Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin April 3, 2019 @ 8:33pm

Tiada berus untuk meratakan bedak asas pada wajah? Guna jari pun boleh!

Oleh Syarifah Fatin Anisa 

Bedak asas atau foundation kadangkala digeruni oleh sesetengah wanita.

Ini kerana, terdapat beberapa kesilapan yang mungkin dilakukan semasa pemilihan  bedak asas ini.

Contohnya, anda mungkin tersalah memilih rona yang sesuai untuk wajah. Hasilnya, wajah anda akan kelihatan lebih cerah atau gelap daripada kulit yang sebenar.

Bedak asas yang bagus adalah yang tidak terlalu ketara. Ia memberikan kesan seolah-olah anda tidak mengenakannya langsung pada wajah, namun kulit anda kelihatan bermaya dan segar. Itulah tujuan sebenar bermekap. Anda tidak perlu kelihatan seperti ‘opera cina.’

Foto: Byrdie

Jurumekap biasanya mencadangkan penggunaan berus untuk hasil yang lebih menawan.

Namun begitu, pemakaian bedak asas menggunakan jari sebenarnya adalah lebih praktikal!

Ini sebabnya.

Menutup kesan cela pada wajah

Penggunaan berus kadangkala tidak memberikan hasil yang diinginkan.

Jika anda mempunyai kulit sekata, kesukaran untuk menyamakan rona wajah dengan bantuan bedak asas adalah sangat menyakitkan hati.

Penggunaan jari boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Ini kerana, jari anda mampu meratakan dengan menyeluruh pada bahagian yang mungkin tidak mendapat hasil bagus apabila menggunakan berus.

Foto: FashionLady

Menjimatkan produk

Apabila menggunakan beauty blender dan berus, mungkin akan berlaku pembaziran terhadap bedak asas tersebut.

Ini kerana, span akan menyerap lebih banyak produk dan lebihan yang tinggal hanyalah sedikit untuk disapukan ke wajah anda.

Penggunaan jari jemari adalah lebih jimat dan mudah.

Cara yang betul bagi mengaplikasikan bedak asas menggunakan jari

1. Pastikan jari anda bersih. Cuci dengan air sabun bagi mengelakkan bakteria membiak pada wajah.

2. Letak sedikit bedak asas di bahagian belakang tangan dan letakkan pada bahagian pipi, dahi dan hidung menggunakan jari anda.

3. Setelah itu, dengan lebihan bedak asas tersebut, gunakan jari anda untuk sekatakannya.

4. Seterusnya, cuci tangan dan pastikan ia kering. Selepas itu, tekap kedua-dua belah tangan anda ke muka. Anda boleh menggunakan bedak setting powder untuk memastikah wajah kekal matte sepanjang hari.

Mudah bukan? Cubalah!

Foto: LiveAbout

Sumber: Allure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Tahun lepas kostum nasi lemak, tahun ini pula kuih muih tradisional

Busana kebangsaan wakil Miss Universe Malaysia 2019

Oh Lawa Thu, 31 May 2018

LOVEbibir Tampil Dengan 12 Warna Gincu Yang Pasti Anda Enggan Melepaskannya

LOVEbibir terdiri daripada 12 jenis rona nude hangat lagi menggoda iaitu Shine, Sexy, Secret, Social, Skin, Super, Selfie dan Summer. Manakala empat daripadanya pula adalah Lip Vinyl iaitu Fame, Foxy serta Fear Fresh.

Featured Fri, 10 Jan 2020
Oh Lawa Thu, 17 May 2018

17 Foto Busana Perkahwinan Diraja Yang Tercantik Dari Negara-Negara Serata Dunia

Sebelum Harry dan Meghan berkahwin, jom tengok dulu wedding dress di majlis-majlis perkahwinan diraja.

Featured Mon, 27 May 2019
Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018
Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Featured Mon, 15 Jul 2019
Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018
Oh Lawa Mon, 3 Dec 2018

8 Tip Paling Mudah Untuk Dapatkan Rambut Selembut Sutera

Memang senang tapi mungkin ramai yang tak tahu.

error: Content is protected !!