Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin January 8, 2018 @ 8:50am

Nak Nampak Comel Dan ‘Cute’ Macam Artis Korea? Rupanya Ini 10 Rahsia Mereka

“Alamak..alamak, mamat opis sebelah yang aku minat ada kat majlis ni. Aduh, apa aku nak buat ni. Okay, ‘appearance’ dah tiptop dan cun. Ah, aku tau, kena buat-buat ‘cute’ sikit bagi mamat tu perasan aku pun ada kat majlis ni. Aduh… Apa lagi tips pikat lelaki tanpa nampak ‘desperate’ sangat?”

Memang lelaki suka dengan penampilan ala-ala comel daripada wanita. Maklumlah, siapa tak suka dengan keletah ‘cute-cute’, nampak comel dan bersahaja! Jadi apa lagi mereka yang masih ‘single’ tu, jom lakukan tips pikat lelaki melalui penampilan yang ‘cute’ dan comel. Mana tahu ada yang terpikat nanti.

10 RAHSIA PEREMPUAN AGAR NAMPAK COMEL DAN ‘CUTE’, MACAM ARTIS KOREA

1. ELAK TAMPIL SEKSI

Tidak perlu tampil seksi dan ghairah untuk nampak comel malah ada wanita yang lebih nampak comel meskipun penampilannya menutup aurat.

2. GUNA WARNA PASTEL

Wanita yang memakai pakaian berwarna pastel nampak sopan, lemah-lembut dan comel. Ini kerana warna pastel meredupkan pandangan sesiapa sahaja yang memandang.

3. BERMAIN DENGAN RAMBUT

Sesekali selitkan rambut pada belakang telinga dengan lembut. Ia membuatkan anda nampak ayu dan comel apabila berbuat demikian.

4. MEKAP SECARA MINIMALIS

Ia nampak lebih natural, ayu dan comel berbanding mengguna mekap yang tebal. Sebaiknya, guna gincu yang mengikut warna darah. Ia menyerlahkan lagi kecomelan anda.

5. BERCAKAP DENGAN LEMBUT

Apabila bercakap dengan lelaki, elak bercakap dengan nada yang keras dan kasar. Berbual dengan ton suara yang lembut dan jangan lupa senyum! Anda pasti nampak comel di matanya

6. MURAHKAN SENYUMAN

Senyum memaniskan lagi wajah seseorang. Senyumlah dengan ikhlas kerana ia boleh menjadi daya penarik. Sebab itu senyumlah selalu, mana tahu ada yang jatuh hati dengan senyuman manis anda.

7. BELAJAR BLUSHING

Biasanya lelaki suka mengambil hati wanita dengan memuji. Latih diri untuk bersifat malu-malu apabila dipuji sehingga merah muka dan pipi. Aduh, memang nampak comel bila blushing!

8.ELAK MENGUASAI PERBUALAN

Wanita yang ayu dan comel biasanya punya sifat pemalu. Jadi apabila berbual, mereka lebih suka go with the flow dari menguasai perbualan atau menjadi ‘centre of attraction’.

9. PEMALU

Lelaki suka wanita yang pemalu kerana apabila bertentang mata, wanita pemalu akan mengalah dengan renungan, menunduk malu dan kelihatan comel.

10. TUTUP MULUT DENGAN TANGAN APABILA KETAWA

Sesekali tutup mulut apabila ketawa. Percayalah, anda nampak comel apabila melakukannya.

PASTIKAN JANGAN ‘OVER’ SANGAT!

Aksi comel ini nampak semula jadi, tidak diadakan-adakan atau ‘over’ sangat. Sebab itu, salah satu tips pikat lelaki adalah dengan menyerlahkan sifat pemalu dalam diri wanita.

Bila ada sifat pemalu, maka apa yang anda lakukan lebih terserlah kecomelannya daripada wanita yang bersifat agresif dan kasar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018

Nak Cantik Macam Selebriti? Jom Ke FABUlash!

Penyambungan bulu mata menyerlah kecantikan wanita hanya dengan sentuhan yang minimal.

Oh Lawa Fri, 31 May 2019

10 panduan supaya solekan Hari Raya anda tahan lebih lama

Insya-Allah solekan anda akan berkekalan.

Oh Lawa Wed, 9 Oct 2019

Produk penjagaan kecantikan Mamonde peroleh sijil halal

Formulasi ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan

Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

Pakai 7 Warna Ini Sepanjang Minggu Dan Rasai Getarannya

Tahukah anda, ada warna tertentu yang boleh membangkitkan aura harian anda.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Featured Thu, 1 Aug 2019
Oh Lawa Tue, 14 May 2019
Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Fri, 4 May 2018

12 Foto Hasil Pembedahan Plastik Warga Korea Yang Mengejutkan, No. 11 Paling Ketara!

Ada prosedur yang tak berapa nak jadi. Tapi kalau berjaya, transformasinya memang amazing!

Featured Thu, 20 Dec 2018

Living Coral Warna Yang Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda Untuk 2019. Cantik & Menyerlah!

Living coral, membawa pengertian moden dan kuat dalam sisi kelembutan.

error: Content is protected !!