung sendiri itu cara tepat memilih pakaian dalam anda!

Bagi kebanyakan kita, membeli-belah pakaian dalam tidaklah sekerap  berbelanja baju kasual atau pakaian ke pejabat.

Dalam setahun, barang kali dua atau tiga kali sahaja wanita membeli pakaian dalam, itupun ketika ada jualan murah ataupun pakaian dalam sedia ada sudah carik atau  koyak rabak!

Bagi sebahagian wanita pula, kalau boleh dapat yang murah, mereka mahu yang lagi murah. Alasan mereka “pakai di dalam, tak ada siapa yang nampak pun!”

Bagi yang mengamalkan tagline ‘mutu gaya keunggulan,’ semestinya jenama pakaian dalam yang mewah menjadi pilihan mereka kerana percaya mahal itu datang bersekali dengan kualiti. Walaupun tersorok di dalam, keselesaan itu penting!

Foto: Pinterest

Sementara itu, bagi individu yang berpegang kepada konsep ‘asal boleh,’ mereka terdorong membeli pakaian dalam  mengikut kesesuaian saiz dada dan punggung kerana lebih tertarik pada rekaan, corak, warna dan perincian pakaian dalam berbanding fungsi serta kualiti.

Contohnya, saiz  badan besar tetapi berangan mahu memakai  g-string untuk kelihatan seksi! Itu bukan seksi namanya, tapi seksa! Seperti atlet sumo agaknya!

Kesilapan ini membuatkan bahagian punggung dan ‘aset’ berharga tidak dipelihara dan dilindungi dengan baik. Kami kongsikan tip untuk memilih seluar dalam wanita yang tepat.

1. Seluar dalam menutupi bahagian punggung

Agar tubuh kelihatan kemas dan ‘terletak, ’, pilih seluar dalam yang mempunyai rekaan selesa dan dapat menampung bahagian punggung dengan baik. Untuk mengetahui seluar dalam itu sesuai atau tidak untuk seseorang wanita, sarungkan ia dan tarik ke posisi yang selesa. Pastikan bahagian belakang seluar dalam memenuhi keseluruhan punggung. Jangan biarkan pita di bahagian pinggang dan perut berlipat.

2. Saiz seluar dalam yang betul

Pilih saiz seluar dalam yang tepat bersesuaian dengan bentuk tubuh anda dan keperluan. Jika bahagian pinggang seluar dalam wanita bergulung, itu tandanya anda salah memilih saiz. Pinggang seluar dalam mestilah selesa dan tidak berlipat. Selain saiz yang tepat, anda juga mesti bijak membuat pilihan rekaan yang tepat untuk keperluan tubuh anda sebagai seorang wanita.

3. Material

Untuk mendapatkan keselesaan, anda perlu memilih material seluar dalam yang tepat. Terdapat beberapa kategori fabrik, antaranya kain kapas, lycra spandex dan nilon spandex. Setiap material ini mempunyai kelebihan tersendiri. Fabrik kain kapas menyerap peluh dan memberi keselesaan. Manakala jenis spandex pula memberi kebebasan dan regangan yang membantu kemasan tubuh.

4. Ganti pakaian dalam ikut keperluan

Foto: Creative Fashion Blog

Seperti baju, seluar dalam juga perlu diganti mengikut keperluan. Jika seluar dalam sudah lusuh, jangan kedekut untuk membeli baru. Pastikan seluar dapat dalam keadaan baik dan dapat melindungi bahagian intim anda dengan sempurna. Jika anda wanita hamil, beli seluar dalam khas agar lebih selesa.

5. Penjagaan seluar dalam

Sebaik-baiknya seluar dalam perlu dicuci menggunakan pencuci khas untuk pakaian dalam. Untuk menjaga bentuk, rekaan dan ketahanan seluar dalam, anda disaran mencuci produk dengan cucian tangan. Penggunaan mesin basuh menyebabkan rekaan dan bentuk seluar dalam wanita rosak. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan membuatkan seluar dalam wanita cepat lusuh dan hilang elastik.

6. Rekaan tepat

Jika anda mahu tampak seksi, pilih rekaan yang mempunyai perincian seperti renda. Bagi anda yang inginkan pelindungan sempurna dan mempunyai gaya hidup aktif, pilih seluar dalam wanita yang dapat menampung bahagian punggung dengan baik. Golongan yang gemar memakai seluar tetapi tidak mahu garis seluar dalam kelihatan, pilih rekaan berbentuk maxi atau seperti seluar pendek.

 

Sumber: Mingguan Wanita

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 20 Nov 2019
Featured Mon, 11 Jun 2018

7 Rahsia Untuk Menangkap Gambar Selfie Atau #OOTD Yang Perfect

Bila anda dah kuasai semua tip ini, barulah boleh jadi Instafamous.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah. @kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaa🥺❤️♬ original sound – diefarr🦋 Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman […]

Featured Thu, 9 Apr 2020

Kes keganasan rumahtangga meningkat sejak penularan wabak COVID-19

Krisis akibat arahan perintah duduk di rumah

Gaya Hidup Tue, 11 Mar 2025
Gaya Hidup Fri, 14 Jun 2019

Annabel Yao, pewaris empayar Huawei pikat perhatian dunia!

Sekalipun kaya-raya, Yao lebih selesa menjalani kehidupan seperti gadis kebanyakan.

Gaya Hidup Sun, 8 Apr 2018

6 Khasiat Barli Yang Perlu Anda Tahu. Memang Bagus Untuk Kesihatan!

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie merupakan bijirin yang mempunyai sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Gaya Hidup Mon, 30 Jul 2018

Menurut Kajian, Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi

Anda seorang yang ‘morning person’?

Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

11 Perkara Yang Anda Kena Buat Jika Rumah Anda Dipecah Masuk

Ambil tahu langkah-langkah ini supaya ia mudah diselesaikan.

error: Content is protected !!