Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin November 14, 2019 @ 4:40pm

Tahun lepas kostum nasi lemak, tahun ini pula kuih muih tradisional

Oleh Amnan Hibrahim

Masyarakat Malaysia pastinya masih ingat mengenai busana gaun bertema nasi lemak yang dipakai oleh wakil Malaysia di pertandingan Ratu Universe 2018. Susulan daripada itu, pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh netizen dan pastinya lebih ramai yang mengecam daripada memuji.

Namun begitu, kata orang benci itu tandanya cinta. Mungkin itulah situasi yang boleh digambarkan berkenaan dengan busana kebangsaan yang dihasilkan untuk Ratu Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon.

Jika tema yang digunakan pada tahun lepas adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak, pada tahun ini pula pereka terkenal, Carven Ong tampil berani apabila hadir dengan rekaan busana yang mengetengahkan kuih-muih tradisi masyarakat Malaysia dalam elemen rekaannya.

Ratu Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon bergambar bersama dengan pereka busana yang dipakainya, Carven Ong (Dua dari kanan). NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Dengan nama ‘A Peranakan Indulgence,’ replika sajian pemanis mulut yang ditampilkan pada busana berkenaan seperti kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago  dan telur merah itu turut dihidangkan bersama dengan dulang bakul tradisi keturunan Baba Nyonya, bakul siah yang lazimnya digunakan ketikaa acara perkahwinan masyarakat Peranakan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Malaysia Universe 2019 Imbas Pengalaman Berbadan Gempal

Tidak cukup dengan itu, Carven turut mencurahkan kreativiti dan inovasinya yang pernah digunakan oleh syarikat perfileman Hollywood melalui filem Crazy Rich Asians.  Carven memanfaatkan keunikan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui pemilihan gaya, material dan motif berdasarkan tiga elemen utama iaitu kebudayaan masyarakat Melayu, Cina dan Peranakan.

Untuk pakaian utama busana berkenaan, kekayaan songket yang biasanya digunakan dalam tradisi perkahwinan masyarakat Melayu ditonjolkan bersama-sama dengan sayap buatan yang direka daripada pakaian kegemaran masyarakat peranakan iaitu batik nyonya.

Shweta Sekhon memperagakan busana kebangsaan yang akan digayakan pada pertandingan Miss Universe 2019. Foto: NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Dijahit dengan material mewah, songket yang digunakan turut dihiasi sulaman manik yang menonjolkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebaya Labuh Kedah Bakal Diangkat Ke Pentas Ratu Dunia 2019

Sementara itu, menambahkan lagi kemegahan busana berkenaan adalah perhiasan bahu yang ditenun menggunakan benang emas, bersulam manik-manik merah bagi menyerikan lagi penampilan Shweta.

Pemakaian busana tentunya tidak lengkap tanpa kehadiran mahkota yang menjadi simbol penting bagi wanita bergelar ratu cantik. Untuk itu, pereka memilih untuk menggunakan bunga emas aster sebagai perhiasan kepala bagi melambangkan kecantikan dalaman si pemakainya.

Busana seberat 29 kilogram itu bakal diperagakan Shweta Sekhon pada pertandingan Miss Universe ke-68 yang akan berlangsung di Atlanta Goergia, pada 8 Disember  ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sat, 30 Mar 2019
Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

5 warna yang anda akan kerap lihat dalam dunia fesyen terkini

Untuk kekal relevan, anda perlu mengikuti trend.

Featured Mon, 28 May 2018

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

YB Nurul Izzah setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

Featured Tue, 12 Feb 2019

#GucciShowtime rentasi era kegemilangan muzikal Hollywood

Saksikan video promo #GucciShowtime memang meletop!

Featured Mon, 16 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 9 Mar 2018

13 Top Model Antarabangsa Ini Buktikan Rupa Bukanlah Segalanya

Buktinya, ramai model yang berjaya mengukir nama di pentas dunia dengan rupa paras mereka yang langsung tak konvensional. 

Oh Lawa Wed, 9 Oct 2019

Produk penjagaan kecantikan Mamonde peroleh sijil halal

Formulasi ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan

Featured Sat, 11 Jan 2020

Dulunya gaya rempit, kini beg silang jadi kegilaan ramai!

Ikat pada pinggang and ready to go!

Acara Mon, 8 Oct 2018

Corat-Coret ABPBH31: Sindiran Manja RM50 Rita Rudaini Bikin Dewan Gamat!

11 momen menarik sepanjang berlangsungnya ABPBH31 semalam!

error: Content is protected !!