Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 22, 2018 @ 1:27pm

Tiada Maaf Untuk Garis Seluar Dalam, 9 Tip Fesyen Mesti Tahu

Sama ada berhijab atau tidak, garis seluar dalam yang kelihatan memang memalukan. Sebelum keluar dari rumah tak belek betul-betul ke penampilan anda di hadapan cermin? Jangan ambil mudah dengan kesalahan fesyen yang mungkin anda rasa remeh, tapi sebenarnya memberi impak yang besar pada penampilan.

First impression memang penting untuk memastikan orang di sekeliling tidak tersalah anggap tentang perwatakan anda. Biarpun ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini, namun realitinya memang begitu.

Semak tip berikut untuk panduan:-

1) Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.

2) Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtle neck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.

www.ginatricot.com

3) Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, pakai seluar dalam seamless. Takpun, pakai baju yang labuh.

4) Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.

www.homestoriesatoz.com

5) Jangan memakai kasut yang warnanya sudah terlalu lusuh. Kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.

6) Sandal sukar dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.

7) Anda beruntung jika memiliki leher jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang mampu memberi ilusi cantik.

8) Kalau berhijab, jangan pakai pakaian yang terlalu sendat sehingga melekap di tubuh badan. Ingat apa tujuan anda memakai tudung.

9) It’s a big no! no! memakai baju berlengan pendek untuk yang bertudung. Ada juga yang berani memakai baju tak berlengan. Dah kenapa?

Jangan jadi mangsa fesyen okay!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Apr 2020

Tetap glamor pada pagi Lebaran, meski terpaksa beraya cara PKP

Jenama tempatan atas talian tampil dengan rekaan wow!

Oh Lawa Thu, 31 Jan 2019
Featured Thu, 29 Nov 2018

Puma Suede Kolaborasi Menawan Khusus Buat Peminat Barbie!

Puma X Barbie didatangkan dalam warna merah jambu dan hitam.

Oh Lawa Tue, 23 Oct 2018

6 Trick Fesyen Yang Meghan Markle Mungkin Telah Guna Untuk Menyorok Kehamilannya

Kita dapat tahu pun bila dia sudah hamil selama 12 minggu.

Featured Thu, 12 Mar 2020
Featured Tue, 4 Dec 2018

Gara-Gara Pewarna Rambut, Wajah Wanita Ini Bengkak Teruk!

Nak cantik punya pasal, muka sampai jadi bengkak!

Featured Sun, 1 Jul 2018

5 Stail Tudung Bawal Yang Paling ‘In’ Untuk Tahun Ini

Kalau nak bergaya macam hijabista famous, jom belajar 5 stail tudung bawal ini!

Oh Lawa Tue, 22 May 2018

Gaya Fesyen Tun Dr Siti Hasmah Yang Klasik, Simple & Sopan, Memang Patut Direspek

Jom ketahui item atau gaya fesyen yang kini sudah menjadi signature look baginya.

Oh Lawa Fri, 13 Jul 2018
error: Content is protected !!