Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 21, 2019 @ 4:00pm

9 gaya kasut sneakers pilihan Nabila Razali. No 3 ‘cool’ habis!

Apa sahaja yang digayakan artis sama ada di Malaysia atau luar negara, pasti akan menjadi ikutan peminatnya. Begitu juga dengan gaya penampilan penyanyi popular Nabila Razali yang sering menjadi perhatian peminat muzik tanah air terutamanya golongan remaja wanita.

Biarpun berhijab, gadis berusia 27 tahun itu tidak pernah mengehadkan gayanya, malah Nabila atau lebih mesra disapa Bella bijak menyuaipadankan setiap item yang digayakannya.

Selain gaya tudung dan fesyen off-shoulder yang menjadi trademark Nabila, pemakaian kasut sneakers juga cukup sinonim dengan fesyen pelantun lagu Pematah Hati itu.

Tambahan pula, trend pemakaian kasut sneakers dilihat semakin popular dan mendapat tempat di hati pemburu fesyen kerana gelombang stail luxe sport atau suntikan elemen sukan dalam gaya harian itu sangat versatil.

Selain selesa dan ringkas, pemakaian kasut sneakers juga boleh diselaraskan dengan gaya feminin, kontemporari, ranggi atau aktif dalam satu penampilan.

Menurut penyanyi lagu Vroom Vroom itu juga, dia gemar memakai sneakers kerana kasut tersebut selesa dan ringan, sesuai untuk dirinya sebagai selebriti yang sentiasa bergerak aktif.

“Tuntutan jadual harian seperti menghadiri jemputan majlis dan mesyuarat memerlukan Bella bergerak pantas, jadi Bella lebih selesa memilih sneakers kerana selain selesa, reka bentuk dan warnanya yang menarik sesuai digayakan untuk pelbagai acara.

Ada juga kasut sneakers yang buatkan Bella tampak tinggi, jadi Bella tak perlu lagi memakai kasut tumit tinggi untuk tampak lebih bergaya,” tuturnya.

Jom lihat foto cantik Bella menggayakan kasut sneakers. Mana tahu selepas ini gaya Bella ini dapat memberi idea kepada anda untuk mengenakan kasut sneakers dengan pelbagai gaya fesyen menarik.

1.

gaya fesyen Nabila Razali

2.

gaya fesyen Nabila Razali

3. 

gaya fesyen Nabila Razali

4. 

gaya fesyen Nabila Razali

5. 

gaya fesyen Nabila Razali

6. 

gaya fesyen Nabila Razali

7. 

gaya fesyen Nabila Razali

Foto: Twitter ERA

8. 

gaya fesyen Nabila Razali

9. 

gaya fesyen Nabila Razali

Kredit foto: Nabila Razali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Jul 2024

20 Kali Ulang Alik ke Tandas, Anak Sulung Eyra Hazali Alami Bengkak Usus

Allahu, kesiannya Hayder. Moga cepat sembuh😥

Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

Featured Sat, 24 May 2025
Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Sun, 26 May 2024
Featured Mon, 12 Jun 2023

Nafi Lari Dari Masalah, Intan Saleh Ajak Izreen Azminda Berjumpa – “Dah WS, Tapi Masih Tiada Respons”

Memang dah ajak pihak sana jumpa.. Jom, bagi tempat dan bila – Intan Saleh

error: Content is protected !!