Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 11, 2019 @ 3:00pm

Miley Cyrus tampil bersahaja ke Grammy Awards, tetapi kasutnya memang luar biasa!

Seperti ramai selebriti wanita Barat yang lain, penyanyi muda Miley Cyrus tidak melepaskan peluang untuk bergaya apabila menghadiri majlis berprestij seperti Grammy Awards hari ini.

Tetapi tidak seperti artis wanita lain yang memilih gaun berlabuci, Miley memilih untuk menggayakan sehelai blazer hitam besar dengan seluar tirus yang melengkapi bentuk kakinya yang panjang.

Pakaiannya rekaan Thierry Mugler itu tampak sahaja ringkas, tetapi beliau menyuntikkan sedikit kelainan dengan tidak memakai sebarang baju pun di dalam blazer berkenaan supaya hasil rupanya tampak lebih seksi.

Foto: Shutterstock

Walaupun pakaiannya dikira menjolok mata, kasutnya juga patut diberi perhatian. Anda lihatlah sendiri!

Foto: Shutterstock

Foto: Shutterstock

Kasut sandal hitam ini menggabungkan kedua-dua warna matte dan metalik, yang mana tali hitamnya dihiasi dengan tali besi emas.

Apa yang paling menarik ialah tumit emasnya yang dibentuk mengikut huruf pertama dalam namanya, iaitu M untuk tumit kaki kiri dan C untuk yang kanan.

Foto: E! Online

Ternyata kasut ini telah ditempah khas untuk Miley. Agak-agaknya berapalah harganya?

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Oct 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Buah Mangga Berupaya Upgrade Kecantikanmu!

Masker buah mangga berupaya mencerahkan kulit.

Oh Lawa Mon, 8 Jan 2018

Nak Nampak Comel Dan ‘Cute’ Macam Artis Korea? Rupanya Ini 10 Rahsia Mereka

“Alamak..alamak, mamat opis sebelah yang aku minat ada kat majlis ni. Aduh, apa aku nak buat ni. Okay, ‘appearance’ dah tiptop dan cun. Ah, aku tau, kena buat-buat ‘cute’ sikit bagi mamat tu perasan aku […]

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Ceritakan kisah hidup anda menerusi ‘charm’ mini daripada koleksi Pandora Me

Serlahkan identiti mengikut pilihan micro-charm yang anda suka.

Oh Lawa Sat, 16 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Cara memilih gaya tudung yang sesuai dengan bentuk muka anda

Jika tersalah pilih, rosaklah penampilan anda!

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Featured Thu, 21 Mar 2019

9 gaya kasut sneakers pilihan Nabila Razali. No 3 ‘cool’ habis!

Apa sahaja yang digayakan artis sama ada di Malaysia atau luar negara, pasti akan menjadi ikutan peminatnya. Begitu juga dengan gaya penampilan penyanyi popular Nabila Razali yang sering menjadi perhatian peminat muzik tanah air terutamanya […]

Featured Fri, 24 Apr 2020

Hukum memakai gincu ketika berpuasa yang sering dipandang remeh

Bersolek boleh tetapi biar berpada-pada

Oh Lawa Mon, 3 Sep 2018

Kulit Sihat Tanpa Terjejas Dan Kekal Cantik Tatkala Melancong

Tip kembara cantik yang boleh diamalkan tika bertandang di negara orang.

error: Content is protected !!