Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Fadzlena Jafar October 9, 2019 @ 11:34pm

Produk penjagaan kecantikan Mamonde peroleh sijil halal

Bagi peminat tegar K-Drama dan K-Pop, bukan sahaja muzik atau kehebatan drama yang dikagumi, tetapi juga ketampanan atau kejelitaan artisnya terutama kulit mulus bersih yang menjadi pujaan hati.

Jika sebelum ini Korea Selatan mengeksport K-Drama dan K-Pop ke seluruh dunia, kini negara yang dikatakan antara kuasa besar dalam ekonomi di Asia itu turut menggunakan formula kejayaan kedua-dua industri itu untuk melariskan produk penjagaan kecantikannya.

Di Malaysia umpamanya, semakin ramai wanita dan gadis muda memilih produk kecantikan Korea Selatan kerana terpengaruh dengan kesempurnaan kulit wajah kebanyakan artis Korea Selatan.

Park Shin-hHye (tengah) melancarkan serum Mamonde terbaru Red Energy Recovery Serum di Mid Valley KL. Turut sama Pengarah Urusan Watson’s Malaysia, Caryn Loh dan Pengurus Amonrepaciffic Malaysia, Margerat Chin (kanan). NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Baru-baru ini, Mamonde menerbangkan pelakon terkenal Korea Selatan yang juga duta jenama itu, Park Shin-hye ke Kuala Lumpur. Kehadiran Shin-hye yang popular di rantau ini  adalah bersempena dengan pelancaran Mamonde Red Energy Recovery Serum.

Serum yang diperbuat daripada dua ramuan utama itu bukan sahaja menangani masalah penuaan kulit, tetapi juga memulihkan kulit yang lesu.

Kandungan ekstrak buah delima dan teknologi Blossoming  Energy menguatkan lapisan luar kulit untuk mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit lebih lembut, sekali gus lebih berseri.

Bagi peminat K-Beauty atau K-Kecantikan yang mungkin agak sangsi dengan status halal produk kecantikan dari negara itu, kini Mamonde mengambil inisiatif untuk mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi produknya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, Mamonde mengesahkan 11 produknya memperoleh sijil halal JAKIM iaitu Ceramide Skin Softener, Ceramide Intense Cream, Ceramide Emulsion, Ceramide Light Cream, Pore Clean Stick, Floral Hydro Ampoule Toner, Floral Hydro Cream, Floral Hydro Emulsion, Rose Water Toner, Rose Water Gel Cream dan Water Soothing Gel.

1. Rangkaian produk Seramida Mamonde

Produk penjagaan kecantikan diformulasi daripada ekstrak seramida sebagai bahan utamanya. Kombinasi esktrak bunga raya dan seramida mampu menguatkan lapisan luar kulit bagi mengekalkan kelembapan dalam kulit.

Oleh itu, produk berkenaan sesuai untuk kulit kering dan ternyahhidrat kerana apabila disapu pada kulit, kulit akan kembali segar dan lembap tanpa meninggalkan kesan melekit.

Antara produk dalam himpunan Seramida Mamonde yang memperoleh sijil halal JAKIM ialah Ceramide Skin Softener 200ml  yang berharga RM70, Ceramide Emulsion 150ml (RM80), Ceramide Light Cream 50ml (RM131) dan The Ceramide Intense Cream 50ml (RM131).

2. Rangkaian Floral Hydro Mamonde

Rangkaian ini yang turut memperoleh sijil halal mengandungi air yang diekstrak secara semula jadi daripada bebawang bunga narcissus. Rangkaian ini berfungsi untuk melembapkan kulit dan mencegah daripada kekeringan selepas membersihkan wajah.

Antara produk dalam rangkaian Floral Hydro Mamonde yang memperoleh sijil halal JAKIM ialah Floral Hydro Ampoule Toner 150ml (RM99), Floral Hydro Emulsion 150ml (RM99) dan Floral Hydro Cream 50ml (RM120).

3. Rangkaian Rose Water Mamonde

Bagi wanita yang meminati haruman bunga ros, rangkaian Rose Water Mamonde juga tersenarai dalam produk Mamonde yang memperoleh sijil halal berkenaan.

Antara manfaat daripada ramuan utama yang diekstrak daripada 100 peratus Organic Damask Rose itu adalah keupayaannya memberikan kesan lembapan dan menenangkan menerusi haruman ros yang lembut.

Mamonde menggunakan ekstrak bunga ros yang diperoleh dari perkampungan Turia di Lembah Ros Bulgaria. Antara produk dalam rangkaian ini yang memperoleh sijil halal JAKIM ialah Rose Water Toner 250ml yang berharga RM85, Rose Water Gel Cream 80ml (RM99) dan Rose Water Soothing Gel 500ml (RM55).

4. The Pore Clean Stick Mamonde

Satu lagi produk Mamonde yang memperoleh sijil halal ialah The Pore Clean Stick 18g yang sesuai untuk kulit yang mudah ditumbuhi akne.

Produk berharga RM49 ini mampu menyerap jauh ke dalam kulit untuk membuang sel kulit yang mati, membuang bintik hitam dan bintik putih yang tersembunyi di sekitar hidung.

The Pore Clean Stick Mamonde mengandungi manik penyental yang membantu membuang sebum berlebihan dan sel kulit mati tanpa membuatkan kulit menjadi kering.

Semua produk Mamonde itu boleh didapati di Malaysia menerusi kedai kecantikan Watson di seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 14 Oct 2019

Glow Doe dUCk Cosmetics bantu serlah solekan

Didatangkan dalam 3 pilihan warna

Oh Lawa Tue, 22 May 2018

Ibarat Menjinjit Banglo Di Tangan, Ketahui Sebab Mengapa Hermes Birkin Mahal Gila!

Birkin Sac Bijou dibuat sepenuhnya daripada kepingan rose gold  yang disemat dengan 2,712 berlian, di mana nilai bagi sebuah tas tangan ini bernilai RM7.56 juta. Mahal gila!

Oh Lawa Thu, 18 Apr 2019
Oh Lawa Mon, 11 Feb 2019

Miley Cyrus tampil bersahaja ke Grammy Awards, tetapi kasutnya memang luar biasa!

Kasut juga boleh tambahkan seri kepada penampilan anda.

Oh Lawa Fri, 23 Feb 2018

Jom Tengok 20 Trend Bulu Kening Pelik Yang Viral Di Instagram, No. 6 Macam Keris!

Kalau anda ingat makeup anda dah cukup vass, cuba tengok style-style makeup artist mat salleh di Instagram. Lagi advance!

Oh Lawa Fri, 8 Mar 2019

Telekung Siti Khadijah rintis laluan bina jenama eksklusif industri fesyen Muslimah

Usaha pacu kejayaan selepas sedekad telekung SK di pasaran

Featured Thu, 19 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 19 Jul 2018

Tip-Tip Memilih Pakaian Yang Sesuai Untuk Janji Temu Pertama Anda Dengan Teman Istimewa

Kena pilih betul-betul! Kalau tak sesuai, turn off pula teman anda nanti.

Oh Lawa Thu, 11 Jul 2019
error: Content is protected !!