Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom September 20, 2018 @ 11:00am

Kehabisan Lipstick Favourite Dan Ada Temujanji? Usah Gusar, Ini Caranya Buat Lipstick DIY!

Wajah yang suram bisa berseri dengan hanya sekali sapuan gincu. Bayangkan betapa magisnya kuasa gincu atau lipstick dalam membangkitkan pesona seorang wanita!

Seperti yang kita tahu terdapat pelbagai jenis lipstick yang dijual di pasaran seperti lip tint, matte dan lip paint. Warnanya pun beragam, yakni boleh didapatkan daripada seleksi natural sehinggalah rona gelap, garang dan futuristic!

Tapi tahukah anda, bahan-bahan kimia yang terkandung dalam lipstick itu mempunyai kesan sampingan yang boleh memudarkan warna bibir seterusnya membuatkannya menjadi hitam?

Salah satu cara untuk mengekalkan bibir sihat anda, adalah dengan menggunakan lipstick yang diperbuat daripada bahan-bahan alami atau semula jadi.

Nak tahu bagaimana ia boleh dihasilkan? Ini 3 cara membuat lipstick sendiri yang harus anda cuba!

1. Delima

Foto: Dr. Fuhrman

Buah yang turut dikenali sebagai pomegranate ini ternyata bukan saja baik untuk kesihatan tubuh badan, malah boleh digunakan sebagai bahan asas membuat lipstick.

Caranya mudah saja. Perahkan buah delima untuk mendapatkan patinya. Selepas itu campurkan pati tadi dengan minyak kelapa dan biarkan selama 2 jam.

Selain mudah dibuat dan diyakini selamat kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi, lipstick diperbuat daripada buah delima ini juga tahan lama iaitu selama satu bulan. Asalkan jangan lupa menyimpannya dengan rapi.

2. Blackberry dan Raspberry

Foto: 1zoom

Berbeza dengan buah delima yang menghasilkan warna merah, paduan kedua-dua beri ini mencipta warna lipstick yang lebih unik dan menggoda!

Cara membuatnya pun cukup mudah, iaitu hanya dengan menyediakan blackberry dan raspberry dengan jumlah yang sama, kemudian masukkan ke dalam microwave selama satu minit.

Sesudah itu, perah kedua jenis beri berkenaan sehingga keluar pati buahnya. Campur pati buah tadi dengan minyak kelapa hingga mendapat tekstur yang diinginkan. Kemudian tuangkan ke dalam bekas kecil dan tutup dengan rapat.

3. Buah Bit

Foto: vix.com

Mungkin ramai yang tidak familiar dengan buah yang satu ini atau asing mendengar namanya. Tetapi jangan terkejut kerana ia wujud (dijual) di supermarket komersil.

Buah bit adalah sejenis ubi yang berwarna merah dan jauh lebih gelap dari dua beri tadi. Hampir sama dengan cara sebelumnya, membuat lipstick dari buah bit adalah dengan memarutkannya terlebih dahulu, kemudian parutan tersebut diperah hingga mendapat pati buah.

Langkah seterusnya, ia juga dicampurkan dengan minyak kelapa hingga mendapat tekstur yang kamu inginkan.

Apa macam, mudah bukan? Apalagi let’s cuba!

Sumber: Kawaii Beauty Japan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 24 Aug 2018

Hanya Guna Buah Betik Untuk Hilangkan Kesan Hitam Pada Leher

Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif tidak perlu risau kerana tip ini berasaskan bahan semula jadi.

Featured Wed, 25 Jul 2018
Featured Mon, 12 Nov 2018
Oh Lawa Wed, 29 May 2019
Oh Lawa Wed, 4 Jul 2018
Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019

Getting married? Here’s some inspiration for your wedding jewelry

According to a stylist, don’t go overboard!

Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018
Featured Sun, 4 Aug 2019

Nak wajah runcing, pelajari teknik mudah ini!

Tak perlu lakukan pembedahan

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

9 Kesalahan Kecantikan Yang Sering Dilakukan Wanita. Patutlah Tak Cantik-Cantik

Wanita memang sangat menitikberatkan soal kecantikan. Namun, tanpa disedari, mereka turut melakukan kesalahan kecantikan sama ada secara sengaja ataupun tidak.

error: Content is protected !!