Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin September 13, 2019 @ 4:49pm

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Triumph mengujakan!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Bagi wanita,  coli ialah satu keperluan yang sentiasa menjadi keutamaan sama seperti beg tangan kerana keserasian penggunaan kedua-dua item ini sangat penting bagi membangkitkan rasa yakin kala memakainya. 

Bayangkan jika anda mengenakan coli yang agak kecil saiznya dan tidak boleh menampung saiz payudara atau coli yang terlebih besar menyebabkan anda tidak selesa bila melangkah atau berurusan dengan seseorang, itu tidak sepatutnya berlaku.

Sehubungan itu, jenama pengeluar pakaian dalam wanita, Triumph kembali dengan melancarkan koleksi terbarunya sempena Musim Luruh-Sejuk 2019 ini, dengan mengenengahkan beberapa keistimewaan bagi memastikan ia sesuai dengan citarasa wanita.

Acara pelancaran yang berlangsung di Petaling Jaya itu turut dihadiri Ketua Pemasaran, Neil Lewis dan Pengurus Kandungan dan Perhubungan Awam  Triumph Malaysia, Isobel Cassel.

Peragaan coli turut diadakan bagi memperkenalkan rekaan terbaru untuk wanita yang memaparkan rasa kemewahan serta menyerlahkan nafas baharu dalam perekaan coli.

Ia juga diselitkan dengan elemen versatil yang membuatkan wanita ‘tampil dan berasa’ bergaya kala menyarungkan rekaan terbaharu daripada Triumph itu. 

Foto: Triumph

Antara yang menarik perhatian ialah motif Aqua Lantern yang memaparkan lapisan pad yang lebih ringan daripada biasa dan pastinya corak sulamannya yang berilhamkan lantera kebudayaan Cina amat cantik dan mengujakan untuk disaringkan pada badan.

Didatangkan dalam pelbagai warna iaitu hitam, merah lembut, biru firus dan merah jambu terang dengan rekaan termasuk push up berwayar dan tanpa wayar dengan garis V yang menggoda. 

Antara koleksi Style Palm daripada Triumph.  Foto: Triumph

Koleksi  Style Fantasy. Foto: NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Antara koleksi lain yang tidak kurang menarik ialah Style Palm, Style Fantasy dan Style Festive yang dicipta untuk memberi sokongan dan tolakan terhadap payudara. Style Palm memperlihatkan kehalusan hasil rekaan Triumph dalam penghasilan baju dalam yang didatangkan dalam warna zamrud gelap dan hitam. 

Koleksi Everyday Romance dan Everyday Soft Touch pula dikatakan coli yang terbaik bagi wanita yang gemar memakai kemeja-T, sementara Everyday Soft Touch menawarkan keselesaan dengan pad memory foam yang memberi sokongan sepanjang hari serta boleh didapati dalam warna hitam atau nude. 

Coli tanpa wayar yang khusus untuk sokongan semula jadi memaparkan koleksi Comfort Touch, Natural Elegance dan Sculpt Delight. Coli Natural Elegance menampilkan pad ringan dan pada bahagian tepi, ia boleh direnggangkan untuk keselesaan sempurna. 

Coli Sculpt Design. Foto: Triump

Sculpt Delight pula tampil dengan perincian renda yang menarik juga boleh direnggangkan untuk keselesaan tambahan pemakainya. Ia boleh didapati dalam warna pic dan mempunyai panel tepi yang tinggi untuk menghasilkan bentuk.

Kesemua koleksi di atas didatangkan bersama dengan padanan seluar dalam midi atau maxi. Boleh didapati pada harga bermula dari RM229 bagi coli dan RM79.90 untuk seluar dalam. 

Koleksi Florale Carnation. Foto: Triumph

Berlainan dengan koleksi keluaran Triumph yang menawarkan pilihan premium bagi musim Luruh-Sejuk 2019, koleksi  Florale Carnation menampilkan renda Jepun diilhamkan daripada motif flora halus, sementara hiasan sulaman menyerlahkan warisan Triumph. Koleksi ini boleh didapati dalam pilihan warna New Navy, Rumba Red dan Grigio Medio. 

Sementara itu, Florale Selena dibawa dengan kelainan yang merangkumi pilihan klasik moden menampilkan renda Swiss dengan keperincian berkilat. Ia boleh  didapati dalam warna Crystal Blue, Pebble Grey dan Rumba Red. Harga bagi koleksi ini agak berlainan kerana ia merupakan koleksi yang eksklusif iaitu daripada RM369 untuk coli dan RM139 untuk seluar dalam. 

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 boleh didapati di laman sesawang www.triumph.com mulai Julai  lalu hingga November 2019. Ia juga boleh didapati di gedung beli-belah seluruh Malaysia. Rasaikan keselesaan dengan koleksi Triumph! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 12 Dec 2019
Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Acara Mon, 3 Sep 2018

Festival Gegaria #KitaPunya Pukau Puluhan Ribu Pengunjung, Cayalah!

Kali ini, festival ini bertemakan Hari Merdeka!

Featured Thu, 5 Jul 2018

Anda Rasa Gemuk Itu Hodoh? Bagi Suku Kaum Mauritania Berbadan Gempal Paling Cun!

Jika anda menganggap rupa paras menawan, kulit yang bersih, bertubuh sasa, langsing dan tinggi lampai, itu sebagai cantik dan tampan, bagi suku kaum di sesetengah negara pula adalah sebaliknya

Acara Thu, 9 Aug 2018

Wow! Fasha Sandha Pernah Memenangi Pertandingan Kerana Giginya Cantik!

Tugasan Ikon Aurawhite itu turut digalas Fasha bersama Izzue Islam serta pendakwah bebas, PU Azman.

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

Ini Cara Mudah Untuk Mencuci Beauty Blender. Bukan Saja Bersih Tapi Nampak Macam Baru!

Dulu, cara untuk memakai foundation adalah samada dengan menggunakan jari ataupun berus. Sekarang dah ada “beauty blender”, sejenis span yang memudahkan aplikasi foundation agar ia rata di atas kulit.

Acara Fri, 22 Jun 2018

Kumpulan NSTP Lancarkan Hijab & Heels, Portal Gaya Hidup Pertamanya Untuk Wanita Moden

Portal ini menyasari golongan wanita berumur dari 18 ke 45 tahun tidak kiralah yang masih belajar ataupun sudah bekerja.

Oh Lawa Mon, 16 Apr 2018

Trend Dandanan Rambut Terbaru Diinspirasikan Oleh Bunga Ros, Kreatif Sungguh!

Salah seorang hairstylist yang genius ini telah mencipta satu trend rambut terbaru yang berjaya memukau semua peminat stail rambut moden.

Oh Lawa Thu, 10 Jan 2019
Oh Lawa Mon, 3 Jun 2019

Ini 4 jenis beg tangan yang golongan wanita wajib ada

Demi sebuah beg, hutang puluh ribu pun wanita sanggup.

error: Content is protected !!